Tuesday, October 09, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 9


Gambar 1 : Bilal dan Raman Kerbau menunggu waktu berbuka
Gambar 2 : Wan Rozain dan Apamz bersembang sambil berbuka puasa
Gambar 3 : Bob MG DiA, Joe Malady DiB dan Charlie Koy DiB
Gambar 4 : Wan Azhar DiA - kontraktor besar dari Maran
Gambar 5 : Bob MG - Jejaka Paling Bergaya pada malam itu, siap dengan tasbih, sedang membawa rendang ayam special untuk kengkawan, kira-kira Man Of The Match la.

Masih lagi dengan kemeriahan berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz pada Sabtu lepas, so saya siarkan lagi gambar-gambar yang ada. Actually hari tu tak banyak sangat gambar yang sempat dirakamkan kerana bersembang tak henti-henti dengan kengkawan yang hadir. Macam-macam cerita di tanyakan dan dikhabarkan antara kengkawan, jadi nak stop untuk ambil gambar pun tak sempat.

Apamz ada sms kepada saya pada petang Ahad yang lepas memberitahu bahawa jumlah sumbangan yang telah diterima oleh beliau adalah sebanyak RM2,502-00. Ini adalah jumlah yang diterima oleh beliau pada malam berbuka puasa BUDIMAN iaitu sebanyak RM2,102-00 dan juga sumbangan yang diterima secara direct oleh beliau dari beberapa kengkawan yang tidak dapat hadir berbuka tetapi telah bertemu dengannya sebelum hari berbuka itu. Apamz mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kengkawan yang telah hadir berbuka dan menyumbang dan menurut beliau pada raya tahun ini setelah sekian lama menerusi sumbangan tersebut dapatlah beliau berbelanja seperti membelikan pakaian baru untuk anak-anaknya, setelah beberapa tahun tidak dapat melakukannya. Menurut Apamz lagi beliau dan Miza begitu terharu dengan ingatan dan keprihatinan kengkawan BUDIMAN kepada keluarganya.

Seperti cadangan Kla2 dalam ruangan komen, mungkin acara sebegini boleh di jadikan acara tahunan. Sememangnya aktiviti-aktiviti amal sebegini tidak sahaja harus dilakukan setahun sekali tetapi pada setiap masa jika terdapat keperluan dan kemampuan untuk dilakukan oleh BUDIMAN kerana bukan sahaja Apamz tetapi jikalau ada kengkawan BUDIMAN lain di mana sahaja yang memerlukan pertolongan, jika berkemampuan, insyaallah BUDIMAN akan membantu. Kepada kengkawan yang berada di Kuantan, saya harap jika ada aktiviti kebajikan dan amal sebegini yang dianjurkan BUDIMAN di tempat-tempat lain hendaklah turut serta dan janganlah hanya Ummi dan Bilal sahaja yang kerap datang.

So, masa di rumah Apamz Sabtu lepas, ada kengkawan cadangkan untuk buat Sambutan HariRaya BUDIMAN pula, jadi kita tunggu pula kot-kot ada kengkawan yang hendak anjurkan maybe di Kuantan, Temerloh, Jerantut atau KL. Kita bagi peluanglah kawan-kawan anjurkan pulak, jangan kata asyik orang yang sama jer anjur, tak syiok jugak, macam nak conquer jer kan tapi pakat-pakatlah. Kita nak tengok pula kot Zamberan ker nak buat kat Temerloh atau Muslim ker nak buat sambutan raya BUDIMAN kat KL, bila lagi kan.... atau pakat-pakat combine pun boleh juga... ( sebab dia orang berdua ni khabarnya janji nak datang berbuka kat rumah Apamz dan buat keZZutan tapi last-last minute cancel tanpa sebab yang munasabah... memang tak patut dan oleh itu patut di denda dengan mengelolakan sambutan HariRaya BUDIMAN... Zamberan n Muslim...jangan buat-buat senyap jer skodeng blog ni yer... BUDIMAN tunggu korang berdua organize ni... hehehe)

Dari sembang-sembang masa berbuka di rumah Apamz juga khabarnya ramai yang hendak pergi ke kenduri Bulu pada 20hb Oktober nanti di Kg Kuala Lanar, Lipis untuk majlis perkahwinan Bulu nanti. Wan Azhar hari tu beriya-iya mengajak kengkawan untuk konvoi beramai-ramai. So, insyaallah, kalau ada peluang dan kelapangan marilah kita beramai-ramai ke kenduri perkahwinan Bulu nanti berkonvoi ramai-ramai dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Temerloh.

4 comments:

LaN KidA said...

Kalau nak buat Sambutan Raya BUDIMAN, aku ada satu tempat nak cadangkan iaitu di Dewan Komplek Belia Maran...sebab tengah2...dan tarikh sesuai pada Hari Raya ke 3...

Tempat tu kalau nak booking boleh hubungi Sidi @ Che Dat sebab beliau sekarang Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran (besar pangkatnya wer duduk dalam AJK Daerah). Che Dat pun sebenarnya menurut Wan Azhar ada offer untuk kita buat Gahtering BUDIMAN di situ secara percuma dengan penginapan sekali.

Jadi minta2 la Muslim dan Zamberan kontek CheDat dan atur2kan yer kalau berminat... nanti kita boleh war-warkan kat blog... apa kata kawan2 lain?

LaN KidA said...

Satu lagi kalau nak buat Sambutan Raya BUDIMAN ni saya cadangkan buat secara potLuck pun okay jugak... tak payah nak catering sangat... bolehla pakat2 bawak lemang, orang ni bawak rendang, orang tu bawak nasi himpit, orang ni bawak kuah kacang, orang ni bawak meehoon ker...kuih-kuih...

Sekadar cadangan saja.... kalau ada tempat macam dewan sekolah ker...atau balai raya ker..sesuai...sebab kalau nak buat kat rumah...mesti penuh dengan adik beradik...nanti sesak sangat dan tak berapa bebas nak sembang-sembang...

Apa-apa hal kita tunggu apa kata pengajur... M & Z atau ada yang lain nak tolong sekali....

shema said...

Cakkkk... salam semua, kepada rakan2 BUDIMAN yang pergi ke walimah Bulu nanti, jemputlah singgah beraya kerumah mak saya di Raub.. mungkin on the way balik blh singgah nak mandi ke, nak solat ke hehe nak tidur pun blh hehehehe..

Jumpa disana.. disana.. disana hehe :-)

ummi said...

Emm seronok jgk kalu program bertemu di hari raya ni menjadi kan..kat mana2 je, x kesah, insyaAllah..Tapi kalau cara potluck, kena tau la berapa ramai nak join, xpun ada yang terkebil mata x merasa...Raya ke 3?? Macam x sempat jer nak memikir..hehe.. Emm..insyaAllah..

Aa..Muslim n Zamberan bole lah contact Che Dat..kasi jalan ini projek jugak...