Friday, October 26, 2007

kitAnG di AMpaNg putRi

Pada hari Rabu petang yang lepas, Kitang telah di masukkan ke Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur setelah dibawa oleh isteri beliau, Lily untuk mendapatkan rawatan lanjut kecederaan kaki beliau akibat kemalangan motosikal baru-baru ini. Rupa-rupanya doktor pakar di Hospital Temerloh telah mengesahkan terdapat tulang kaki beliau telah patah dan memerlukan rawatan dengan pembedahan untuk memasukkan 3 skru pada tulang kaki beliau. Kalau pembedahan ingin dilakukan di Hospital Temerloh, beliau terpaksa menunggu pada 7hb November barulah pembedahan dilakukan. Oleh kerana itu beliau telah minta dipindahkan ke Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur yang membolehkan beliau melakukan pembedahan lebih cepat. Insyaallah pembedahan tersebut akan dilakukan pada Jumaat 26hb Oktober. Namun begitu dari sms yang beliau kirimkan kepada saya sebentar tadi memberitahu bahawa pembedahan telahpun selamat di lakukan pada petang Khamis semalam bermula jam 6 petang dan selesai pada jam 8-00 malam. Kitang juga memberitahu bahawa beliau mungkin berada selama seminggu lagi di Ampang Putri.

Pada hari Rabu malam itu juga, beberapa BUDIMAN telah menziarahi Kitang di Hospital Ampang Putri. Antara yang menziarah ialah Bilal, Arash, Apek, Padil Sutoq, Man Troq, Kudin Mekanik dan saya sendiri. Kitang ditemani oleh isteri beliau Lily berada di wad MGW-6, Tingkat 5, Ampang Putri. Kami sampai lebih kurang pukol 9-00 malam dan berada di situ sehingga hampir jam 10-30 malam. Riuh rendah dengan kawan-kawan bersembang dapat meredakan sedikit ketegangan Kitang yang khabarnya mengalami tekanan darah rendah semasa di masukkan ke Ampang Putri akibat penerangan doktor berkaitan pembedahan tersebut. Rupa-rupanya inilah pertama kali beliau di masukkan ke wad setelah 2 malam di Hospital Temerloh. Gementar sungguh rupanya Kitang memikirkan pasal pembedahan tersebut.

Untuk itu marilah kita mendoakan agar Kitang kembali pulih seperti sediakala dan bersabar dalam menempuh dugaan ini.

5 comments:

Jun said...

Alhamdulillah, dah selamat operate kitang...muga cepat sembuh...

Anonymous said...

Salam..alhamdulillah..semoga Kitang cepat sembuh hendaknya..

Maaflah kerana x berkesempatan nak menjengok semasa di Temerloh mahupun di Kuala Lumpur.. Kebetulannya Abg Nu berada di Tioman last week dan balik hari selasa, pastu Khamis petang dah ke Temerloh lak terlibat sukan jabatan..Kitang lak pindah wad ke Ampang Puteri..emm..
Apapun, semoga kehadiran rakan2 lain, menceriakan sedikit Kitang di wad tu..

Anonymous said...

get well soon kitang....lps ni toksah naik motor gi...

Anonymous said...

Salam semua,
Kitang kini di tempatkan di Wad 542, Hospital Ampang Putri. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kengkawan yang telah datang menziarah, sms dan call untuk bertanyakan keadaan beliau.

Khamis lepas FG dan Elly ada datang menziarah. Walid pula datang semalam untuk melihat Kitang.

Kitang juga memberitahu bahawa beliau mungkin berada selama seminggu di situ.

LaN KidA said...

Salam semua,
Sedikit update berkaitan Kitang sehingga malam tadi (Ahad 28hb Okt 2007). Kitang masih berada di Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur. Beliau memberitahu saya masih tidak tahu bila beliau akan dibenarkan pulang.

Sabtu lepas, Lan Kentei dan Walid sekeluarga ada menziarah beliau di sana.

Pada hari Selasa 30hb Oktober nanti, Zambran ada memberitahu saya beliau akan ke Kuala Lumpur dan ingin mengajak kengkawan semua untuk teh tarik. Jadi mungkin boleh kita ramai-ramai berteh tarik sambil menziarah Kitang di Ampang Putri nanti.

Jadi harap kengkawan bolehlah calling2 nanti esok yer.