Tuesday, January 16, 2007

teH taRiK beRSamA biLaL n paDiL diB




Semalam telah berlangsung teh tarik session bermula di Restoran Nasi Ayam Linda Onn di Jalan Bukit Bintang bersama Bilal, Kitang, Man Troq dan saya. Kemudian sessi teh tarik tersebut di sambung semula di sebuah gerai mamak berhampiran Coronete Hotel dengan di sertai pula oleh Padil Othman DIB dan Kudin Mekanik.

Padil Othman DIB kini bertugas di Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri), Putrajaya dan beliau memberitahu sebelum ini pernah bertugas di Fiji dan New York. Semasa di New York beliau sempat berkunjung ke rumah Amir di Detroit dalam perjalanan yang mengambil masa selama 15 jam. Padil juga memberitahu beliau adalah satu batch dengan Mizi Songkhla semasa memasuki kerja dalam perkhidmatan kerajaan. Beliau kini sedang menunggu giliran untuk bertugas di luar negeri semula tetapi masih tidak mengetahui negara mana lagi. (Gambar-gambar di link Gambar Blog)

SK juga telah membuat link-link blog kengkawan kita yang lain seperti link Dona ( PioneersITM Pahang) dan Blog Slambe Jr (Jom Pancing Sokmo). Link-link tersebut boleh di dapati berdekatan link Gambar Blog jadi anda cuma klik kanan pada mouse dan open new window untuk mengikuti blog-blog tersebut.

12 comments:

LaN KidA said...

Oleh kerana hari semalam banyak terjah budak2 DIB seperti Suhaimi dan Padil Othman so aku tribute kan lagu Kepulangan dari Razis Ismail ini untuk bekas roomate aku kat Blok C, Asrama Remaja iaitu Mat Pendang DIB yang perasan muka dia iras-iras Razis Ismail ( memang ada lah sikit2)

pyan said...

bila nak ngeteh kat cni? padil mai dtg NZ pulak. bukak markas baru.


WEH kitang...jom buat rombongan ke BRAZIL. jgn lupa bawak suar kontok ketat..:)

walid said...

AAAAAAAHHHHH...tidakkkkk....koi x dpt bersama mengetei skrg nie....uuuaaaa....uaaaaa....

kitang said...

Al-Walid...nok seribu daya!

kitang said...

Pyan..mula2 kita buat lawatan muhibbah ke Songkla..pastu buat rombongan ke Brazil...gi ngeteh...hehehe

pyan said...

orait kitang.setujula yg amat sgt

Slambe Jr said...

sekali-sekala ngeteh la kat Nilai 3. Bawok sumer ahli keluarga. Hok lelaki kita ngeteh, bini2 & anok2 kita lepaskan g membeli belah. Mungkin musim cuti sekoloh ni boleh g, cam lan kentei buat dulu. Hu hu hu bior perabis duit kengkawan kat senun..

Lan Kentei said...

Rerodongsss... salammm... Koii of late bz ckit.. sempat intai2 gitu jek kat blog.. Tp, mengikuti gak laa.. Pyan, masa2 awok masuk blog, airliur koii tgh meleleh lagi.. Terasa jugok nok ngeteh di NZ.. Walid, koii pun miss jugok ngeteh ngan deme2 tuhh.. Tp, byk hal nak kena attend to.. uuaaa... uuaaa.. gak laa.. Kitang, amboiiii yakkk.. Kida.. nok di gonerr kerrr... Slambe Jr.. Tima Kasih daun keladi.. Lain kali, koii terjohhh lagi.. Nilai ohhh Nilai.. mmg bernilai.. Rerodongs yg lain, keep on making this blog a fascinating place to visit, just like the visit Malaysia year campaign.. Yeeeehaaaaa... :-D

Anonymous said...

Kitang n Pyan,
bila agak kau orang nak buat lawatan muhibbah ke Songkhla? Aku nak aturkan program supaya Datuk Bandar Hatyai dapat sambut kau orang kat border checkpoint.

Mizi

pyan said...

no hal..bkn setakat muhibah...mcm labah2 kami mai...hehehe.

kentei...air liur x pe jgn air bateri. buckle sekali...:)

fadzil othman said...

Pyan...
Aku dah ke Auckland dulu masa aku kat Fiji tapi kalau sesat kat NZ kali kedua boleh juga jumpa engkau. Mungkin ramai kali ni kena sesat dulu kat songkhla...macam kitang kata.

pyan said...

no hal padil...:) dlm senarai : songkla n brazil..yale yale