Wednesday, January 31, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 11

Pagi tadi dalam perjalanan ke Selayang kerana beberapa urusan kerja, Che Dat telah menelefon saya untuk memberitahu bahawa jadual seperti perancangan kita di artikel 10 dibawah telah disahkan. Sebagai tambahan maklumat terkini pula adalah :

1. Program bersama-sama Jabatan Belia Dan Sukan Batu Pahat di Pusat Pemindahan Banjir Sri Medan akan dimulakan sekitar jam 10-00 pagi iaitu apabila konvoi kita sampai. Oleh kerana itu kita sememangnya terpaksa bermula awal pagi dari Kuala Lumpur seperti rancangan iaitu bertolak dari Tol Sg Besi sekitar jam 7-00 pagi. Semua kawan-kawan yang menyertai konvoi di minta keluar rumah awal dan kalau terpaksa nampaknya kena lah sembahyang suboh di mana-mana dalam perjalanan itu. Perjalanan ke Exit Yong Peng Utara mengambil masa 2jam setengah dan dari Tol Yong Peng Utara kita akan bertemu konvoi Kuantan terdiri dari Bilal dan Puan Ummi dan keluarga. Dari Tol Yong Peng Utara ke Sri Medan perjalanan sejauh 15km pula untuk ke Pusat Pemindahan Banjir tersebut. Eloklah kita bermula awal kerana pengalaman seperti di Pregat dulu perjalanan dari KL ke Kuantan mengambil masa 6 jam bila berkonvoi ramai-ramai macam tu padahal sepatutnya dalam 3 jam sudah sampai ke Kuantan.

2. Minuman dan kuih-kuih, makan tengahari dan minum petang akan disediakan oleh Jabatan Belia & Sukan Batu Pahat dan kita mungkin akan membayar mengikut kiraan kepala yang akan diberitahu nanti. Oleh itu sesiapa yang namanya telah disenaraikan dibawah untuk pergi atau ada sebarang perubahan sila beritahu saya dengan kadar segera. Sesiapa yang nak menyertai konvoi ini juga diminta membuat keputusan dengan segera dan memberitahu saya supaya penyediaan makanan dan minuman nanti dapat disediakan untuk semua peserta konvoi. Makanan dan minuman itu juga nanti adalah ala kadar sahaja dan mungkin juga nasi bungkus jadi harap semua peserta tak banyak cikadak sangat lah.

3. Jumlah keluarga mangsa banjir yang akan kita ziarahi nanti berjumlah 30 keluarga dan semuanya adalah keluarga beragama Islam.

4. Acara gotong royong yang akan diadakan pada sebelah petang bersama-sama Team Rakan Muda Daerah Batu Pahat akan membersihkan kawasan surau di sebuah kampung berdekatan. Peralatan pembersihan akan disediakan oleh Jabatan Belia & Sukan BP.

5. Untuk makluman semua kawasan gotong royong masih lagi dalam keadaan becak dan berlumpur, jadi bawalah pakaian yang bersesuaian untuk kerja-kerja pembersihan tersebut. Walaubagaimanapun pakaian konvoi di sebelah pagi adalah tetap seperti pakaian yang digalakkan iaitu T'Shirt Putih Plain dengan seluar jeans/khakis biru gelap atau hitam. Dinasihatkan membawa tuala dan pakaian gantian kerana mungkin selepas gotong royong ada yang nak mandi dan bertukar pakaian dsb.

6. Sebenarnya kalau kita ingin bermalam di Melaka, rasanya tempat Che Dat di Komplek Sukan Alor Gajah mempunyai asrama yang boleh digunakan. Siap ada Futsal lagi katanya. Tapi terpulanglah kepada kawan-kawan kerana maybe ramai yang nak balik juga selepas selesai eM2bJ di Sri Medan, Batu Pahat nanti. Kalau nak tido Melaka ramai-ramai pun gua tak kisah beb.

7. Pembelian barangan untuk sumbangan keluarga dan hadiah serta sumbangan untuk kanak-kanak akan digunakan dari duit sumbangan tabung eM2bJ yang setakat ini berjumlah RM1,770. Sumbangan barangan keluarga akan dibeli dari Kedai Mydin Nilai untuk 30 keluarga dan hadiah pertandingan mewarna sebanyak 10 hadiah manakala sumbangan alat tulis dan peralatan sekolah adalah untuk 100 kanak-kanak di sana nanti. Saya dengan kawan-kawan akan cuba mendapatkan kewangan yang secukopnya bagi mengadakan barang-barang tersebut. Sumbangan untuk keluarga dalam bentuk barangan adalah seperti sejadah, Al-Quran, Telekung, kain pelikat dan kain batik adalah sebagai keutamaan.

Setakat ini itulah perkembangan terkini berkaitan eM2bJ yang akan kita laksanakan insyaallah pada 3hb Februari 2007 nanti. Kepada kawan-kawan yang belum menyumbang silalah membuat sumbangan dengan kadar segera dan sumbangan akan ditutup pada jam 5-00petang 2hb Februari 2007. Kepada sesiapa yang nak menyertai konvoi amatlah di alu-alukan kerana kita masih kekurangan peserta untuk konvoi. Terkini Clark Gable dan Kudin Mekanik akan menyertai konvoi ke Sri Medan.

16 comments:

ummi said...

Hai Kida,
Ishh, terujanya nak pegi sana.. Kesian kan kat diaorang..Jadi baju putih tu untuk masa konvoi je lah ye? Masa gotong-royong/ pembersihan kena tukar baju pulak lah ek? Takpun, habis sekampit sabun nak merendam baju putih anak-beranak.. hehe..
For the time being, Ummi sekeluarga confirmed lah pergi.. (5 dewasa 1 kanak2, InsyaAllah..

LaN KidA said...

Ummi,
Lepas makan tengahari, kita solat zohor/asar jamak dulu so kalau nak tukar baju kita boleh tukarlah...

Tengok keadaan lah nanti kan. Just nak bagi tahu supaya spare baju jer takut karang seme datang sehelai sepinggang je naya plak..

Anonymous said...

Pelaburan di ABB Fund atau Winli Fund memberi pulangan yang paling tinggi dengan tempoh matang 100 hari sahaja.

Daily Investment Return .

Value %Per Day Days Return
76RM 2.0 100 152RM
190RM 2.2 100 410RM
380RM 2.5 100 950RM
1900RM 2.7 100 5,130RM
3800RM 2.8 100 10,640RM
7600RM 2.9 100 22,040RM

dividen dibayar setiap hari dan boleh withdraw terus ke akaun Maybank anda. Siapa yang berminat, sila hubungi saya dengan segera. Jangan tunggu lama-lama......

ABB Group.

kitang said...

Melabur dalam Tabung Bantuan Banjir ini pun dapat dividen yg x ternilai...!
Those who have should help those who have not...

Mizi said...

rasa syok juga klau dapat join projek ni, tapi sori byk-byk sbb BP tu jauh sgt ke selatan, tak larat nak drive dari Songkhla. Lagi pun bulan ni aje aku dah 2 kali balik ke BP. Anyhow, aku ucapkan semoga projek ini berjaya.
Aku rasa projek ni terkurang satu AJK iaitu AJK Publisiti. Ajak la RTM or TV3 buat liputan, kalau Sultan Johor tau gerenti Kida boleh dapat Dato'.....amin.

Che Dat said...

Pembetulan-Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka,Ayer Keroh bkn Alor Gajah.Kalau nak tidur beritahu, aku blh reservekan tapi asramalah bkn hotel.Nak main badminton ke futsal ke takraw ke boleh.

ummi said...

Salam Kida...

Nak update sikit, bilangan family yang akan join ke BP nanti Ummi and hubby ber2,my daughter 16 yrs & my son 9 yrs - So 4 orang je. My daughter (17 yrs) tu dah committed dgn program sekolah & my son (18 yrs) tu baru dpt kerja lak - xleh nk cuti le..

Anonymous said...

Validate Our Dastardly Prices at www.Pharmashack.com, The Dominion of possibilities [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Dispensary [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Apex to Greater Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Treat a Black Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] In shore up of Your Nutriment ! We Chuck b abandon away Aeroplane eminence celebrity [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

Anonymous said...

Glean leverage the animal with two backs casinos? shot at during the movement of and beyond this uninitiated [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] leader and wing it lessen online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also be prolonged without beyond our additional [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] into apparent make note of of rip off the mark mechanism at http://freecasinogames2010.webs.com and repay in fleshly folding bread !
another additional [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] article is www.ttittancasino.com , as an distinct of german gamblers, upon to freed online casino bonus.

Anonymous said...

reside olden hat this gratis [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] ancillary at the burly [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] confidante with 10's of reborn [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. benefit at liberty oneself [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no intense casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] with a survey UK, german and all to the world. so in behalf of the cork [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] corroborate us now.

Anonymous said...

The admissibility activity is considerably uncomplicated and yet Daedalian is Bohemian. [url=http://paydayloansdepr.co.uk]pay day loans[/url] The instant payday loans are blanket and have dependable acquirement.

Anonymous said...

Нi there, just wanted to tеll you, I liked thiѕ blog post.
It wаѕ inspiring. Keep on рosting!


Here is mу blog - www.paydayloansonlinet3.Com
Here is my webpage : Payday Loans

Anonymous said...

Located near Statesville North Carolina in the town of Hiddenite, which is
named after the gem found at the mine. It also happens sometimes
that your character will say something silly. Once the timeframe
reaches 0 to X minutes, the star is about to land.


Here is my web page - mining

Anonymous said...

Hey very cool site!! Guy .. Beautiful .. Superb .
. I'll bookmark your site and take the feeds additionally? I am glad to search out numerous helpful info here within the submit, we want develop more strategies on this regard, thank you for sharing. . . . . .

Stop by my web-site; read what he said

Anonymous said...

Hello, Nеat post. There’s an isѕue along with your
web site in web explorer, may сheck this? IE nonetheless is the marκetplace leader anԁ a big portion of folks will miss yοur excellent writing becauѕe
οf this problem.

Loоk at my blog: Free microsoft points codes.how to get free microsoft points codes

Anonymous said...

If you really want to succeed online you have to know how to market online?
When you open a secured credit card account, these type
of provide fast direct deposit are available.
After all, there is no limit to the amount of provided specially for the military men and women's emergency financial needs? And where there is a perceived need, the market will respond. Payday Loans Online