Monday, January 15, 2007

baLiK tEMeRLoh




Sabtu dan Ahad saya sekeluarga ada kat Temerloh. Keadaan cuaca di Temerloh yang mendung dengan di selang seli hujan renyai-renyai tanpa ada kelibat matahari membuatkan saya berasakan seolah-olah berada di England. Sungai Pahang kelihatan besar airnya tetapi malangnya saya tidak dapat merakamkan gambar kerana hujan lebat ketika itu. Sempat berkunjung ke Butik AVON Kitang di Mentakab dan makan tengahari bersama-sama. Malamnya saya bertemu pula dengan Raman Shakri @ Kerbau di benteng tepi Sungai Pahang sambil pekena Satay Hj Yunus (bapak saudara Cigak DIA) dan mee goreng basah Restoran Abu Rokiah. Sebelum tu saya sempat juga menolong ayah saya di Kedai No1, Pasar Besar Temerloh yang penuh dengan orang ramai untuk membeli makanan serta sayur-sayuran kampung yang banyak terdapat disitu.

Semalam sebelum balik ke KL, seperti biasa ayah saya memang tahu kegemaran saya ikan patin asam pedas tempoyak dan semalam ada satu sambal istimewa yang lama dah saya tak rasa iaitu sambal buah bachang....perghh. Buah-buahan seperti rambutan juga banyak boleh didapati di Temerloh. Kebun ayah saya di Kg Bukit Kelulut memang penuh dengan rambutan tetapi keadaan cuaca hujan membuatkan keadaan sukar sedikit.

Masa menempuh pekan Temerloh untuk balik ke KL, saya sempat merakamkan gambar Sekolah Menengah Abu Bakar dimana sekolah saya dahulu yang mempunyai banyak nostalgia dan kenangan. Sekolah yang turut menempatkan Allahyarham Sudirman(senior saya) dan junior-junior saya seperti Kitang, Lily(isteri Kitang), Noranita Md Yusof (Junior DSS), Juliza Adlizan, Amy Rosnaida dan lain-lain lagi. Sebab tu budak-budak ABS pandai menyanyi..kalau kat karaoke champiano....hehehe. Tu sebab juga saya pasangkan lagu Unwanted - Masih Ada Rindu sebab teringat banyak nostalgia lama bila melalui pekan Temerloh...betul tak Kitang dan Lily?

5 comments:

Anonymous said...

mizi...lu bikin apa kat songkla sampai johor tenggelam nie beb..hehehe

Anonymous said...

Hai Lan, tak tau lak u sek ABS Temerloh gak. I pun dr. Form 1 - Form 5 kat situ. Juliza tu same class dgn I masa Form 4 & Form 5 (Kelas Perdagangan). Kitaorang lah yang byk bagi moral support bila dia masuk Singing Contest (kira closed friend gitu). Selalu g rmh dia kat Smpg Songsang masa tu.

Last 2 week, I g kenduri kat Taman Bukit Bendera, Mentakab terjumpa lak dgn Noranita (Junior DSS) tu. Dia penah join DSS Gathering kat De Rhu, Beserah thn 2001 dulu. Pastu lost contact. Now, dia dah Senior HR kat Standard Chartered (15 thn dah). U tak masuk Persatuan Anak Temerloh ke, hehe..?

Anonymous said...

Ummi,

Awak pun ABS jugak yer. Sama kelas dengan Juliza then satu batch dengan Lily wife Kitang, Muzlina, Noranita. So Kitang dgn Nasrun senior awak satu tahun...saya senior awak 3 tahun (sebab sekolah rendah saya kelas xpress setahun)...yer ker agaknya...ntahlah...tak ingat dah lama sangat..tapi saya SPM 1981.

Tak masuk Persatuan Anak Temerloh dan apa persatuan pun...dah letih bepersatuan masa sekolah dulu..

Anonymous said...

Lan,
Lily mana ni hah? Yang tinggi lampai selalu ikat rambut 2 tu ek? Kalu yang tu, kenal le..Oo U ni mesti sama dengan Bajang (yang kahwin dengan Rohana olahragawati ABS tu..). Muzlina, of course I kenal same batch pun DSS.

I pun selalu balik Felda Kg. Awah. Hubby I orang Kg. Pengkalan Jaya, Lebak (Jalan Triang tu..) Eh..eh dah melalut lak..Cukup le..Igt kena sembang kat gerai kita lah kalu camni..Sorry SK, jangan marah ek..

Anonymous said...

Ummi...kalu awok satu batch ngan Juliza,maknanye koi ni junior awok.
Koi SPM tahun 1984,guru kelas Cikgu Amilia Musa. Lily satu batch dgn awok.Geng2 Lily ni Yatie,Analisa,Ita,Rosmalaili.
Noranita tu satu batch ngan koi.
Kalu balik kg. tu hello2 la rodong2.Kome kat sini selalu gak jumpa Cikgu Zaleha,bini Bung Selamat tu...