Saturday, January 06, 2007

aPaMz

(Artikel ini di ulang siarannya dari hari Rabu lalu) Malam tadi saya sempat menelefon Norhisham @ Apamz bertanyakan khabar beliau dan keluarganya. Beliau memberitahu beliau berada dalam keadaan sihat walafiat dan baik adanya begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Sempat dia beritahu Syed Hamid pun ada berjumpa dengannya malam Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini di Kuantan

Saya juga bertanyakan persekolahan anak sulongnya dan beliau telah menghantar anaknya ke sekolah asrama pada petang semalam. Apamz ada memberitahu saya bahawa anak sulongnya itu tidak menerima apa-apa biasiswa walaupun sepatutnya biasiswa Yayasan Pahang boleh diperolehi. Namun setelah memohon beberapa kali permohonannya masih tidak berjaya. Sekurang-kurangnya dengan adanya biasiswa tersebut akan dapat meringankan sedikit beban perbelanjaan sekolah anaknya itu

Di sini saya memohon pertolongan kawan-kawan semua terutama yang berada di Kuantan jika dapat mengusahakan bantuan biasiswa Yayasan Pahang untuk anak sulong Apamz jika ada di antara kengkawan yang mempunyai contact atau keupayaan untuk berbuat demikian. Harap jika ada kawan-kawan yang sudi menolong dapat menghubungi saya atau Norhisham sendiri di talian 019-9451043 bagi menyampaikan pertolongan tersebut. Perbelanjaan persekolahan peringkat menengah di asrama penuh juga suatu perbelanjaan yang besar dan dengan pertolongan tersebut mungkin akan meringankan sedikit beban perbelanjaan tersebut.

3 comments:

kida said...

takde ke kawan-kawan yang dapat tolong anak Apamz ni..sekurang-kurangnya dapat meringankan beban Apamz.

kitang said...

Koi rasa rodong2 kat Kuantan ada contact(x kira kecik ke, besar ke) ngan Yayasan Pahang ni...kita bantulah mana yg termampu...InsyaAllah

ummi said...

Aslmkum Apamz..I tumpang simpati dengar beban yang ditanggung. Memanglah, bila anak dah masuk menengah ni, terasa sangat duit macam air je. Saya pun 3 orang anak duk sek. menengah, tak pernah dapat bantuan teks dari Form 1 lagi, belaka-belakanya. Sekolah lak kat SABS ni, mencekik, macam2 nak kena bayar.

Actly, ex-itm kita course DSS sama batch kitaorang ada kerja kat sana. Cuba contact Puan Rohana bt. Abdullah di Yayasan no. 09-5181800 untuk keterangan lanjut. Atau nak saya tolong tanya pun boleh, insyaAllah saya cuba usahakan tanya. Tapi kena bagi details family lah sikit. No. saya: 019-9799182.