Wednesday, October 03, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 4


Alhamdulillah, setelah sambutan agak dingin sebelum ini untuk mengadakan berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz, nampaknya berkat usaha gigih Bilal, Ummi, Walid dan kengkawan yang lain memujuk dan merayu ihsan rakan-rakan, maka semakin ramai yang tampil untuk bersama-sama di dalam majlis berbuka puasa itu nanti. Menu telah ditetapkan oleh Ummi dengan harganya RM8-50 perperson. Bayaran menurut Ummi bolehlah dijelaskan lebih awal atau di hari berbuka pada Sabtu 6hb Oktober 2007 nanti. Setakat petang tadi di mana Bilal dan Raman Kerbau ada sms kepada saya memberitahu bahawa BUDIMAN yang bakal menyertai nanti ialah :

1. Ummi sekeluarga (Kuantan)
2. Bilal sekeluarga - 4 orang (Kuantan)
3. Rozain sekeluarga - 2 orang (Pekan)
4. Bob MG sekeluarga - 4 orang (Kuantan)
5. Kla2 Shamsul Amri sekeluarga - 2 orang (Kuantan)
6. Kitang sekeluarga - 4 orang (Temerloh)
7. Zambran - 1 orang (Temerloh)
8. Raman Kerbau - 1 orang (Temerloh)
9. Walid - tak tahu lagi berapa orang? (Kuala Lumpur)
10. Saya sekeluarga - 4 orang (Kuala Lumpur)

Jadi setakat ini saya rasa mungkin sudah ada seramai 30 orang seperti kata Ummi yang akan menyertai nanti bersama-sama keluarga Apamz sendiri. Penyertaan masih lagi terbuka sebelum senarai jumlah terakhir harus diserahkan kepada caterer sehingga petang ini. Apamz sendiri khabarnya betul-betul teruja dengan hasrat kita semua untuk berbuka di rumahnya dan khabarnya akan menyediakan 2 juadah istimewa untuk kengkawan BUDIMAN.

Oleh itu kepada BUDIMAN yang lain, masih belum terlewat lagi, marilah kita bersama-sama mengembirakan hati saudara kita Apamz dengan berbuka dan mengunjungi beliau dan Miza. Saya dapat merasakan Miza dalam keadaan sakit dan kepayahan itu semestinya berasa amat gembira dan berbesar hati kerana kawan-kawan suaminya masih lagi mengingati dan sanggup bersama-sama walaupun dalam kehidupan mereka yang kepayahan dan kedaifan itu. Dalam keadaan begitu kawan-kawan Apamz masih lagi tidak mengabaikan dan meninggalkannya. Mungkin juga kalau ada rezeki lebih, mana-mana kengkawan yang datang nanti boleh membawakan buah tangan sedikit seperti baju baru untuk Apamz, Miza atau anak-anaknya nanti.

Cuma yang agak mendukacitakan saya buat masa ini ialah tabung sedekah dan sumbangan untuk Apamz yang di buat menerusi akaun Kitang masih lagi kosong tanpa sebarang sumbangan. Kepada kawan-kawan yang tak mahu pergi atau tak dapat pergi, sumbang-sumbangkanlah sedekah anda di bulan Ramadhan yang mulia ini kepada saudara kita Apamz sekeluarga. Sudahlah anda tidak mahu pergi, janganlah pula sampai tidak mahu bersedekah kepada Apamz walau RM1 sekalipun kerana dengan RM1 anda itu jika dikumpulkan dengan semua BUDIMAN yang menziarahi blog ini boleh mencecah RM300 hingga RM500. Sekurang-kurangnya ingatan dan kasih anda kepada saudara seislam BUDIMAN tetap ada dari hanya berkata-kata sahaja.

Memang kadang-kadang saya termenung memikirkan betapa ada di antara kawan-kawan yang pernah serumah, sebilik, sama-sama di ITM Pahang, susah senang, dikala bujang dahulu banyak di tolong oleh Apamz tetapi apabila sudah berkeluarga, berjawatan besar terus melupakan beliau malah tidak pernah mengunjungi beliau sekalipun walaupun duduk berhampiran. Malah kengkawan yang duduk jauh pula memberitahu mereka bahawa Apamz di dalam kesusahan tetapi itupun tidak cukup lagi untuk mereka datang dan menjenguk Apamz dan sehingga kini masih tidak tahu dimanakah rumah Apamz. Masyaallah...moga-moga Allah swt membukakan pintu hati mereka suatu hari nanti untuk melihat sendiri penderitaan Apamz.

11 comments:

walid said...

salam n syukran BUDIMAN
kpd urussetia catering...ya umi..
walid akan hadir keseorangan...sorang je.konpem.

Bilal@azmi said...

Salam..
cabaran ini bukan hanya di alami oleh BUDIMAN malah secara umum sekalipun.. mengajak kepada aktiviti kebajikan adakala memang bukan mudah dan amat mencabar kecuali mereka yang pernah susah, pernah di timpa musibah, pernah bergaul dan melihat dengan mata sendiri akan kepayahan dan kedaifan. Apa pun harap ini tak mematahkan semangat Kida dan rakan-rakan yang lain. Sambil tu kita panjatkan doa pada Illahi agar hati rakan-rakan mendapat hidayah dan dilapangkan atau dipermudahkan untuk aktiviti kebajikan seterusnya, InsyaAllah.

Maklumat untuk Kida dan Ummi, Maklumat yang saya beri hanya mengambil kira orang dewasa contohnya macam Samsul, Rozain dan Bob, saya cuma ambil kira orang dewasa. Mereka akan bawa anak-anak kecil tapi menu yang kita sediakan mkn tak sesuai kot.. saya akan sumbangkan sup daging, nugget dan kentang goreng sebagai tambahan serta pencuci mulut - Dadih untuk semua. Bob Mg pula kata nak masakkan ayam sikit.. tapi tak dinyatakan ayam masak apa

Jun :) said...

salam...
jun bg pihak LK mintak maap byk2..selalu last minute...mmg ingat nk pegi tp tau aje la LK tu...dah brape ari x sihat, suara x d..dia nk call pon x leh nk cakap..hehehe. sore itik lg clear...weekend ni ofis dia ade wat ngan anak2 yatim, tp x sure sat/sun so mcm x dpt g lagi la..sbb ummi nk konpem kedatangan, we all kira x g la ye..kalu diizinkanNya last min..x tau la..

ummi said...

Emm..alhamdulillah kalu kita dah boleh kumpul dalam 30-35 org pun. The more the merrier..!Ada gak geng DSS ummi contact iaitu Norlia (asben dia Mohd. Khazwan (Mokaz) budak DPIM) belum confirm dan Z.Rosemina (kerja kat PPSC Gebeng) telah confirm akan datang 5 orang.

Emm baguslah Bilal nak bawak sup, nugget n dadih tu untuk budak2 sebab ummipun xtau age anak2 BUDIMAN yang terlibat ni..Xpa bubur lambuk n puding kastard pun ada. Rasanya nanti makanan memang banyak..

Cuma nak bagitau, kita buat buffet je lah ek..?

Ummi pun dah pesan dengan Z tu (*dia pernah berjiran dgn Apamz) untuk dtg awal sikit, siap2 apa yang patut sebab ummi pun kena tggu makanan ready baru boleh ke Balok.

K, ptg nnt ummi update lagi ek.

SK said...

jun, wah jun phm ker ckp itik ahaks! moga kentei cepat sembuh...

Kudeng said...

assalamualaikum

ana mintak maaf byk2 dari hujung rambut sampai hujung kaki pasal takleh nak join. kalau ada kesempatan, memang ana akan join.

anyway, kirim salam byk2 kat apamz.

SK said...

waalaikumussalam kudeng,

dok apelah..pahang sbb ada tugah..haghi tu kang kabo doh...

Anonymous said...

Salam...buat bilal n kengkawan ade pembetulan bukan 4 org tp 3 shj...aku,isteri dan anak sulung aku jerrr...pasal ayam tuuu...tengoklaaa ape yg isteri aku masak ...aku nie tukang makan jea...satu lg nak tanya nak collect duit dulu kea...bilal hello laa yea...

bob

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Insyaallah kwn akan join. Sorang je le macam si walid tu..

Charlie.

ummi said...

Salam...(*byk kali lak masuk sini)
Sehingga jam 4.00 petang ni, ummi difahamkan ada lbh kurang 40 orang (termasuk Apamz n fmly - 4 org) yang akan sama-sama berbuka puasa di rumah Apamz pada hari Sabtu ini, iaitu:-
Kida - 4 org
Kitang - 4 org
Bilal - 4 org
Walid - 1 org
Shamsul Amri - 2 org
Bob MG - 3 org
Raman - 1 org
Rozain - 2 org
Zamberan - 1 org
Charlie - 1 org
Z.Rosemina - 6 org
Norlia - 2 org
Ummi - 5 org
Apamz - 4 org

*Atau mungkin ada lagi ke yang tercicir, sila maklum kat ummi. Nanti naya xdapat makan..Tapi insyaAllah, makanan banyak tuh.

Ummi pun dh pujuk caterer agar dpt antarkan makanan ke Balok sana. Memandangkan ramai, alhamdulillah caterer setuju dan bolehlah ummi tolong bab lain lak. Kena caj pulak duit minyak (*sbb ari tu dia suruh bawa sndri makanan sebab xramai). Xpa, small matter.

Address Apamz -
No. 21, Lorong Balok Makmur 16, Taman Balok Makmur, Beserah.

Ummi dah tanya Apamz keperluan seperti meja utk buffet n tikar sume. Apamz kata xda masalah, insyAllah. Masjid pun dekat dgn rumah beliau.

Bagi yang membawa lauk-pauk/kuih- muih tambahan amatlah dialu-alukan dan harap sediakan bekas mangkuk/sudu/senduk sekali (polistren lagi senang- sekali sekala..) kerana caterer biasa bekal keperluan untuk makanan yang dia masak saja.

Kida n Bilal, ada apa2 lagi ke yang nak mention kat sini..atau ada aturcara sikit ke untuk serahan sumbangsih..hehe..? Ish, yang ni ummi serah kat u all je ek.

Takat ni je lah kot..

joe torres malady said...

kepada urus setia yg di hormati, jika tiada aral melintang saya akan kesana solo, soli lambat respon, tertido