Sunday, October 07, 2007

beSdAy umMi


Hari ini 7hb Oktober 2007 adalah harijadi Ummi yang ke 41. Sama umur SK dah! Camne pun Ummi masih tetap nampak muda dan anggun lagi. Ummi dulu semasa di UitM Kuantan mengambil kursus DSS dan kini bekerja di Lembaga Pembangunan Tioman di Kuantan. Suami beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Nu juga bekerja di tempat yang sama. Tinggal di Cendrawasih, Kuantan bersama-sama 4 orang anaknya, 2 lelaki dan 2 pompuan. Sejak mengenali Ummi sekeluarga menerusi blog BUDIMAN, Ummi sekeluarga tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap aktiviti yang di adakan oleh BUDIMAN dan sememangnya beliau seorang yang amat rajin, cekal dan sabar. Untuk Ummi, saya sekeluarga mengucapkan selamat harijadi semoga dikurniakan tubuh badan yang sihat, di murahkan rezeki, sejahtera dan bahagia di samping keluarga dan sahabat.

Semalam semasa berbuka puasa di rumah Apamz, Ummmi dan kawan-kawan yang menyambut harijadi dalam bulan Oktober sempat memotong kek yang dibawa oleh Kitang. Ianya juga bersempena ulangtahun pertama BUDIMAN yang jatuh pada 28hb September yang lalu. Antara yang memotong kek semalam selain Ummi ialah Walid, Apamz dan Kitang selain saya sendiri untuk ulangtahun BUDIMAN. Artikel birthday mereka nanti akan disiarkan pula mengikut tarikh birthday masing-masing.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
B'day Ummi sama dgn Demi Zarith Sofea lah. Yg beza cuma tahunnya aje.
Anyway, happy birthday to both of you... Alhamdulillah...

Jun :) said...

Demi Zarith Sofea? amboi nama...sape tu? anyway..happy birthday to ummi n demi moore..eh silap, demi zarith sofea..muga sejahtera selalu, dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki....

Bilal @Azmi said...

Moga Hidup diberkati dan dirahmati serta kehidupan dipermudahkan dengan segala yang terbaik dari NYA. Ammiiin
Bilal n famili.

SK said...

to ummi, hepi belated besday...moga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki,dan bahagia selalu..

to jun, demi zarith sofea tu anak shamsul amri (kla2)..DBS batch 85

shema said...

Happy birthday Ummi.

To kla2 - happy birthday utk Demi Zarith Sofea, semuga jadi anak yg solleh.. :-)

Anonymous said...

Kat mana saya boleh baca biodata apamz sekeluarga ni?

ummi said...

Salamm...
Usshh..ada besday wish lagi ari ni??..hehe...anyway, thanx to all. Amboii Kida, melambung puji..sakan ni..nak jet duit raya ker (*gurau jer..)? Emm 41 tahun dah...
Alhamdulillah kerana masih lagi sihat dan rasa amat bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang. Didoakan juga sume sahabat di luar sana dalam lindungan Allah swt. selalu..

walid said...

salam BUDIMAN..lambat skit blog in...hehe
anyway to UMMI...slamant hari lahir semuga diberkati dan dilimpahi keindahan cahaya keimanan hingga ke akhir hayat dari NYA.
mm...shema cakk online?..amboi lama x nmpk ..
demi zarith sofea..happy birthday gurl...
p/s bila la nak potong kak koi nie...

lan kida said...

Buat anonymous,
Biodata Apamz sila search artikel2 yang terdahulu...

Walid, rumah Bulu nanti boleh buat potong kek sekali kot..

kitang said...

Salam...Hepi Belated Besday Ummi...moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sihat sejahtera,aman damai bersama famili tercinta dan moga selamat dunia & akhirat.
Hepi Belated Besday buat Demi jua...boleh buat menantu tu!