Tuesday, October 23, 2007

kitAnG maSuk waD


Petang semalam akibat kemalangan motosikal pada minggu lepas, Kitang telah dimasukkan ke Hospital Temerloh setelah pemeriksaan mendapati terdapat tulang kaki di tempurung lutut beliau telah patah. Kini Kitang berada di wad Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Beliau yang masih lagi MC dari hari Khamis minggu lepas telah pergi ke Hospital Temerloh setelah mendapati bengkak dari peha sehingga ke hujung kakinya masih tidak surut dan keadaannya tidak banyak berubah. Lily ada mengirimkan gambar terbaharu beliau di wad pada petang semalam dan saya akan cuba siarkan nanti. Semoga kecederaan yang dialami beliau akan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Nampaknya harijadi beliau ke 40 yang jatuh pada 22hb Oktober iaitu semalam terpaksa di raikan di wad Hospital Temerloh.

5 comments:

shema said...

Cakkkk.. Happy belated birthday Kitang & get well soon...

LaN KidA said...

Salam semua,
Menurut Bilal yang ada sms kepada saya petang semalam, Kitang akan dipindahkan ke Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur pada hari ini untuk rawatan lanjut.

Kalau kengkawan yang ada di KL ni mempunyai kelapangan bolehlah mengunjungi Kitang beramai-ramai nanti. Bilal pun ada di KL hari ini dan beliau ada memberitahu saya bahawa beliau berharap untuk mengunjungi Kitang bersama-sama BUDIMAN yang lain.

So calling2 la nanti yer.

SK said...

hospital ampang putri eh.. dekat jer ngan ofis sk...sape2 nak gi tu dah lalu dpn ofis sk tu calling2 sk lah...kalau sk sorang yg gi seganlah pulok!

shema said...

hehe SK.. cam pernah jadik jerrr... lalu depan office bley nampokkk :-)

ummi said...

Aikk Kitang, dah kena simen rupanya kaki tu..mesti teruk patah kan..Dah kena pindah hospital lak..Harap Lily banyak2 bersabar semasa menguruskan suami dan anak2 tersayang.. Semoga kalian dirahmati Allah swt. selalu.