Wednesday, October 03, 2007

tadiKA paSti


Terimakasih kepada Wan dari PASTI yang telah sudi mengunjungi blog BUDIMAN. Sesungguhnya artikel berkaitan Dairi Guru PASTI dari blog Wan amat menyentuh perasaan kami semua di sini. Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru PASTI dalam mentarbiyahkan anak-anak kecil sehingga terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang memerlukan ketabahan dan kecekalan hati yang kuat. Wan juga telah meninggallkan pesan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada PASTI agar dapat menghubungi pejabat PASTI di talian 09-7486042. Manakala sesiapa yang ingin mengunjungi blog PASTI pula di http://pastikelate.blogspot.com/ Insyaallah di masa yang mendatang mungkin BUDIMAN boleh mengadakan satu projek kebajikan bersama-sama PASTI pula nanti.

Kudeng DSS juga ada menyatakan didalam ruangan komen artikel Kisah Ramadhan berkaitan tadika PASTI. Komennya seperti berikut :

Kudeng said...
Assalamualaikum. Anak ana yang no. 5 tu sekarang ni bersekolah di Tadika PASTI An Nur, Sri Kundang. Tadika tersebut adalah dibawah kelolaan PAS Cawangan Kundang. Alhamdulillah, ana ada hubungan yang baik dengan pengetua PASTI merangkap Ketua Cawangan Pas merangkap Imam 2 Masjid Kundang. Memanglah keadaan tadika agak daif jika dibandingkan dengan tadika2 lain. Bangunan lama dan kemudahan uzur. Tapi insyallah, biasanya tempat yang mujahadah seperti ini lah akan dapat memupuk peribadi rohaniah yang tinggi. Anyway, sebarang bantuan memang dialu2kan. Bantuan boleh dihulur kan terus kepada Ustaz Hishamuddin, Pengetua PASTI An Nur. Insyallah ana boleh tolong uruskan. Jazakallah khair. Khaddam Fiddin

So kepada sesiapa yang berhasrat untuk memberikan sumbangan samada kepada PASTI bolehlah menghubungi nombor telefon seperti di atas atau kalau ingin bersedekah kepada PASTI An Nur mungkin boleh meminta pertolongan Kudeng DSS.

2 comments:

pastikelantan@yahoo.com said...

TERIMA KASIH...DIATAS POSTING KHAS INI..ANA CUKUP TERHARU & HARGAIDI ATAS PENGIKTIRAFAN YG DIBERIKAN...SALAM UTK SEMUA..

LaN KidA said...

Sama-sama Wan. Memang hasrat kami semua disini untuk berkumpul kembali dengan tujuan bukan sahaja untuk bersilatulrahim tetapi untuk memberikan impak kepada masyarakat, bangsa dan negara melalui bersedekah, beramal dan membuat kebajikan mengikut syariat Islam, Insyaallah.