Sunday, January 21, 2007

rEUniON dBs 1995


Semasa saya dan SK mengemas-ngemas 2 almari yang kami buat stor barang-barang lama baru-baru ini, saya terjumpa 4 keping frame yang menjadi tandamata kenang-kenangan semasa saya dan sekumpulan kecil kawan-kawan menganjurkan Reunion ke 1 bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang kursus Diploma In Business Studies pada 5 dan 6 Ogos 1995 iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu. Reunion tersebut telah di adakan di Pondok Pangsoon, Hulu Langat, Cheras, Selangor di sertai bekas pelajar dan keluarga masing-masing.

Dalam ingatan saya penganjur Reunion tersebut adalah saya bersama beberapa orang AJK seperti SK, Padil Sutok, Kudin dan Arfah Zakiah ( saya sebenar tak ingat nama-nama yang lain jadi kalau ada yang ingat pernah jadi AJK sila komen nanti yer). Masa ini saya masih berkhidmat di BPR dan dapatlah saya gunakan kemudahan BPR untuk tracking balik semua geng-geng DBS dulu. Itupun ada juga 2-3 orang yang saya tak dapat nak tracking pada masa itu.

Venue di Pondok Pangsoon pula adalah Training Centre untuk Shapadu Bhd yang mana pada masa itu Shapadu Bhd dimiliki oleh bapa saudara kepada Arfah Zakiah. Jadi dapatlah kami menggunakan Training Centre tersebut dengan percuma sahaja tanpa apa-apa bayaran. Memang cantik tempat itu dengan sungai yang mengalir di hadapannya, sesuai untuk perkelahan dan mandi-manda, kompleks sukan, asrama, dewan dan sebagainya. Jadi kami cuma mengenakan bayaran untuk makanan dan hadiah serta peralatan sahaja saya rasa sekitar RM100 satu keluarga.

Ramai jugak yang datang untuk Reunion ini ialah selepas 10 tahun kami semua berjumpa di ITM Pahang dulu. Saya rasa lebih kurang 85% dari jumlah pelajar DBS batch Julai 85 ITM Pahang yang hadir. Itupun memang susah nak tracking mereka-mereka ni maklumlah masa tu ramai yang belum kahwin, belum mendapat pekerjaan yang stabil, baru keluar universiti setelah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan sebagainya. Seingatan saya yang hadir geng lelaki seperti Padil, Kudin Mekanik, Hakim, Adenan, Puis, Kla-Kla, Jepun, Mat Dwan, Kamaruddin, Raman Shakri, KB, Jeff dan Mat Brengsek (masa tu dia kerja kat Singapore) ( Maaf jika ada nama-nama yang tertinggal, tulis kat komen yer). Geng perempuan pula yang datang seperti SK, Arfah Zakiah, Mazidah, Norliza, Shema, Rosmah dan Fatimah (sekali lagi maaf jika ada nama yang tertinggal).

Acara Reunion telah di mulakan dengan pendaftaran peserta pada 5hb Ogos 1995 hari Sabtu bermula jam 2-30 petang. Kemudian pada lebih kurang jam 4-30 petang pula telah di adakan acara minum petang sambil berkelah di sungai Pangsoon. Ramai yang mandi manda sambil bersantai dan bersembang. Pada masa itu yang berkahwin dan membawa anak-anak pun tak ramai. Seingatan saya keluarga saya, Padil, Kudin, Jepun, Mat Dwan, Kamarudin dan Fatimah. Yang lain tu ada yang masih bujang lagi.

Sebelah malam pula telah di adakan acara mengenalkan diri dan ahli keluarga serta karaoke sambil menikmati Jamuan Makan Malam. Semua peserta telah bermalam di situ dimana disediakan penginapan yang sesuai. Keesokan paginya setelah sarapan di adakan pula acara sukaneka keluarga dan hadiah-hadiah telah disampaikan kepada setiap keluarga. Acara Reunion tersebut telah diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari dan penyampaian tandamata seperti gambar yang tertera di atas. Tandamata ini telah di tempah melalui Zailan Abu dan Halimi (suami Rozmah) yang berniaga Kedai Stationery saya rasa pada masa itu di Gombak. Catatan dokumentasi Reunion ini sebenarnya ada dalam bentuk hard copy saya simpan dalam salah sebuah kotak barang-barang lama di rumah saya ini. Ianya mengandungi minit mesyuarat AJK serta catatan perjalanan Reunion tersebut dan juga senarai nama peserta, alamat dan no telefon pada masa itu. Malangnya pula saya tidak mempunyai gambar-gambar semasa Reunion tersebut mungkin kerana saya tidak mempunyai kamera pada masa itu. Jadi sesiapa yang ada gambar tersebut maybe boleh scan dan hantarkan kepada saya untuk disiarkan di sini nanti.

3 comments:

Kla said...

Frame dan 'sijil penyertaan' macam dlm gambar tu, dan banyak gambar2 semasa hari re union tu adalah antara koleksi peribadi aku yg amat berharga. Aku masih simpan benda-benda tu semua hinggalah Disember 2001 bila rumah aku kena banjir. Bila balik semula ke rumah dan tengok frame dan foto2 tu musnah kerana banjir, perasaan aku bercampur baur. Tak tau nak cakap ape. Sedih rasenya. Anyway, kpd kawan2 yg masih ade item2 tersebut, simpanlah elok2 dan kalau ade gambar tu, uploadlah ke blog ni untuk dikongsi kembali bersama detik-detik tersebut...

kidA said...

Kla..frame tu aku ada simpan lebih lagi...ada dalam 3 kot..aku rasa mcm nak buat Lelongan jer...maybe boleh dapat harga terbaik untuk buat derma mangsa banjir..Amacam setuju tak? Kalau tak setuju aku sedekah je la...hehehe

Kla said...

Err...Kida... Frame tu aku rase kalau bagi ihklas je kat aku, ok gak tuh... Tak payah lah lelong-lelonglah... ye kida ye... ye kida... Lagipun gunners dah menang... ok lah tu... Aku dah suruh van der sar lepas last-last minute supaya MU x dapat balas, mahal bayar tu, kena bawak dia mengeteh kat mamak pokok ceri tu...