Thursday, January 11, 2007

paSUkaN piLiHan aNDa di EpL




Malam semalam selepas balik bertemu Antu dan kawan-kawan di Suzy Corner saya sempat menonton secara langsung perlawanan antara Arsenal dan Liverpool di Channel 82 Astro pada jam 5-00 pagi. Perlawanan berkesudahan Arsenal membelasah Liverpool 6-3. Pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris ini memang mempunyai ramai peminatnya disini. Diantara kawan-kawan kita disini juga mempunyai pasukan-pasukan pilihan masing-masing. Kla-Kla dan Che Dat yang saya tahu adalah peminat Manchester United sementara Bob MG adalah peminat setia pasukan Liverpool.

Pasukan pilihan saya adalah Arsenal. Saya meminati pasukan Arsenal semenjak tahun 2000. Baru lagi sebenarnya. Sebelum ini saya amat meminati pasukan Manchester United. Seingatan saya MU sudah menjadi pilihan saya sejak dari kecil lagi pada tahun 1970an semasa zaman Gordon McQueen, Joe Jordan dan Sammy McIIroy lagi. Masa tu siap kumpul duit belanja sekolah untuk beli majalah Shoot ( majalah dari England) berharga lebih kurang RM3-50 sekitar akhir tahun 1970an. Kalau di TV pulak masa tu kita boleh tengok Liga Inggeris dalam rancangan Star Soccer yang disiarkan pada petang Sabtu setiap minggu.

Walaubagaimanapun minat saya kepada MU berakhir bila bermulanya New Millenium selepas zaman Captain Marvel Bryan Robson dan saya mula meminati pasukan Arsenal atau The Gunners. Saya meminati stail pengurusan Arsene Wengers yang bermula dengan Japanese Grampus dengan membawa pemain-pemain muda yang tidak berharga mahal tetapi mempunyai kualiti yang tersembunyi. Pemain-pemain yang telah dibentuk seperti Patrick Viera, Nicholas Anelka, Thiery Henry telah menjadi super player dari hanya sebagai pemain-pemain simpanan sahaja sebelum ini. Dengan kehadiran pemain-pemain muda berumur antara 16-21 tahun yang membarisi pasukan utama Arsenal sekarang seperti Chec Fabregas, Sanderos, Hleb, Rosicky, Flamini, Robbie Van Persie, Adebayor, Theo Walcott dan lain-lain lagi saya percaya Arsenal akan menjadi super team dalam masa 5 tahun lagi. Kebanyakan pemain-pemainnya hanya berumur 16-21 tahun sahaja dan tengah membentuk karier dan belum mencapai puncak lagi. Pemain yang berumur dalam pasukan utama Arsenal hanyalah Jens Lehman, Thiery Henry dan Kaolo Toure sahaja. (Lundberg sedang dalam proses penjualan kepada West Ham kerana dah tua). So, nantikan pasukan pilihan saya Arsenal The Gunners n The Winners.

Apa pula pasukan EPL pilihan anda?

17 comments:

Anonymous said...

Primera Liga aku minat jugak dengan Real Madrid dan Barcelona, Sirie A aku minat AC Milan dan aku minat jugak Lyon dari France. kalau sukan golf aku minat Vijay Singh (sebab dia kahwin dgn org Malaysia tapi memang dia best jugak) tapi kalau athlete pompuan aku minat Paula Creamer, Stacy Pramanasudh, Natalie Gulbis dan Maria Sharapova.

Anonymous said...

DULU:
team favourite: 1/MU 2/T.SPURS 3/ARSENAL

TGH-TGH: Setelah g.hoddle, ardiles dan seangkatannya bersara..tumpuan hanya diberikan kepada MU and ARSENAL

SEKRG:
setelah MU menjadi terlalu kuat di thn 90an dan bersaranya ERIC CANTONA ( potong stim..:) ) maka dithn 2000 keatas ARSENAL kini telah menjadi favourite team.

GO ARSENAL, GO ARSENAL (joget skit)

Anonymous said...

ehem..ehem....aku dari dulu spai skrg..The Reds...kalah ke..menang ke..tetap LIVERPOOL..minat kau dari zaman skolah rendah ..masa tu aku minat defender dia Alan Hanson...tinggi..cool...pastu era Ian Rush..John Aldrige..Kenny Daglish...so U'LL NEVER WALK ALONE..heheheheeee GO REDS GO..
p/s Bob/MG//kita berdua sama...cuma nak tgk game tu x kespaian slalu...cepat terlena la bang..ngantuk

Anonymous said...

go go liverpool...

dona_itmpahang@yahoo.com said...

I pun fan Gunners tau,..dulu2 pulak suka Selangor..hikhikhik..frust gak masa dia org jual Viera to Jerantut opss Juventus tp now dah ok. Amacam Walid dah kalah 2 kali ni home pulak tu.- u'll never walk alone lagi ke??? hakhkhak..tak sabau nak tengok Gunners belasah "Setan Merah" next Saturday..MU Sucks!!!Yeehaaa!!!

Anonymous said...

Tak sangka..ramai jugak The Gunners kat sini..Piyang...Dona...agree..MU sucks...yeahhhh

Anonymous said...

donna...reds kalah 2 kali tu sajer je...nak kasi manager dia quit...ada reason beb..

Anonymous said...

D-DAY 21 Jan 07:
Tak baik ngate org... Tapi team sucks tak duduk kat atas, MU cool jer kat atas tu... he he he...tak no 1, no 2. Tarak kecoh nyer....
Aku sbenornye team EPL ni depend pada season... Last season aku dgn The Blues, this season, Red Devil, next season tak tau lagi lah, tapi kesian gak tengok the reds kena belasah, dua kali lak tuh...

Anonymous said...

supporter liverpool byk org veteran...tak mcm supporter gunners..semua muda muda mcm aku, kida n dona..:).
p/s minat DONA sharapova..yeehaaaa.

LaN KidA said...

Dona...mana ada saturday ni Arsenal vs MU...lambat lagi lah..Saturday ni Balckburn vs Arsenal : MU vs Aston Villa

Anonymous said...

Yo..ada member aku fanatik MPPJ..kira ok jugak..aku sokong Liverpool...memang best sangat...dulu ada kumpulan Beatles...

Zaman Kevin kegan..masa tu TV hitam putih..pas tu ada Ian Rush..pantang ada peluang..habis dia bedal...
skrg ni zaman Garad..tapi striker out....kena cari mcm Drogba

Mizi said...

aku minat team READING, next season mesti top 3

Anonymous said...

aku sokong boltong wandereh...pasa dia paka baju serba putih...and off course, Sam Allardyce...hes a dart champion..

Anonymous said...

Sorrylah Gunners nak belasah Reds Devil. Nanti kena sengat ekor Reds Devil satu musim tak leh main ha ha ha. Bisa bisa bisa

Anonymous said...

Jangan gelak kuat sangat setan merah...sebab season ni arsenal dah menang pun 1-0 kat old trafford so jadi tanggungjawab setan merah nak kalahkan balik arsenal kat The Emirates...nanti kita tengok sape pulak yang bergelak....ye setannnnnnn.

dona_itmpahang@yahoo.com said...

oppsss..ingatkan minggu ni 21hb..tak sabau nak jumpa setan merah la..hakhakhak..ala x kisah la sape jadi top of the table, gunners dah banyak kali jadi champion dah..lagipun almari kat gunners punyer muzium dah penuh ngan piala..tu yg kasi kat The Blues last year tu sementara tunggu almari siap..ahaks...yeehaaa

Anonymous said...

Dona tengok kalendar 2006 agaknye tu... he he he... Dona kate Gunners dah banyak kali jadi juara, agaknye MU baru sekali dua je jadi juara, he he he...