Tuesday, January 09, 2007

meLaWat beNGkeL kuDiN

Petang semalam saya sempat singgah kat Bengkel Kudin di Selayang. Check lampu brek Volvo saya yang tidak berfungsi di samping menukar minyak hitam dan oil filter. Sempat ngeteh kat Kedai Mamak Barakath di Jalan Ulu Yam sambil Kudin bercerita pertemuan beliau dengan Antu dan Niazor di Jerantut pada hari raya AidilAdha yang lalu.

Semenjak tersiarnya artikel Kudin Mekanik di blog ini, Kudin memberitahu saya ramai jugak kawan-kawan yang menghantar kereta untuk di baiki oleh beliau. Saya lihat di Workshop Kudin pun ada kereta kawan-kawan seperti kereta Syed Hamid dan kereta Padil Othman DIB yang masih tersadai di sana. Katanya lagi Apek, Kitang, Khatilah DSS ada menghantar kereta kepadanya samada untuk di servis atau di baiki. Kudin juga beritahu kawan-kawan kita pun ada yang memintanya mencari kereta untuk di beli seperti Niazor, Antu dan Jepun serta Syed Hamid.

4 comments:

Anonymous said...

Asm.. Man Teroq kat sini..Iklan kereta untuk dijual.. Perdana V6 2.0 tahun 2004 (Blue Black)..Good condition..Kpd sesiapa berminat boleh hubungi Khairi (Adik ipar koi) 016-9639254 di Kuantan.. Kereta ada kat Kuantan skrg..

Anonymous said...

Selamat maju jaya kudin...

Anonymous said...

Tulah...kalau ada nak iklan apa-apa kat sini pun, hantar je particulars kat aku..nanti aku siarkan...nak jual kereta ker...nak beritahu berniaga apa ker, nak iklankan kerja kosong ker, nak jual kain batik ker..apa2 je lah..hantar kat aku...nanti aku usaha untuk publishkan. Disamping kita berkenal-kenal balik antara satu sama lain sekurang-kurangnya boleh memberi faedah kepada kita dan kawan-kawan semua menerusi blog ini.

Pokcik Zam said...

Kudin, klu ko senang nanti ko fikirkan camne nak repair/modify kete Kancil Aeroback aku...supaya boleh jadi Ferari ke, Porsche ke..selamat berjaya Kudin, tahniah Inspector Shahab