Monday, October 29, 2007

rOzMah dbS


Semasa dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan Bulu di Kg Kuala Lanar, Jerantut pada 20hb Oktober yang lalu, saya bersama SK sekeluarga sempat singgah berhariraya di rumah Rozmah dbS, classmate kami dahulu. Rumah Rozmah terletak berhampiran pekan Jerantut dan kedatangan kami telah disambut dengan begitu mesra oleh Rozmah dan suaminya Halimi. Sempat pula Rozmah menyediakan nasi tomato untuk hidangan kepada kami semua. Kebetulan Wan Azhar diA juga berada bersama yang mana Halimi suami Rozmah adalah bekas classmate beliau semasa di sekolah teknik dahulu.

Rozmah bersama Halimi kini menetap di Jerantut bersama anak-anak mereka seramai 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Rozmah menjalankan perniagaan catering makanan dan membuat kuih-muih untuk bekalan kepada sekolah-sekolah di sekitar Jerantut. Terdapat ruangan di belakang rumah beliau yang dijadikan tempat membuat kuih-kuih termasuklah membuat kuih-kuih raya secara besar-besaran di mana beliau khabarnya terpaksa mengambil seramai 8 orang pembantu untuk menyiapkan tempahan. Semasa kedatangan kami juga, beliau sedang menyiapkan tempahan catering makanan untuk makan malam Jamuan sebuah keluarga Cina di pekan Jerantut.

Telatah anak perempuan bongsu beliau iaitu Sofea pada petang itu begitu ceria dan suka bergaya membuat kami tak henti-henti ketawa. Memang comel betul Sofea. Jadi kepada kengkawan yang berkunjung ke Jerantut atau nak buat tempahan catering makanan di sana, bolehlah berhubung dengan Rozmah atau suami beliau Halimi. Memang Rozmah masak sedap giler sampai saya tambah 3 kali makan nasi tomato beliau walaupun nak pergi ke majlis perkahwinan Bulu selepas itu.

No comments: