Wednesday, October 10, 2007

bALik kaMPunG rayA

Gambar : Meriam Buluh power yang menggegarkan satu kampung di Mahang, Kulim pada raya lepas.

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti selama 11 hari kerana AidilFitri. Jadi mulai esok dengar-dengarnya ramai yang dah mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak-saudara. Kalau dari KL nak balik ke Utara atau Selatan atau ke Timur, lebuhraya yang besar selalunya makin menjadi sempit dan sesak dengan kenderaan. Kena banyak bersabar nak balik kampung beraya.

Bilal katanya menerusi e-mail ucapan selamat hari raya akan balik ke Johor esok untuk beraya di rumah orangtuanya manakala pada raya ke 2 beliau akan ke Jerantut, Pahang pula untuk beraya di rumah mertuanya. Katanya lagi hari raya ke 5 beliau sudah berada di Kuantan.

Saya sekeluarga pula hanya akan balik beraya ke Temerloh, Pahang selepas sembahyang Jumaat kerana SK mulai bercuti pada hari Jumaat petang. Insyaallah saya sekeluarga akan berada selama seminggu di Temerloh sebelum pulang ke KL.

Blog ini pun maybe akan bercuti mulai Jumaat ini kerana tiada talian internet di kampung saya di Temerloh tu. Jadi kalau ada kengkawan nak umumkan apa-apa rancangan untuk berhari raya ini, sila lah e-mailkan kepada saya sebelum Jumaat ini supaya sempat saya siarkan pada hari Jumaat atau lebih awal lagi. Kot-kot ada yang nak buat open house ker, nak jemput warga BUDIMAN ke rumah ker atau apa-apa je la.

Kepada yang nak berkonvoi bagi menghadiri majlis perkahwinan Bulu di Kuala Lipis harap dapatlah calling-calling kawan-kawan untuk sama-sama pergi. Saya pun tak tahu samada akan bertolak dari Kuala Lumpur atau dari Temerloh nanti, jika pergi. Kalau tak dapat call tu, sms je la, sebab tahu-tahu lah duduk kat kampung ni...telefon selalunya kat rumah..orangnya kat belakang tengah panjat pokok kelapa ker, pokok mempelam ker, menebas semak ker dan macam-macam lagi.

4 comments:

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA BUDIMAN & KENALAN TAK KIRA DIMANA JUA ANDA BERADA.

PYAN & FAMILY
NZ

Anonymous said...

Selamat menyambut hari lebaran
kepada semua warga Budiman dan kenalan di mana sahaja berada.
Maaf zahir dan batin,
dari kami sekeluarga.

Shamsul 'Amri
Maizatul Syima
Amirul Ashraff
Nadzmi Firdaus
Demi Zarith Sofea
Iman Hardy 'Adruce

Pandu Cermat, Jiwa Selamat
Bahasa Jiwa Bangsa

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua warga Budiman, ana sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri Al Mubarak. Semoga puasa kita diterima dan dianugerahkan rahmat dan maghfirahNya. Kini insyallah kita kembali kepada fitrahNya.

Ana akan pulang beraya ke Kuala Terengganu selepas solat sunat eidul fitri nanti insyallah.

Min 'Aidil Wal Fa'izin.

Jazakallah khair kathirun.

TENGKU ANZARUDIN
HANISAH
ATHIRAH
ARISYA
AZMEEN
HAKIM
HADI
MUNEER

khairyn said...

Salam lebaran :)

Temerloh? hmm.. saya atas sikit.. sikit jer lagi. Kerdau. :)