Friday, January 19, 2007

bLOg pRObLeM

Semalam blog telah mengalami pencerobohan kali ke 2 dan hackers nampaknya telah berjaya membolosi password blog yang mengakibatkan blog tidak dapat di layari. Sememangnya saya ada membuat backup file untuk setiap artikel di dalam blog tetapi untuk memulakan kembali blog ini rasanya tidak terdaya saya nak lakukan kembali. Pada mulanya saya berasakan blog ini akan berkubur macam tu sahaja tetapi dengan pertolongan Google dan sahabat saya di Badan Pencegah Rasuah akhirnya blog ini dapat ditemui semula. Itupun nasib baik blog ini tidak dipadamkan terus cuma dipindahkan sahaja ke tempat lain dan ditukar password sahaja.

Di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada junior saya masa di BPR dulu Superintendant Wan Zulkifli, Ketua Unit Computer Forensik yang telah bersusah payah mengerahkan anggota-anggotanya untuk mengesan kembali blog ini. Dekat 2 jam jugaklah mereka nak tracking balik. Nasib baik peralatan komputer forensik BPR sudah setanding dengan NSA di USA yang membolehkan mengesan dan membuat satelite tracking setiap movement dan jejak yang ditinggalkan dalam sesuatu komputer. Wan Zul pesan saya tadi, katanya pasanglah Firewall atau sistem anti-hackers tapi saya kata kalau BPR nak tolong bayar, saya pasanglah, sebab web BPR pun pernah diceroboh oleh hackers suatu masa dulu. Saya pun pesan kat Wan Zul tadi lepas ni jangan tracking komputer saya lagi, kalau nak tracking kawan-kawan saya macam Mydin Nilai ker atau Jabatan Belia dan Sukan Melaka ke, Hospital Kuantan ke takpelah...hehehe

16 comments:

Slambe Jr aka Pokcik said...

ehem...saya bayar income tax, zakat pak. tatak rasuah..betoi pak.

kida said...

Slambe....aku suroh dia org tengok ko ada simpan gambo bini no 2 tak dalam komputer ko

Anonymous said...

Kida,
napa blog skrg ni takde suzy corner?

Mizi

pyan said...

salute!!!!

walid said...

congrats kida.....finally blog is on again.
aku xder apa pun...cuma ada bahu nyer no handphone jer....nak siasat apa...hehehhee

kitang said...

Bravo Kida!!!

LaN KidA said...

Buat sementara ni aku terpaksa buang dulu shoutbox tu sbb maybe menyebabkan problem ni...kalau dah cool sikit nanti aku suroh SK buat balik...

Aku pun nak ucap terima kasih atas keperihatinan kawan2 yang hantar e-mail seperti Ummi, Kitang(yang berusaha collect info), Walid dan ramai lagi serta yang sms aku seperti Padil Othman, Che Dat dan Bilal serta yang call aku seperti Amir dari Michigan tengah malam semalam...aku pun dah segala peluh betina jantan dah keluar sebab blog tak boleh publish...

Mula-mula tu aku pun mcm dah give up nak baca talkin dah kat blog ni sebab aku cuma boleh kontek dgn Google sahaja. Tapi aku teringat member aku kat BPR Computer Forensik yang mana department tu aku yang asaskan dulu sebelum aku berhenti tahun 2001 dulu so aku cuba mintak pertolongan dia org utuk trace balik. Lama jugaklah dia org ambik masa tu dan akhirnya dapatlah balik blog kita tu...Gitulah hikayatnya...

ummi said...

Kida...

Your effort is much appreciated!!! Semoga silaturrahim yang cuba dipanjangkan melalui blog ini akan diberkati Allah swt. Amin..

Kla said...

Great effort kida & those at Google & BPR... Thanks...

Anyway, MU Rulezzzzz...

Mizi said...

kida,
buat la chat/komen pasal Arsenal vs Man U.
Arsenal 1, Man U 3

Lan Kentei said...

Salammmmm...Kida & kengkawannn... Alhamdulillahhhh... At last the blog is back.. Couldn't directly browse & chat via the blog of late.. Kind of occupied with the new structure at CIMB auto finance ( SFB + BCB = CIMB @ Auto Finance).. Keje dah byk.. Kureng free.. Tp, lucky thg, my mem ada update me about what has happened. TQVM yg tak terhigga to Kida yg berusaha till the very last drop to retrack & get the blog to be back to where it belongs.. Yezzzzzaaarrrr.. TQ.. TQ.. TQ... to PRO KIDAAAAA.....
:-D

Amir-Isa said...

Respect la kat kau Kida & SK..
..umpama lilin yang menerangi ..sanggup membakar diri sendiri..itulah umpamaan nya..

Ye lah bukan ramai insan yang sanggup buat usaha2 murni ni, kesabaran yang tinggi, tambah pulak tak bergaji, tambah2 lagi melayan kerenah2 manusia yang berbagai2.. bersusah payah, concern siang dan malam hanya nak make sure blog ni up and running dan without any problem etc..

Sekali lagi aku respect la kau Kida..aku paham la kadang2 macamana kalau aku disituasi kau... just nak make sure everybodys happy...

We salute you!.... semuga segala usaha murni penat lelah kau Allah blessed dalam bentuk yang lain... insyallah.

p/s: aku calun ko sebagai candidate "value-added employee of the year 2007"... jangan marah bang..gurau2 saja...

LaN KidA said...

kepada seme yang beri komen kat sini, aku ucap terima kasih. Usaha aku ni sebenarnya tak akan menjadi apa sekiranya tidak mendapat keperihatinan dan kerjasama serta penglibatan korang semua yang juga berusaha bersama-sama demi menjayakan blog ini. Solo effort tak akan berjaya without a team of good cooperation. Any way teruskanlah usaha kita semua demi mnejayakan silatulrahim ini kearah kemanfaatan dan kemajuan kita semua agar ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

kida said...

Kentei..awak busy sokmo yakk..tak busy sekoloh..busy kerja...jangan busy sesangat wer...ada rodong koi dulu gitulah...busy business..siang malam...beli ke bini mercedes..beli rumah bapak besar..umur baru 39 tahun..ambik insuran ke bini RM1juta..anak RM1 juta...busy punya busy..last-last mampus tengah jalan, kolluinna....akhirnya yang perabis harta dia laki baru bini dia...rodong pulak tu yang sambar bini dia tu...gitulah ceritanya rodong baik aku jugak tu...geng golfer....sebab tu komer tak berapa nak membusykan diri sesangat dah..takut ngumpul-ngumpul harta..mampus..tak dan merasa..yang rasa org lain..dah lah di kebasnya bini..dienjoynya harta yang kita kumpul tu..kita tak sempat nak rasa..rodong pulak balun habis senang lenang...tak patut..tak patut.

Che Dat said...

Baguslah blog dah kembali tapi cadangan yg hujung kpd BPR tu yg menyebabkan blog ini akan di hijack.Cadangan jgn celupar bro tak berkat he he he

kidA said...

Che Dat..tu bukan celupar..tu sebenarnya aku hint memang dia org monitor jabatan-jabatan kerajaan punye komputer...jadi beritahulah kengkawan supaya berhati-hati..sebab dia org ada semua IP add semua komputer kerajaan...tulah sebab pun BPR beli berpuloh juta software tu..even SMPKE...yang kat PM ofis pun dia org monitor (Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif) sebab untuk intelligence matter. Aku sebenarnya nak bagi hint jer ni....tapi rodong tak paham nak kena xplain terang2 lah nampak gayanya...