Sunday, October 21, 2007

kitAnG keMaLanGAN

Pada hari Khamis yang lepas sewaktu Kitang dalam perjalanan ke pejabatnya bagi memulakan tugas setelah bercuti Hari Raya, beliau telah terlibat dengan kemalangan semasa menaiki motosikal superbikenya. Kemalangan yang berlaku kira-kira 500 meter dari tempat kerjanya di Dataran Maybank Bangsar berlaku apabila sebuah teksi secara tiba-tiba membuat pusingan U-turn dan mengakibatkan Kitang terlanggar teksi berkenaan. Kaki kiri beliau telah ditimpa oleh superbike beliau dan mengakibatkan bengkak yang besar. Selain itu beliau juga mengalami luka-luka ditangan dan kaki. Rakan-rakan sepejabatnya telah menghantar beliau ke klinik dan isteri Kitang, Lily telah bergegas ke Kuala Lumpur dari Temerloh bersama anak-anak untuk melihat keadaannya dan membawa Kitang balik ke Temerloh. Beliau kini bercuti sakit (MC) di rumah. Nasib baiklah Lily isteri beliau yang juga mengalami terseliuh kaki kiri sebelum ini sudah sembuh sedikit. Kalau tidak naya betul, suami isteri dua-dua sakit kaki kiri. Akibatnya Kitang juga tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Bulu di Kuala Lipis pada hari Sabtu.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Aidilfitri...
MasyaAllah, xtau lak Kitang accident..dugaan betul buat Lily yang memang duk sakit kaki lagi..
Apapun, diharap Kitang dan Lily bersabar dan semoga semuanya segera sembuh.

Selamat Hari Lahir juga kepada Kitang hari ini. Anggaplah dugaan yang datang mempunyai rahmat disebaliknya.

* Seronok sakan beraya rumah Lily n Kitang hari tu...Wpun, sakit2, masih sudi merai teman2.

Anonymous said...

Semoga cepat sembuh untuk kitang dan isteri. Happy belated birthday 2 U kitang. Ni ada pantun 2 kerat:

Tua dah tu,
Bila nak bermenantu?

Pandu cermat jiwa selamat.
Bahasa jiwa bangsa.

Jun said...

Happy birthday to Kitang...muga cepat sembuh..

LK n family.