Wednesday, January 17, 2007

sEcaRa raSMi bLOg diBukA uNTuk seMUa

Dengan ini setelah mendapat nasihat dan pandangan dari beberapa orang kawan-kawan maka dengan ini secara rasminya Blog Budak ITM Pahang tidak lagi ditujukan khas kepada hanya bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang batch Julai 85 sahaja tetapi dengan ini, blog ini dibuka kepada semua bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang, Kuantan,Pahang tidak kira batch mana sekalipun dan seluruh anggota keluarga (special untuk Jun MrsLK dan Lily dan sesiapa sahaja anggota keluarga ex ITM Pahang ..hehehe).

Sebenarnya tanpa pengisytiharan ini pun blog ini sememangnya telah dikunjungi bukan sahaja oleh bekas-bekas pelajar batch Julai 85 sahaja tetapi dari kalangan senior dan junior dan ini hanyalah formaliti sahaja setelah motto dibawah tajuk Budak ITM Pahang itu saya tukarkan. Di harap dengan ini blog akan bertambah lebih meriah lagi dengan kehadiran semua golongan dimana disini istilah senior, junior tidak terdapat di dalam kamus blog ini. Semua adalah sama, perkenalkanlah diri anda, keluarlah dari kepompong skodengan yang selama ini membelenggu anda dan marilah kita bersama-sama berkenal-kenal dan merapatkan silatulrahim antara kita untuk tujuan berfaedah dan bermanfaat yang mana hikmahnya mungkin tidak ditunjukkanNya sekarang tetapi di masa-masa yang mendatang, Insyaallah.

5 comments:

Anonymous said...

Kida,
kalau jauh terlalu junior mungkin kita langsung tak kenal depa. Tak brapa syok berbual.

Mizi
Songkhla

LaN KidA said...

Mizi..aku declare ni pun yang akan selalu ada kat sini pun kita2 je..cuma aku tak nak rigid sgt focus utk satu2 batch saja so kita open utk semua..tapi aku percaya yang akan terus berada kat blog ni akan tetap org yg sama....tapi kalau ada org baru pun apa salahnya as long as dia kenalkan diri dia elok2 dan boleh mix up dgn kita semua..aku rasa why not..lagi ramai...lagi bnyk networking kita semua...lagi bnyk networking lagi bnyk faedah dan manfaat utk kita semua..mungkin bukan utk sekarang..tapi maybe 10 tahun lagi...20 tahun lagi...sbb kita ada starting point di sini di blog ni and that starting point will always be remembered.

Amir-Isa said...

Salam Kida:
Good moved... aku rasa kita kena open up la sikit ..nanti orang buat impression that kita ni sombong atau tak mix around, cuma join satu specis aja.

Lagi satu kita kena ubah budaya kita sikit, muga kita terus maju.. jangan terlanjut budaya dealing sama sendiri je, nanti tak reti nak buat global business...

..hopefully no ITM alums being turned away from our group ni..


Sekadar pandangan..
Amir

walid said...

Tahniah Kida...well done again
apa ko cakap tu tul kida....yg ada kat cni ..org yg sama n skodenger yg sama...anyway aku miss ngetei laaa

zack@kitang said...

Mail & Wak Dagu...selamat datang...kengkawan yg lain,moh lah kita ramai2 memeriahkan blog ni...mengenali antara satu sama lain & mengeratkan silaturahim