Wednesday, January 31, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 9




Mendengar cerita kawan-kawan berkaitan eM2bJ yang akan kita jalankan Sabtu ini, saya rasa amat terharu dengan usaha-usaha sesetengah daripada kita dalam memastikan perancangan kita ini berjaya. Ada yang saya dengar begitu teruja dengan ekspedisi ini dengan menghantar sms, menghantar e-mail dan membuat salinan photocopy artikel blog bagi difaxkan kepada kawan-kawan sebagai usaha untuk memohon sumbangan. Ada yang seluruh keluarga begitu teruja untuk membuat kerja-kerja pembungkusan pakaian dan barangan lama sehinggakan pasangannya sanggup membasuh, menjahit balik butang-butang baju lama, seterika kan balik baju lama tersebut dan sebagainya sebagai memastikan pakaian yang dihantar nanti dalam keadaan yang baik dan sempurna. Setiap hari keluarga beliau bertanyakan perkembangan eM2bJ yang di rancang dan menantikan sebarang berita dari blog. Ada yang seluruh keluarga membantu membuat pembungkusan barangan yang dihantar oleh rakan-rakan sekerja dan jiran tetangga. Itu tidak di kira masa, wang ringgit dan tenaga yang dicurahkan demi menjayakan eM2bJ ini. Terima kasih dan semoga Allah jua yang membalas keikhlasan dan usaha penat lelah anda sekeluarga.

Rupa-rupanya itulah hikmah kita membuat eM2bJ ini. Susah untuk mencari permata diantara kaca. Syukur juga dengan izin Allah bila terjadinya eM2bJ dapat juga kita menjumpai permata-permata itu. Rupa-rupanya selama ini kita hanya dikelilingi kaca-kaca yang terhempas sahaja.
(Gambar-gambar di atas semasa Ummi menyerahkan bungkusan pakaian lama kepada Bilal di Kuantan - Gambar besar di link Gambar Blog)




3 comments:

Che Dat said...

Sabor Bro, Rodongs mungkin ada urusan lain kali ini.Kita akan gilap mereka sampai jadi permata.Nanti kita pujuk n motivate dia org baik2.Kalau mereka tak pergi n tak sumbang kali ini doakan projek ini berjaya n diterima oleh ALLAH SWT sebagai amal ibadah kita.Jgn kecil hati n bertelagah bila kita nak buat sesuatu kebajikan.INSYAALLAH ada rahmat disebaliknya

Anonymous said...

Awat?, Hangpa semua terasa hangpa kaca-kaca ka? Cheq tadak rasa pun lagu tu. Cheq rasa chek ni permata nilam yang paling mahai sekali. Hangpa semua kalau terasa tu memang sahlah hangpa kaca. Cheq tak terasa.....

Hidup Blog Budak ITM Pahang.

Maaghrop Sintok

Mizi said...

Hi Maaghrop Sintok,
Cheq pun tak terasa lagu tu. Cheq lagi rasa chek ni macam emas 916, nilainya tak pernah susut, naik sokmo. Cheq bangga, kalau susah boleh jual lak.....