Thursday, October 04, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 5


Alhamdulillah, sehingga malam tadi seramai 42 pax telah mengesahkan penyertaan iaitu tambahan 2 pax lagi dari jumlah yang telah diberikan oleh Ummi dalam ruangan komen semalam. Sehingga kini BUDIMAN yang akan menyertai adalah :

1. Ummi sekeluarga - 5 pax (Kuantan)
2. Bilal sekeluarga - 4 pax (Kuantan)
3. Shamsul Amri sekeluarga - 2 pax (Kuantan)
4. Bob MG sekeluarga - 3 pax (Kuantan)
5. Z.Rosemina sekeluarga - 6 pax (Kuantan)
6. Norlia sekeluarga - 2 pax (Kuantan)
7. Apamz sekeluarga - 4 pax (Kuantan)
8. Joe Malady - 1 pax (Kuantan)
9. Ismail Rodzi - 1 pax (Kuantan)
10. Kitang sekeluarga - 4 pax (Temerloh)
11. Raman Kerbau - 1 pax (Temerloh)
12. Zambran - 1 pax (Temerloh)
13. Charlie Koy - 1 pax (Kuala Lumpur)
14. Walid - 1 pax (Kuala Lumpur)
15. Wan Rozain sekeluarga - 2 pax (Kuantan)
16. Kida sekeluarga - 4 pax (Kuala Lumpur)

Manakala Lan Kentei dan Jun sekeluarga cuma dapat mengesahkan penyertaan di saat-saat akhir nanti sekiranya tiada program pejabat yang menghalang walaupun Lan Kentei telefon saya pagi semalam dengan suara serak2 basah Ella memberitahu teruja sangat nak pergi. Man Troq pula memberitahu bahawa tidak dapat untuk travel buat masa sekarang kerana isterinya mengalami alahan kerana mengandung 4 bulan dan beliau telah memaklumkan kepada Apamz petang semalam. Saya cuba menghubungi Kaybee di talian 012-9565151 tetapi tiada jawapan. Kalau ada sesiapa yang mempunyai nombor telefon Kaybee yang terbaharu harap dapat memberitahu saya atau menghubungi Kaybee untuk mengajak beliau sekali.

Saya juga telah menghubungi Apamz malam tadi dan bercakap dengan beliau memberitahu jumlah kehadiran setakat ini. Apamz dan Miza begitu teruja menantikan kehadiran kawan-kawan semua pada hari Sabtu ini.

Kitang juga ada memaklumkan kepada saya bahawa tabung sumbangan untuk keluarga Apamz telah mencecah RM500 setakat ini.

Berkenaan makanan pula, kalau di lihat dari menu yang disediakan oleh caterer adalah untuk lauk dan nasi serta air sahaja. Bilal katanya akan membawa sup daging, nugget dan kentang goreng serta dadih sebagai tambahan. Bob MG pula akan membawa lauk ayam. Menurut Ummi juga ada bubur lambuk dan puding (bukan puding raja kot sebab YM Raja tak datang, hantar wakil saja...hehe). Kuih-kuih belum ada dan buah-buahan serta kurma. Maybe boleh pakat-pakat nanti. Murtabak Pekan tu memang sedap jugak tapi kena ihsan orang yang duduk Pekan la nampaknya ( rasa macam ada orang yang bertolak dari Pekan nanti...). Dapat sejuring kecik pun takpe la...hehe sebab murtabak tu mahal.

Apa-apa pun pada sesiapa yang nak bawak lauk, kuih-muih dan buah-buahan tambahan tu di ingatkan dengan keras janganlah bawa terlampau banyak. Ala-ala kadar je cukup, biar tak cukup jangan sampai terlebih takde orang makan....(pengecualian untuk murtabak Pekan la...sebab sejuring tak cukup rasanya...hehe. Ada kena baling dengan murtabak ni nanti... mesti marah orang yang bertolak dari Pekan ni... keke).

1 comment:

walid said...

salam BUDIMAN,

akhirnya acara berbuka posa bersama APamz sekeluarga n BUDIMAN sudah hampir tiba dan ramai yg menghadirkan diri. Syabas kpd anda semua.(macam Dr fadilah kamsah jerrr...)anyway slamt memandu dan berziarah kpd yg dtg dari jauh dan juga yg dekatsemuga berhati2 dan juga semuga mendapat keberkatan dari NYA.dgn kehadiran yg ramai dan menu yg menyelerakan...tentulah event ni satu event yg bermakna buat semua setelah sekian lama 2-3 event yg dicadgkan tidak menjadi realiti.So x nak cakp pjg2....murtabak pekan 3....kida ..niazor try dptkan..hehe....puding umin apamz tu kira spesel gak tu.....hehe

p/s..murtabak kayu nasi kandar @ ali maju ...xder ke?...