Sunday, October 21, 2007

buLU niKah

Petang semalam saya sekeluarga bertolak dari Temerloh untuk menghadiri majlis perkahwinan Bulu yang telah diadakan di rumah bapa beliau di Kg Kuala Lanar, Kuala Lipis. Sempat singgah mengunjungi Kitang yang kemalangan motosikal di rumah beliau di Taman Temerloh Jaya, saya bertolak ke Kuala Lipis via Jerantut lebihkurang pukol 12-15 tengahari. Sampai di Jerantut, saya menelefon Wan Azhar yang sudahpun berada di Jerantut dan sedang menunggu saya di rumah Rozmah dbS. Sempat pula berhariraya di rumah Rozmah dan menikmati masakan istimewa yang disediakan.

Saya dan Wan Azhar bertolak dari pekan Jerantut lebih kurang pukul 2-00 petang terus menuju Kg Kuala Lanar, rumah Bulu. Kami berdua sekeluarga sampai di rumah Bulu lebih kurang jam 2-45 petang dan rombongan Bulu dari Tumpat bersama pengantin perempuan masih dalam perjalanan dan belum sampai lagi. Kami menikmati dahulu nasi minyak kenduri. Tidak lama kemudian rombongan Bulu bersama pengantin perempuan pun tiba kira-kira jam 3-30 petang dan terus di arak untuk acara makan pengantin.

Jepun dan Shema sekeluarga menyusul tidak lama selepas itu dan begitu juga Charlie Koy yang tiba dari Pekan, Pahang bersama-sama keluarganya. So kami berempat BUDIMAN sekeluarga meraikan Bulu yang bergelar raja sehari pada hari itu. Bulu bertanyakan kepada saya, mana kawan-kawan ITM yang lain? Saya berasa serba salah untuk menjawab kerana kalau nak beritahu kawan-kawan sibuk atau ada urusan lain, saya rasakan tidak kena, kerana beliau telah memberitahu berkenaan jemputan ini kira-kira sebulan yang lalu dan mengirimkan sendiri kad undangan kepada sesetengah kawan-kawan. Saya cuma beritahu beliau tentang Kitang yang kemalangan motosikal dan tidak dapat hadir. Kitang pula semasa kami berbual-bual kebetulan pula telah menelefon Bulu. 2-3 kali juga Bulu masih bertanyakan kawan-kawan BUDIMAN yang nak datang pada petang tu. Syukur juga sekurang-kurangnya ada wakil diA iaitu Wan Azhar hadir, sekurang-kurangnya ada jugalah coursemate beliau yang datang.

Dan setelah berbual-bual seketika dan mengambil gambar bersama dan Bulu mengenalkan isteri barunya kepada kami semua, kira-kira jam 6-00 petang, kami semua bertolak pulang. Wan Azhar berseorangan balik ke Maran sementara saya, Jepun dan Charlie sekeluarga bertolak menuju ke Kuala Lumpur dalam kesesakan laulintas pengguna Pantai Timur dari Kelantan pulang berhariraya. Sempat singgah di rumah emak Shema di Raub untuk solat dan kami kemudiannya meneruskan perjalanan dan sampai di Tol Gombak kira-kira jam 10-30 malam dan pulang ke haluan masing-masing.

Sesungguhnya meraikan perkahwinan rakan BUDIMAN yang merupakan salah satu hari penting dalam hidup beliau walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh dan mengenepikan urusan-urusan peribadi seketika, sekurang-kurang dapat mengembirakan hati seorang rakan yang tentunya berharap kawan-kawan akan tiba bagi memenuhi undangan yang di sampaikannya. Kepada Bulu, saya dan rakan-rakan BUDIMAN mengucapkan Selamat Pengantin Baru semuga anda sekeluarga akan sentiasa bahagia, sejahtera dan sihat sentiasa hingga ke akhir hayat.

2 comments:

Kla said...

Selamat pengantin baru untuk bulu dan isteri. Maaf kerna tak dapat bersama meraikan hari bahagia bulu. Apapun yang penting semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Teringat pulak 10 tahun yg lalu, di mana Puist, Antu, Apamz, Bob dan KB adalah antara warga budiman yang datang kenduri kawin aku. Thanks a lot once again guys!

Jun :) said...

Selamat pengantin baru to Bulu n isteri..
muga bahagia ke akhir hayat..

LK n family