Monday, January 15, 2007

keDai kiTaNG di mENtaKaB




Sabtu lepas di Temerloh, saya sekeluarga sempat berkunjung ke kedai Kitang iaitu Kedai AVON yang terletak berhampiran pasaraya The Store di bandar Mentakab. Lokasi kedai Kitang yang terletak di kawasan strategik di tengah-tengah pekan Mentakab sememangnya begitu sesuai dengan perniagaan stokis AVON yang dijalankan oleh Kitang dan isterinya Lily. Menurut Lily, isteri Kitang, perniagaan ini telah dimulakan oleh Kitang sendiri yang mendapat idea semasa bertugas di Mayban Finance Kota Tinggi sekitar tahun 2001 dahulu. Akhirnya terdirilah kedai stokis AVON seperti yang dapat kita lihat seperti gambar diatas. Khabarnya Kitang mungkin akan menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaan AVON ini sementara isterinya akan memulakan perniagaan baru. Semoga Kitang sekeluarga akan beroleh kejayaan hendaknya.

Selepas berkunjung ke kedai Kitang, kami 2 keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga Kitang sempat pula menjamu selera di sebuah Restoran yang berhampiran makan nasi berlaukkan Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Kembung Bakar cicah air asam serta sayur-sayuran dan ulam-ulaman kampung... perghhh...kesian kat Amir, Piyang, Fezah dan Mizi. Sebelum balik juga Lily sempat membekalkan kami dengan beberapa barangan AVON. Thanks Kitang n Lily sekeluarga.

6 comments:

Anonymous said...

kida...hg nie betul la..setakat cendol ke ,abc ke, lompat jauh ke (adik beradik lompat tikam la tue )
aku tak kisah sgt..kat cni pun bole dpt..tang ikan patin masak tempoyak tue....dgn sambal buah bachang..melelah..aku. cuba citer sikit kat temerloh area mana best makan gulai ikan patin tempoyak..kat RnR ke?.Balik nanti aku nak singgah kedai no 1 pasar temerloh..hehehe

Pokcik Zam said...

Patin masak tempoyak bubuh petai. Tilapia merah masak goreng cili. Perghh...Kida ko bagi modal kat kitang bukak Restoran Pahang di KL..mesti best nye

Anonymous said...

Kitang n Lily,

Thanks for your hospitality...SK suka yg dlm beg tu hiks! *wink*

p/s pg tadi kat ofis takleh nak letak comment... esok tak taulah huhuhuhu.....

LaN KidA said...

Piyang, mu nok makang ikang pating kat Temerloh, mu gi restoran tepi sungai Temerloh kat stesyen bas lama...famous tu..tapi mu siap duit jugak...tak nanti gadai seluar dalam..tak boleh pitih bayar...patin ni kat kedai mahal jugak...2 ketul patin dekat RM30 jugak...Kalau mu makang sekor..mau RM100 sekor tu tapi puas hati..tempoyak dia kow-kow punye pekat dgn cili padi...tapi nak jimat mu beli kat pasar Temerloh..patin sangkar RM15 sekilo..jangan beli patin kolam RM5 sekilo..hanyir nak mampuih...kawe pun tok lalu nok makang patin kolam ni...

Anonymous said...

Kida/SK...beli suasa kat Pelangi,ada masa datanglah lagi...
Itulah rezeki buat kawan2...
Rodong2 lain..mail la singgah kat Mentakab...patin masak asam tempoyak ngan sembilang/keli masak berlada mananti anda, x lupa juga ikan kembong bakar cicah air asam dan kicap...
Pyan,Amir/Fezah/Mizi...sedaaapppnye wer!

Anonymous said...

x tahan gini weh