Friday, January 26, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 5

Berikut adalah beberapa komen yang perlu diberi perhatian berkaitan sambutan terhadap program Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor (eM2bJ). 2 komen yang siarkan ini adalah dari Che Dat dan Bilal yang di postkan disini semalam.

Che Dat said...
Rodongs sekelian sumbangan segera anda akan memudahkan urusan menghantar bantuan kpd mangsa banjir.Rodongs diminta hantar sms/call rodongs yang lain untuk memberikan sumbangan.Kalau kita hanya byk cadangan sahaja tanpa tindakan yg pantas ianya tidak memberi apa2 makna.Biar sikit cadangan tapi kita laksanakan dgn pantas,berkesan n mencapai matlamat.Kerja2 amal ini mendekatkan kita dgn masyarakat n akan mendorong kita menghargai manusia,rodongs, masyarakat n kehidupan n boleh memberi ketenangan kpd jiwa kita.Cubalah kalau tak percaya

Anonymous said...
Che Dat, Kida, sumbangan berbentuk pakaian terpakai, barangan terpakai seperti pinggan mangkok datang mencurah-curah dari rakan-rakan tempat kerja lama dan jiran tetangga. Ingat nak minta tolong rozain dan hantu atau sesiapa yg ada di Kuantan untuk bantu Koi hari Ahad ni untuk menyusun atau membungkus. Rakan-rakan di Kuantan masih sepi tanpa berita. Mungkin mereka akan kerumah Koi hari Ahad ni kut.. Doa dan harapan begitulah hendaknya. Bilal

Setelah masuk 3 hari kita membentuk AJK atau steering committee (SC) yang akan melaksanakan eM2bJ dengan akaun untuk menyalurkan sumbangan kewangan, nampaknya usaha-usaha dari kita semua untuk menjayakan projek eM2bJ ini masih lagi tidak menampakkan bayangannya. Usaha hanya tertumpu kepada sesetengah individu sahaja yang berusaha keras untuk menjayakannya. Sedangkan masa amatlah penting dalam projek ini dan mangsa-mangsa banjir sememangnya menunggu dan mengharap bantuan kita semua. Walaupun kita lihat diakhbar atau di media banyak bantuan yang dihulurkan tetapi masih ramai lagi mangsa yang masih belum menerima bantuan disana.

Sehingga kini kita masih tiada ketentuan berkaitan beberapa perkara. Saya berharap SC akan dapat memutuskan dengan seberapa segera. Antaranya :

1. Apakah projek ini hanya untuk memberi bantuan tunai dan barangan sahaja atau adakah kita akan membentuk sukarelawan bagi membantu membersihkan kawasan banjir?
2. Dimanakah collection point barangan lama di KL? Di Kuantan telah ditetapkan dirumah Bilal.
3. Bilakah kerja-kerja pembungkusan barangan lama akan dijalankan? Siapakah sukarelawan yang akan terlibat dalam kerja-kerja pembungkusan? Peralatan untuk pembungkusan?
4. Dimanakah kerja-kerja pembungkusan barangan lama akan dijalankan?
5. Bagaimanakah barangan lama di Kuantan akan dibawa ke Johor?
6. Jika ingin menjalankan kerja sukarelawan membersih kawasan banjir, siapakah yang akan bertindak sebagai pendaftar sukarelawan? Bagaimanakah tentang peralatan pembersihan, siapakah yang akan menyediakan untuk sukarelawan? Dari manakah budget untuk pembelian peralatan pembersihan tersebut? Bagaimanakah tentang makanan dan penginapan sukarelawan? Pergi secara berkeluarga atau sendiri? Meeting point konvoi dsb.
7. Bagaimanakah pengankutan untuk membawa kesemua barangan ke Johor samada dari Kuala Lumpur dan juga Kuantan? Jika Bilal kata ada pinggan mangkuk dan barangan rumah lama, bagaimanakah cara ianya akan dibawa, cukupkah dengan pengankutan yang ada?
8. Bilakah tarikh sebenar eM2bJ ini akan dibuat, tarikh pergi ke Johor?

Saya berharap pihak SC sudah membincangkan dan memikirkan perkara-perkara di atas kerana kami di blog menantikan penerangan dari anda semua. Selain itu saya juga ingin mencadangkan beberapa perkara kepada SC iaitu :

1. Saya rasa kita tidak perlu menunggu berapakah jumlah kutipan sumbangan kita. Saya rasa SC mestilah mempunyai target berapakah sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan projek ini. Mestilah mempunyai target berapa keluargakah yang akan dibantu. Contohnya 30 keluarga maka SC mestilah memikirkan berapakah peruntukan kewangan yang diperlukan untuk membantu 30 keluarga ini. SC mestilah berusaha mencapai target peruntukan kewangan untuk 30 keluarga tersebut melalui sumbangan dan sebagainya.
2. SC mestilah sudah mempunyai budget untuk melaksanakan projek ini. Apakah item barangan makanan yang akan disumbangkan dan berapakah peruntukan perbelanjaan untuk setiap keluarga yang akan dibeli dari Kedai Mydin Nilai. Walaupun ada perbezaan maklumat berkaitan keperluan sebenar barangan di tempat mangsa banjir tetapi barangan keperluan asas seperti air mineral, pampers, tuala wanita, makanan segera semestinya adalah item barangan yang akan disumbangkan dan perlu dibudgetkan.
3. Berapakah budget yang telah dirangka oleh SC bagi peruntukan tunai setiap keluarga mengikut target keluarga yang hendak dicapai?
4. Apakah alternatif SC jika target kewangan tidak tercapai? Plan B?
5. Adakah pihak SC ingin memanggil media untuk membuat liputan kecil?

Itu adalah beberapa persoalan yang perlu dijelaskan dan di rancang oleh SC dalam menjayakan projek ini. Ternyata ianya bukan satu projek kecil atau kita boleh anggap ini sebagai suatu perkelahan bersukaria sahaja. Dengan ini saya menyeru kawan-kawan yang lain semua untuk membantu SC dan janganlah hanya berdiam diri sahaja atau sekadar menghulurkan pakaian lama dan sumbangan tunai sahaja kerana kerja ini memerlukan pembabitan kita semua dan tidaklah boleh dijalankan secara one man show sahaja. Kalau nak kata kita semua sibuk bekerja, saya rasa ramai juga yang sibuk lagi dari kita dan terpaksa menguruskan projek beratus juta ringgit, tapi luangkanlah masa anda semua untuk kerja-kerja kebajikan ini walupun sekejap saja dalam sehari. Kalau tak dapat sumbang tenaga, sumbangkanlah buah fikiran dan cadangan bagi memudahkan SC menjalankan projek ini dengan jayanya.

Walaubagaimanapun saya penuh percaya SC yang telah diamanahkan untuk menjalankan projek ini akan dapat menjalankan tugasnya dengan penuh berwibawa demi menjayakan tujuan murni kita ini. Harap SC akan mengeluarkan sedikit kenyataan untuk menjelaskan perkara-perkara ini. Masa semakin suntuk dan eM2bJ ini saya fahamkan sudah mendapat perhatian dari pelbagai pihak seperti jiran-jiran tetangga kita, bloggers dan novelis, rakan-rakan sekerja di peringkat swasta dan lain-lain lagi. Jadi menjadi tugas kita untuk membuktikan bahawa kita bekas pelajar-pelajar ITM Cawangan Pahang semua mampu melaksanakan projek ini dengan jayanya, Insyaallah.

5 comments:

Che dat said...

Koi dah bincang dgn Peg Belia Dan sukan Daerah Batu Pahat.Dia kata barang makanan dan keperluan lain spt pampers dah berlambak.Dia cadangkan kita buat program spt sukaneka dsbnya terutama utk anak2 kerana mrk macam trauma tinggal ditempat pemindahan.Program kerjasama dgn Pej Belia Dan Sukan Daerah dan minta kita sediakan hadiah.Sumbangan lain dia cadangkan dlm bentuk wang n pakaian.Kita juga boleh meyertai gotong royong bersama sukarelawan Rakan Muda di sana.Koi dah minta dia kenalpasti tempat pemindahan yg menempatkan 30-40 keluarga n koi bayangkan kpd dia kita akan dtg pada 2-4 Februari seramai >20org.Tempat bermalam dia akan uruskan tapi dia nak tahu jum sebenar yg hadir.Harap rodongs beri jwpan dgn segera.Anak2 kecil tak pyh bawaklah

Che dat said...

Kalau nak bagi duit saja kita budget RM 200 satu keluarga jadi kita perlukan RM 8000 utk 40 keluarga

ummi said...

Untuk makluman, ummi dah contact Bilal ptg ni. So esok kitaorang akan berkumpul di rumah Bilal selepas zohor, insyaAllah. Kain-kain dh bnyk terlonggok kat rumah dia.

SK said...

SK nak update sket pasal bantuan banjir yang great eastern dah lakukan di kota tinggi. sekarang ni team great eastern dah nak balik pun. apa yang sk tau bantuan seperti pakaian memang tak perlu lagi. malah nak bersihkan rumah pun mereka lebih prefer bena semula atau baiki rumah mereka. Tetapi buat masa sekarang peralatan dapur amatlah penting dan crucial.

LaN KidA said...

Saya baca buku " The 21 irrefutable Laws of Leadership" oleh John C Maxwell dan saya tertarik dengan salah satu phrase pada mukasurat 19 buku itu yang berbunyi :

If you are a business person and you really want to find out whether your people are capable of leading, send them out to volunteer their time in the community. If they can get people to follow them while they're serving at The Red Cross, a United Way shelter or their local church, then you know that they really do have influence and leadership ability. In voluntary organizations, the only thing that works is leadership in its pure form.

So, marilah kita sama-sama check it out...yeahhh