Wednesday, October 24, 2007

niKah LaNChu

Semalam Fatimah/Mohideen dbS ada mengirimkan e-mail kepada saya untuk memberitahu bahawa Ghazali @ Lanchu(dbS batch Jan 85) ingin mengajak kengkawan BUDIMAN semua ke majlis perkahwinan beliau yang akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 28hb Oktober 2007
Tempat : No 5, Rumah Rakyat Kg Jiboi, Ampangan, 70400 Seremban

Beliau ada mengirimkan kad jemputan beliau yang telah di scan untuk disiarkan di sini. Didalam blog Pioneers ITM Pahang juga telah di siarkan kad undangan ini. So, kalau ada sesiapa yang kelapangan, marilah kita beramai-ramai meraikan hari yang bersejarah kepada sahabat kita Lanchu, moga-moga dengan kehadiran kengkawan BUDIMAN semua bukan sahaja akan menambahkan meriahnya majlis tersebut malah dapat merapatkan lagi silatulrahim antara kita semua di sini dalam majlis itu nanti. Insyaallah, kalau ada kelapangan saya juga akan turut serta nanti sebab SK pun pernah duduk area Kg Jiboi tu masa kecik-kecik, so harap kat dia lah arif dengan tempat tu.

3 comments:

SaYanG kidA said...

mmhh mmglah kecik2 dok kat situ. dah bosar ni lamo dah den tak poi sano...manolah den ingat...ntah2 dah berubah tmpt tu..

kida nak gi ker? kalau nak gi lepas sk jumpa kawan sk yea... sbb sk dah janji dgn derang last week...kida lupa ke kida dah kasi green light itu hari :p

SK said...

to ghazali aka lancu.. tahniah! moga berbahagia hingga ke akhir hayat.

ummi said...

Salam..untuk Ghazali a.k.a Lanchu..selamat ke jinjang pelamin. Semoga berbahgia ke akhir hayat. Kami x dapatlah nak hadir meraikannya kerana Abg Nu pun terlibat dengan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan mulai 26-29 Oktober ni..

p/s* Mana satu orangnya yek..dok kenal lee..Sk & Kida, kirim salam je lah ya kat pengantin..