Friday, January 19, 2007

faDziL oTHmaN diB


Fadzil Othman yang pekena teh tarik bersama-sama saya, Bilal, Kitang, Man Troq dan Kudin Mekanik baru-baru ini ada menghantar profile keluarga. Di bawah ni saya siarkan e-mail Fadil :

Terlebih dahulu aku aku nak ucapkan berbanyak terima kasih atas blog yang engkau buat ni. Dapat juga tahu kisah member-member lama masa belajar kat itm dulu....gemok ke, kurus ke, rambut ada lagi ke, rambut putih habis ke, anak berapa, bini berapa kerana dah hampir 22 tahun tak dapat berita ...lama tu.... Memandangkan engkau dah masukkan serba sedikit cerita tentang aku, so aku kenalah cerita pulak kisah diri aku..Aku nak ceritakan kisah aku masa kat itm..... punyalah haru maklumlah aku bukannya hebat masa kat itm tu, macam orang yang lain-lain. panjang ceritanya ....setahu aku, aku jea seorang yang ada kes haru kat itm tu. Aku ni walaupun senior kat itm (batch januari 85) tapi aku jugalah junior (Julai 85). Beginilah kisahnya bermula, aku dan geng batch januari 85 merupakan group yang mula-mula berada di kuantan bila itm pahang dibuka...biasalah batch januari ni biasanya dah berumur dan dah ada yang dah kerja. Dia orang ni samada cuti belajar atau berhenti kerja untuk sambung belajar. Macam kes aku ...aku kerani maybank kat HQ, masa tu.. HQ maybank kat jalan tuanku abdul rahman masa tu menara maybank belum siap. Baru kerja 3 bulan dah dapat offer itm ....so cabut jea. Masa tu cita-cita nak jadi manager bank balik bila dah lulus kat itm...angan-angan tu tinggal kenangan jea. Masa belajar kat itm...aku seorang kantoi first semester.....pening-pening ....aku mintak repeat ..dapat ...tapi kena joint group junior dib ...anuar adik, anuar mangkok, zul sani, halim lucah, charlie, pyan, joe, abang mie, mat taib, Hamdan boli, bai, tok batin, fizah dan lain-lain budak dib lain (sorry kalau tak sebut). Sebab tu lah aku kenal ramai juga budak batch julai 85. Masa tu juga aku ada beli motor RXZ warna putih biru...no JBJ 9125....motor ni masih ada lagi kat aku sekarang ni ...tapi uzur sikit banyak nak kena repair ...motor ni aku selalu lumba dengan Honda raider JBK 9171 kat haighway muazam segamat/kuantan bila balik bercuti. Mizi balik batu pahat aku balik kluang ada 2 lagi RXZ satu budak dpim JBL 8708 dan seorang junior.(tak ingat lagi ...RXZ hitam) ...biasalah dia kalah jea sebab berat badan dia...(sorry mizi). Alhamdulilah graduate juga aku ....CGPA cukup makan jea. Lepas tu buat kerja merapu 4 tahun sementara nak dapat kerja tetap ......sampai orang tua aku pun naik pening tengok aku lepak. Ada pulak kawan orang tua aku yang kata `kerja aku aku tanam buah anggor dan berangan'....maksudnya menganggur dan berangan lah tu. Syukur .....tahun 1992 aku dapat kerja gomen, mula kena kerja kat HQ Kementerian Kesihatan kat sebelah mesjid negara. tahun 1996 aku masuk wisma putra. masa masuk tu jumpa si mizi JBK, kira oky jumpa geng lama. Si mizi ni baru 3 bulan dah kena pergi manila.....dalam kes aku enam bulan aku diarah bertugas di High Commission Malaysia kat Fiji.... lepak juga 4 tahun kat sana...2001 ..orang fiji ni dulu-dulu makan orang ....tapi dia orang ni respect Malaysia dari segi kemajuan negara berbanding negara dia....(lagi satu fiji ni tak habis-habis rampas kuasa sampai sekarang ni). lepas tu aku diarah bertugas kat Consulat Jeneral Malaysia kat New York selama 5 tahun terus dari fiji dan aku balik Malaysia Mac 2006 yang lalu. Aku kat luar negara hampir 9 tahun. Masa kat New York aku ambil kesempatan pergi melawat amir, afizah dan ariff (anak dia) kat detroit dan dia juga ada melawat aku kat New York. Amier dan fizah banyak cerita tentang member-member kat malaysia...(terima kasih amir dan afizah). Negara yang dah dilawati Fiji, New Zealand, Australia, Nauru, Tonga, UAE, Canada & USA.Untuk makluman semua...budak itm pahang yang aku tahu ada kat wisma putra ni adalah aku, Azman Roslee kat Putrajaya (balik dari Brazil) batch januari85, Mohd Tarmizi Taib (kat medan sekarang ni) batch januari 85, Mizi (kat songkhla) batch januari86.

Dari segi keluarga aku pulak...nama wife aku norazah abdul rahman . ...jumpa masa kerja kat Kementerian Kesihatan. tanya-punya tanya junior aku rupanya. ..dia ni budak dbs itm pahang batch julai 89. anak aku 5 orang ..Nor Nabilah (12 tahun) & Mohamad Alief Danial (10 tahun) lahir kat KL, Nor Adlina (9) lahir kat Suva, Fiji, Amier Danial (3 ) & Nor Erina (2) lahir kat New York. Aku sertakan gambar keluarga aku untuk tatapan semua. begitulah serba sedikit kisah hidup aku yang dapat aku gambarkan buat kalian....tammat.

"hidupbudakitmpahang".
mohd fadzil bin mohd othmanDIB

6 comments:

Amir-Isa said...

Fadzil,
terima kasih kembali ... kerana tolong renew passport aku & fezah masa kau kat Consulate Malaysia di New York dulu... also thanks for your kind hospitality, I hope I can return the favor some day.

Amir

Anonymous said...

Fadzil,
aku dengar kau nak kena transfer ke Lagos, Nigeria betul ke? Gud luck to u. Kirim salam pada pak hitam.....

Anonymous said...

:):):):):) itu la padil yg ku kenal.:):)

Anonymous said...

Padil..selamat ketemu...hapi jumpa kengkawan seme...

Anonymous said...

Hei Fadzil,
jgn ingat nak pergi posting luar negeri aje, duduk kat Mesia 4-5 thn dulu. Seingat aku motor JBK9171 tu yg selalu terangkat tayar dpn bila keluar kampus. Motor kau sejuk aje.

jepang

Mizi said...

Padil,
tak sangka aku, rupanya kau ni senior aku masa kat itm, sabar aje la aku ni. Aku rasa kali ni kau duduk lama kat wisma sebab En. Yub tu anti kat hang...... tak nak balik dari NY.