Tuesday, January 23, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 2

Lanjutan dari artikel pertama yang di ilhamkan oleh Bilal, Che Dat ada mencadangkan supaya kita semua membuat kutipan wang tunai dan pakaian serta barang-barang lain yang ingin di dermakan. Daripada kutipan yang dibuat nanti barulah kita semua dapat mengetahui jumlah bantuan yang boleh kita agihkan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut. Contohnya jika kutipan tunai boleh mencapai sekitar RM3,000 maka mungkin boleh diagihkan kepada 20 keluarga jika setiap keluarga menerima sumbangan tunai RM150. Oleh itu di harap sumbangan tunai dapat dibuat secepat mungkin kerana jika kita boleh mendapat angka kutipan barulah boleh kita tentukan Pusat Pemindahan Banjir mana yang kita nak pergi bantu. Ini kerana jika kita boleh membantu 20 keluarga, kita hanya akan pergi ke Pusat Pemindahan Banjir yang mempunyai 20 keluarga sahaja. Jika kita pergi ke Pusat Pemindahan Banjir yang mempunyai 100 keluarga maka tidak sesuai pula untuk kita memilih keluarga tertentu sahaja untuk menerima bantuan dan ada keluarga yang tak menerima bantuan.

Dari maklumat yang diterima juga menerusi Lan Kentei, barang-barang seperti pakaian lama sudah banyak di dermakan di sana. Yang amat di perlukan adalah makanan segera kerana mangsa banjir yang telah balik ke rumah tidak mempunyai peralatan untuk memasak. Jadi makanan segera seperti roti, biskut, maggi, air mineral dan lain-lain lagi amat diperlukan. Selain itu Che Dat juga memberitahu jika kita ingin memberi bantuan kepada keluarga mangsa banjir maka setiap bantuan yang ingin diberikan eloklah di siapkan dalam satu bungkusan untuk setiap keluarga yang mengandungi wang tunai, pakaian lama yang ingin didermakan dan barang-barang makanan segera. Jadi senang bila acara penyerahan telah siap semua dalam satu bungkusan untuk setiap keluarga.

Itu tadi senario jika kita ingin memberi bantuan tunai dan barangan kepada mangsa banjir. Jika senario seperti yang dicadangkan oleh Bilal pula iatu memberi bantuan tunai dan barangan serta kita semua pergi membuat kerja-kerja kebajikan maka kalau ingin membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir maka ia perlu dilakukan segera kerana mangsa banjir sudah beransur-ansur pulang kerumah dalam minggu ini maka ianya perlu dilakukan dalam minggu ini atau semasa mereka pulang ke rumah seperti yang dilakukan oleh beberapa badan kebajikan pada hari Sabtu dan Ahad baru-baru ini di Kota Tinggi. Mangsa banjir di Kota Tinggi cuma tinggal dalam 100 keluarga sahaja itupun kerana mereka tidak mempunyai rumah lagi atau rumah mereka tidak boleh didiami langsung kerana rosak teruk. Mangsa banjir di Batu Pahat masih ramai iaitu kira 50,000 orang.

Bagaimanapun jika kita ingin membuat kerja-kerja membantu membersihkan kawasan banjir tidak semestinya dengan membersihkan rumah sahaja. Kita boleh membersihkan surau, masjid, balai raya, sekolah-sekolah, kawasan-kawasan pemindahan banjir dan lain-lain lagi. Oleh itu keperluan tersebut tidaklah memerlukan jangkawaktu yang terdekat sangat. Maybe kita boleh arrange dalam masa 2 minggu lagi. Kalau kita ingin membuat kerja-kerja kebajikan seperti membersihkan kawasan banjir, Che Dat telah menerima maklumat bahawa peralatan-peralatan untuk kerja-kerja pembersihan tersebut mestilah di bawa dan disediakan oleh pihak kita yang mana memerlukan perbelanjaan juga. Selain dari itu kita juga perlu bermalam di situ kerana kerja-kerja tersebut memakan masa dan untuk travel balik sudah tentulah kepenatan. Maka kita mesti memikirkan tempat penginapan dan makanan untuk keluarga yang menyertai ekspedisi bantuan ini. Selain dari itu berapa ramaikah sebenar antara kita yang sanggup untuk menyertai ekspedisi bantuan dan membuat kerja-kerja kebajikan ini? Jika dapat dalam 50-80 orang maybe ianya boleh dilaksanakan. Jika kurang dari jumlah ini maka tentu sukar sedikit untuk kita membuat kerja-kerja pembersihan tersebut dengan cepat.

Setelah berbincang dengan Kitang dan Man Troq di Suzy Corner malam tadi maka di putuskan bahawa Kitang akan menjadi Bendahari untuk projek ini (kesihan Kitang, selalu dia jadi Bendahari, alasan sebab dia kerja bank, volunteer lain takde ker? tak berhijrah lagi ker? Tak nak buat pahala free ker?) Maka itu segala sumbangan tunai untuk Ekspedisi Bantuan Banjir Johor Bekas Pelajar-Pelajar ITM Cawangan Pahang bolehlah di bank in ke dalam akaun :

A/C Maybank : 114254123223
Nama pemegang akaun : Zainordin Awang Samah (Kitang)
Telefon : 03-22972584 (O), 019-7567799 (H/Phone), 03-22832491 (Fax)

Sebarang jumlah sumbangan amatlah di hargai kerana bukan jumlah yang jadi ukuran tetapi niat dan keikhlasan hati penyumbang itu yang penting. Jika telah membuat sumbangan, maka telefonlah kepada Kitang atau sms atau e-mail nama dan jumlah sumbangan. Tidak kiralah jika sumbangan tersebut berjumlah RM5 ker atau RM10 ker, janji ianya ikhlas. Nama penderma dan jumlah dermanya akan dirahsiakan dan derma tersebut akan di sumbangkan atas nama Sumbangan Bekas Pelajar-Pelajar ITM Cawangan Pahang.

Bagi derma pakaian terpakai pula saya masih memikirkan lokasi tempat pengumpulan tetapi saya rasa sesuai jika di adakan di suatu tempat yang mana kita boleh asing-asingkan dan bungkuskan sekali. Jadi kena cari tempat yang sesuai yakni kawasan yang besar sikit. TOLONG BAGI IDEA TEMPAT PENGUMPULAN INI ATAU ADA VOLUNTEER KAT MANA-MANA KER. Tarikh pengumpulan saya rasa dalam masa cuti weekend ini (Coming Saturday or Sunday). Mintak ada volunteer untuk uruskan tempat dan kerja-kerja pembungkusan ini untuk kawasan KL. Bagi kawasan Kuantan mintak volunteer untuk uruskan kutipan pakaian di sana.

Selain dari itu hasil kutipan tunai tadi, sebahagiannya akan dibeli barang-barang makanan segera untuk di beri kepada mangsa banjir dan rasanya kita boleh beli di Kedai Mydin Nilai. Nanti mintak Slambe kalau boleh tolong uruskan perkara tersebut termasuk membungkus bantuan untuk setiap keluarga. Item barangan akan ditentukan berdasarkan jumlah kutipan tunai kita nanti, jadi semuanya bergantung kepada kepantasan kawan-kawan semua bertindak menderma wang tunai, memberi maklum balas dan bersedia menjadi sukarelawan untuk kerja-kerja ini.

Kesimpulannya saya amat memerlukan kepantasan tindakan dari kawan-kawan semua untuk perkara-perkara berikut :

1. derma tunai yang telahpun di sediakan akaunnya seperti di atas
2. Maklumbalas samada ingin menyertai ekspedisi kebajikan membersihkan kawasan banjir atau tidak mahu pergi ( saya perlukan jawapan samada boleh pergi atau tidak boleh pergi) (Ekspedisi ini mungkin akan di lakukan pada 3 dan 4 Februari 2007)
3. Saya perlukan volunteer untuk kutipan pakaian di KL dan Kuantan, kerja-kerja mengasingkan dan membungkus.
4. Volunteer jika ada lori untuk membawa semua barangan bantuan nanti ( sebenarnya intai lori Slambe kot-kot boleh)

Sekian dan kerjasama kawan-kawan yang segera amatlah diharapkan. Segala maklumbalas sila tulis di ruangan komen.

7 comments:

Che Dat said...

Kwn confirm pegi.Harap kwn2 blh pegi n sumbanglah banyak sikit walaupun ikhlas tak kan $5 je kot kurang2 $100 sorang.Kwn dah tengok dia orang beb sedih anak2 kecil ramai,rumah rosak teruk,peralatan rumah tak blh digunakan lagi.Kepada usahawan2 Budak Itm Pahang hulurkanlah sumbangan anda dan marilah ramai2 kita ziarahi mereka sambil buat kerja amal

ummi said...

Salam Lan & geng,
Untuk konvoi ke sana, belum boleh confirm lagi. Tapi untuk sumbangan tunai of course, ummi akan buat secepat mungkin (b4 end of this week). Anything I'll keep in touch with Kitang ler..

Oh ye! siapa di Kuantan yang nak lead kutipan barangan? InsyaAllah..ummi & hubby boleh join untuk kumpulkan barangan.

By the way, Best Of Luck to all u guys..! Semoga Allah swt. merahmati usaha murni kalian..

kitang said...

InsyaAllah...dipanjangkan umur,sihat tubuh badan...koi akan join xpedisi...lain2 komen sama mcm. Che Dat...

kitang said...

Salam Wak Dagu...sumbangan anda amat2 dialu-alukan...

dona said...

Salam to all..nanti i tanya bebudak senior yg lain. td ada gak mention to Wak @ Kamal (DIB) dia cakap kalo kat BP ni boleh hubungi Zamri 013 7980086 coz dia org ni akan pg naik bot ke tempat2 yg org lain x pg lg. Kalo nak bawak barang pun mcm beras, gula, tepung, susu, biskut, ubat nyamuk, milo, kopi, teh, minyak makan - just to name a few.

kida said...

Kuantan, Collection Center Bilal setuju untuk jadi volunteer...so dah beritahu Bilal untuk arrange collection weekend ni... Bilal boleh dihubungi at 013-9864049

Anonymous said...

Salam semua.. Saya mintak maaf.. Tak dapat menghadirkan diri physically to join the expedition.. Musim2 final research paper & final exam.. I'Allah akan mengusahakan sedikit CASH sbg sumbangan. Akan dikreditkn terus kpd Kitang ASAP.. Semuga Allah swt memberikan kita semua kesenangan & kelapangan di dlm menghulurkan bantuan2 yg diperlukan mangsa2 banjir di Johor tersebut.. TQ
Lan Kentei & wife.. :-(