Wednesday, January 03, 2007

mULa keRJa daN mULa seKOLah

Hari ini kita semua akan memulakan kerja di tahun baru 2007 setelah bercuti panjang selama 4 hari sempena Hari Raya Aidil Adha dan Tahun Baru. Mungkin ada di antara yang masih bercuti lagi kerana urusan persekolahan anak-anak dan sebagainya. Namun begitu inilah hari pertama bekerja di tahun baru 2007 dan di harap tahun 2007 ini akan membawa lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan baik dalam pekerjaan dan perniagaan kepada kita semua.

Hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan bagi negeri-negeri selain Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah bermula lebih awal semalam. Bagi kawan-kawan yang mempunyai anak-anak yang bersekolah pastinya sibuk menguruskan urusan persekolahan anak-anak dengan pendaftaran, bayaran yuran, bas sekolah, tuition, sekolah agama dan sebagainya. Memang acara-acara awal tahun sebegini menuntut perbelanjaan yang besar dan bisa mendatangkan pening kepala kepada ibubapa tetapi itulah yang perlu dihadapi setiap tahun bila penggal persekolahan bermula.

Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kawan-kawan semua untuk tahun 2007 dan mendoakan semoga anak-anak kita juga akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran terutama bagi yang akan menghadapi SPM, PMR dan UPSR pada tahun ini.

No comments: