Wednesday, January 31, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 10



Setelah berbincang dengan Che Dat, Bilal dan Kitang pada petang semalam maka eM2bJ ini akan dilaksanakan pada 3hb Februari 2007 seperti berikut :

Pukol 7-00 pagi : Semua peserta yang akan menyertai konvoi akan berkumpul di area Gerai Buah-Buahan Serdang selepas Tol Sg Besi untuk bertolak ke Sri Medan, Batu Pahat.
Pukol 9-00 pagi : Konvoi dari KL akan bertemu Konvoi dari Kuantan di Tol Yong Peng Utara dan akan bertolak terus ke Pusat Pemindahan Banjir Sri Medan, Batu Pahat.
Pukol 10-00 pagi : Semua peserta bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat akan memulakan acara pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu peringkat sekolah rendah dan pra-sekolah. Sedikit minuman ringan dan kuih-kuih akan disediakan. Di penghujung acara ini akan diadakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada kanak-kanak berkenaan. Penyampaian bantuan barangan kepada 30 buah keluarga juga akan dilakukan sekali.
Pukol 12-30 tgh : Makan tengahari bersama keluarga-keluarga mangsa banjir, peserta dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Batu Pahat.
Pukol 2-30 ptg : Gotong-royong bersama Team Rakan Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Batu Pahat, membersihkan rumah-rumah mangsa banjir akan diadakan. Peralatan pembersihan akan disediakan oleh Jabatan Belia.
Pukol 5-00 ptg : Program eM2bJ dijangka selesai dan konvoi bertolak balik ke destinasi masing-masing.

Pakaian konvoi : Baju T'Shirt berkolar putih plain dan seluar jeans/khakis biru gelap atau hitam.
Konvoi akan dikenali sebagai BUDIMAN iaitu Bekas-Bekas Pelajar UiTM Caw. Pahang.

Setakat ini peserta-peserta yang telah mengesahkan untuk menyertai konvoi adalah seperti berikut :

1. Bilal dan keluarga - 2 orang dan anak2
2. Saya dan keluarga - 2 orang dan anak2
3. Kitang dan isteri - 2 orang
4. Syed Hamid - 1 orang
5. Kudeng - 1 orang
6. Nor Anita - 1 orang
7. Raman Shakri - 1 orang
8. Ummi dan keluarga - 2 orang dan anak2 ( belum comfirm betul2 lagi)
9. Sidi - 1 orang
10. Fadil Othman - 1 orang

So sekarang cuma ada 14 orang dewasa sahaja yang akan pergi dan kita memerlukan seramai 20 orang dewasa sekurang-kurangnya. Maka dengan itu saya merayu jika ada kengkawan yang mempunyai kelapangan agar dapatlah sudi kiranya menyertai konvoi nanti. Sebuah program kebajikan yang di lakukan dengan kerjasama sebuah jabatan kerajaan khas untuk melayani kehendak kita bukanlah suatu acara yang boleh dipandang remeh. Marilah kita bersama-sama meramaikan demi menunjukkan kepaduan ikatan persahabatan bekas-bekas pelajar ITM Pahang terutamanya dalam aktiviti kebajikan sebegini. Sesiapa yang ingin menyertai konvoi nanti silalah berhubung dengan saya atau Kitang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

4 comments:

Anonymous said...

Kida

Pukul 7am nak kumpul? Awal sangat lah rasanya. Subuh masuk dekat 6.15am now...

TokSkoot said...

Insyallah, saya juga akan berada di sana pada hari tersebut tapi jam 9 pagi bersama konvoi moto seperti jemputan di bawah (rasanya program yg sama)

Satu ride amal bantuan mangsa banjir akan diadakan seperti berikut:

Tempat : Kg Temihil, Batu Satu, Jalan Labis-Yong Peng
Tarikh : 3 Feb 2007 (Sabtu)
Waktu : 0900
RV : Hentian Serdang (lepas tol Sg besi, arah selatan)

Ride ini terbuka kepada semua dan dikelola oleh Abg. Ghani (saya baru kenal beliau di kedai GIVI). Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah membantu membersihkan kawasan surau dan balairaya. Anda juga boleh membawa sebarang sumbangan yang hendak diserahkan dalam apa jua bentuk seperti pakaian, bahan makanan dan wang. Jemputan terbuka kepada semua bikers tak kira tunggangan dan penyertaan amat digalakkan. Terima kasih.


bai

Anonymous said...

Kudeng,

Nampaknya kita terpaksa keluar awal dari rumah dan singgah sembahyang di mana2 untuk bertolak pukol 7 pagi dari Tol Sg Besi. Ini kerana program kita akan bermula pada pukol 10 pagi di sana dan perjalanan tsbt akan mengambil masa lebih kurang 3 jam atau 3 jam setengah. Breakfast pun kita akan singgah dimana2 kalau sempat atau kita tapau sahaja. Kalau kita bertolak awal kita tak rushing sangat.

Atau kita mungkin ada option utk tido di sana atau di Melaka. Komplek Sukan Alor Gajah yang dikendalikan oleh Che Dat menurut kata Che Dat ada hostel dan kemudahan sukan. Boleh buat pertandingan futsal kalau mahu malam tu di Melaka atau badminton ker, kalau ada cadangan nak bermalam dan semua setuju, saya takde halangan.

Anonymous said...

Kpd tuan punyer kenderaan Kia Carnival...bole car pool?..koi nak park keter kat ner?Tmn Melati ke?