Friday, January 12, 2007

keLUaRgA faTOnaH


Semasa acara makan-makan di rumah Shema dan Jepun baru-baru ini kerana meraikan Fatonah yang kini bekerja di Arab Saudi sempat saya ambil gambar sekeluarga. Fatonah kini bekerja sebagai Jururawat di Arab Saudi dan beberapa negara Timur Tengah yang lain seperti Mesir dan Jordan. Suami dan 4 orang anak-anaknya kini menetap di Kelang. Fatonah mempunyai 4 orang anak yang mana anak yang sulong kini berada di Tingkatan 2. Semoga Fatonah memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan sekeluarga sentiasa.

5 comments:

Amid..Yo said...

Yo..Fatonah..kat sana duduk bujang ker???
Berapa lama lagi kat sana??

Slambe Jr said...

sayang suami tinggal-tinggalkan...baguslah dpt suami yg memahami. Kalau den dah lamo den tambah branch, amacam Kida *bisik* yang tu la...jgn bagi tau SK

LaN KidA said...

Slambe..bab mencari sorang lagi ni pandai2 sendiri yer..Sarip Setan sms aku semalam nak cari sorg lagi Tokey Emas kat Kelantan...biar betulll.

Fatonah dan suami sebenarnya begitu tabah mengharungi hidup dengan 2 daripada 4 anak mereka mengalami masalah down sindrom. Semasa di rumah Shema tempoh hari sempat berjumpa dgn ke dua-dua anak beliau itu. Sebab itulah Fatonah dan suami berusaha keras bagi memberikan kehidupan yang terbaik untuk ke semua anak-anak mereka itu sehinggakan Fatonah terpaksa berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Dengar cerita Fatonah ingin sekali kembali semula bekerja atau berniaga di sini tetapi beliau masih memikirkan pekerjaan atau perniagaan terbaik untuk di lakukan di Malaysia. Kalau kawan2 ada idea utk share dgn Fatonah atau Fatonah juga semasa di rumah Shema sempat jugak bertanyakan samada terdapat kengkawan yang ingin berurusniaga di Arab Saudi, mungkin dia boleh membantu.

zack@kitang said...

Fatonah...moga pengorbanan anda bersama suami tersayang mendapat berkat dariNya...moga beroleh kesejahteraan,kebahagian & kedamaian buat anda sekeluarga.
Setiap yg berlaku punya HikmahNya yg mana kita sebagai insan yg kerdil ini mungkin tidak mengetahuinya...wassalam

Kla said...

Semoga Fatonah tabah dalam menempuh kehidupan ni, sesungguhnya ada lagi insan yg lebih menderita dari kita di dunia ni....