Wednesday, January 24, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 3

Semalam menerusi Chatting Conference yang telah diadakan lebih kurang pukol 3-30 ptg telah disertai oleh ramai pengunjung blog. Ianya bagi membincangkan berkaitan Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor. Hasilnya sebulat suara terlantik beberapa orang sebagai Steering Committee seperti berikut :

Muslim@ FG - Ketua Penyelaras Ekspedisi ( 016-6267708)
Sidi @ Che Dat - Penyelaras Urusan di Johor ( 013-6843639)
Azmi @ Bilal - Penyelaras di Kuantan ( 013-9864049)
Zainordin @ Kitang - Bendahari ( 019-7567799)
Nizam @ Slambe - Penyelaras Pengankutan ( 012-3931159)

Kita cuma tiada Penyelaras bagi kawasan KL. Saya cadangkan Dona yang saya rasa sesuai. Bagaimanapun terserah kepada kawan-kawan semua. Petang tadi selaku Ketua Penyelaras Ekspedisi, FG telah menghantar e-mail seperti dibawah untuk makluman kawan-kawan semua. Saya juga berharap agar kawan-kawan semua dapat memberikan kerjasama yang padu kepada AJK di atas demi menjayakan satu tujuan murni yang amat memerlukan sokongan dan bantuan kawan-kawan semua.

Salam semua,

Semalam (Selasa - 23 Januari 2007), para itm85 musketeers telahpun berbincang dan memberikan pandangan, buah fikiran yang baik bagi projek 'Membantu Mangsa Banjir Johor'. Antara mereka adalah Kida, SK, Kitang, Kudeng, Mlon a.k.a Slumber Jr, Walid, Jun, Ummi dan FG sendiri. Selaku 'steering committee' bagi menjanakan perlaksanaan projek murni ini, beberapa keputusan telah dibuat (mungkin boleh dibincangkan semula; sila komen). Antaranya:

1. Bantuan berbentuk wang dialu-alukan. Dengan wang derma yang kita terima, kita boleh membeli barang-barang bantuan yang diperlukan. Ini memudahkan kita meng'specify'kan apa barangan yang kita perlu donate.

2. Barang-barang tersebut akan dibeli di Mydin Nilai yang mana pengurusnya sudah kita kenali yakni Slumber Jr. Terima Slumber Jr. Jasamu dikenang.

3. Transportation. Mlon (Slumber Jr) telah bersetuju untuk kita menggunakan 'lori' Mydin bagi mengangkut barang-barang dari Mydin ke Johor Bharu. Bermakna 'checkpoint' bagi semua sukarelawan adalah di Mydin Nilai.

4. Wang donation tersebut haruslah diserahkan kepada Kitang pada atau sebelum 2 Februari 2007 (sehari selepas Hari Wilayah);

Cadangan:
5. Pertemuan pada hari Sabtu ini 27 Januari 2007 untuk diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai perkara ini. Di mana dan jam berapa belum dipastikan. Sila komen untuk beri pendapat.

Antara isu yang perlu dibincangkan:
6. Gotong-royong membersihkan kawasan di Johor;
7. Pembikinan T-shirt bagi semua yang hadir;
8. Waktu yang tepat bilakah masa untuk berkumpul/konvoi ke Johor
9. Contact person di johor di fahamkan telah diuruskan oleh Che Dat. Harap Che Dat dapat hadirkan diri bagi memberikan penerangan lanjut.

Harapan agar usaha suci ini dapat berkat dan direstui oleh Allah s.w.t dan sama-sama kita mengeratkan silaturahim sesama kita.

Salam sahabat.


FG
6:30 pm

7 comments:

Anonymous said...

Sorry semalam aku ada meeting takleh nak join discuss.Aku cadangkan bila dah tahu jum donation baru kita decide lokasi kerana nak sesuaikan dgn bil mangsa yg nak kita bantu.Kalau nak mudah n jimat kos kita bagi duit je tapi mungkin tak ramai yg blh kita bantu.Kalau tmpat ramai mangsa elok kita bagi barang spt beras,gula,air mineral n buku latihan sekolah n sumbangan kita lebih nampak tapi kena kos pengangkutan.Kalau 3hb Feb aku rasa destinasi kita adalah Batu Pahat.

Anonymous said...

assalamualaikum, maaf saya mencelah... Jutaan terima kasih pada suma, kalau k b pahat...untuk beri sumbangan...di alu2kan, ttpi kalau untk mmbersihkan rumah n kawasan...sampai takat ni ada kwsn, air masih bertakung...tenang.. Kena dapatkan perkembangn terkini...apa pun terima kasih bnyak2.

Anonymous said...

Sehingga pukol 1-00 tgh tadi Kitang memberitahu saya bahawa cuma terdapat 4 org sahaja yang telah menderma dengan kutipan lebih kurang RM600.

Anonymous said...

Rodongs sekelian sumbangan segera anda akan memudahkan urusan menghantar bantuan kpd mangsa banjir.Rodongs diminta hantar sms/call rodongs yang lain untuk memberikan sumbangan.Kalau kita hanya byk cadangan sahaja tanpa tindakan yg pantas ianya tidak memberi apa2 makna.Biar sikit cadangan tapi kita laksanakan dgn pantas,berkesan n mencapai matlamat.Kerja2 amal ini mendekatkan kita dgn masyarakat n akan mendorong kita menghargai manusia,rodongs, masyarakat n kehidupan n boleh memberi ketenangan kpd jiwa kita.Cubalah kalau tak percaya

LaN KidA said...

Che Dat..setuju betul. Tapi ni lah masalah turun temurun...harap2 Maal Hijrah ni seme ada perubahan sikit...Tapi maybe banyak yg tgh tunggu gaji rasanya ni..almaklumlah bulan Januari ni dgn mcm2 perbelanjaan sekolah anak ramai yg tengah ikat perut tunggu gaji agaknya..maybe minggu depan collection ada bagus sikit harap2..

Anonymous said...

Pernah satu ketika, ketika Saidina Ali r.a. menjadi Amir Mukminin, ketika dia berada di masjid, dia telah didatangi oleh seorang lelaki miskin. Lelaki itu telah meminta bantuan makanan daripada Amir Mukminin. Saidina Ali r.a. lantas menyuruh lelaki tersebut pergi ke rumahnya, dan meminta makanan daripada isterinya, Sadatina Fatimah Zahrah r.anha (anak baginda Rasulullah SAW).

Saidini Ali r.a., walaupun seorang khalifah ketika itu, hidup dalam keadaan yang amat dhaif dah penuh zuhud. Ketika itu, rumah beliau hanya mempunyai 1 buku roti untuk keperluan ahli keluarganya. Apabila didatangi lelaki miskin tersebut, lantas Fatimah r.anha memberitahu bahawa mereka hanya mempunyai 1 buku roti sahaja, untuk keperluan keluarga mereka sendiri.

Lelaki tersebut pun kembali ke masjid dan berjumpa dengan Saidina Ali r.a. dan terus memberitahu perihal tersebut. Sekali lagi, Saidina Ali r.a. menyuruh lelaki tersebut pergi ke rumah beliau dan meminta roti tersebut daripada isterinya.

Untuk ke dua kalinya, Fatimah r.anha tetap memberikan jawapan yang sama. Apabila lelaki tersebut pergi berjumpa dengan Saidina Ali r.a. buat kali ketiga, Saidina Ali r.a. tetap menyuruh lelaki itu pergi ke rumahnya sekali lagi. Tapi kali ini, beliau berpesan kepada lelaki tersebut supaya memberitahu Fatimah r.anha bahawa Amir Mukminin yang menyuruhnya memberikan roti tersebut. Di pendekkan cerita, roti tersebut pun telah diberikan kepada lelaki miskin tersebut.

Apabila Saidina Ali r.a. pulang ke rumah, beliau bertanya isterinya jika ada apa-apa makanan yang boleh dimakan. Jawapannya tentulah tiada. Roti terakhir telah diberikan kepada lelaki miskin tersebut.

Akan tetapi, Saidina Ali r.a. tetap tenang. Tak lama kemudian, pintu rumahnya diketuk, berserta dengan ucapan salam. Apabila beliau membuka pintu rumahnya, dilihat seorang lelaki datang dengan membawa bakul penuh berisi roti berjumlah 9 buku.

Lelaki tersebut memberitahu bahawa roti-roti itu adalah hadiah daripada seorang yang kaya. Saidina Ali r.a. lantas menjawab (lebih kurang):-

"Roti-roti ini sepatutnya bukan untuk saya. Sebab Allah SWT telah berjanji, SETIAP 1 YANG DISEDEKAHKAN, AKAN DIBALAS 10. Roti-roti ini hanya 9. Mungkin awak tersalah orang".

Lantas lelaki tersebut menjawab (lebih kurang) :-

"Wahai Amirul Mukminin. Sebenarnya memang benar 10 buku roti telah dihadiahkan kepada tuan. Tetapi dalam perjalanan kemari, saya teramat lapar, dan saya telah memakan 1 buku daripada roti-roti tersebut".

Lantas Saidina Ali r.a. menerima roti-roti tersebut.

Yakinlah dengan janji-janji Allah SWT.

Wallahuta'ala a'lam...

Anonymous said...

Che Dat, Kida, sumbangan berbentuk pakaian terpakai, barangan terpakai seperti pinggan mangkok datang mencurah-curah dari rakan-rakan tempat kerja lama dan jiran tetangga. Ingat nak minta tolong rozain dan hantu atau sesiapa yg ada di Kuantan untuk bantu Koi hari Ahad ni untuk menyusun atau membungkus. Rakan-rakan di Kuantan masih sepi tanpa berita. Mungkin mereka akan kerumah Koi hari Ahad ni kut.. Doa dan harapan begitulah hendaknya. Bilal