Wednesday, October 31, 2007

kitAnG di AMpaNg putRi - siRi 2

Malam semalam beberapa kengkawan BUDIMAN termasuk saya menziarah Kitang di Hospital Ampang Puteri. Saya sampai lebih kurang pukol 8-30 malam dan Kitang berada di Wad 542 di temani isteri beliau Lily. Tidak lama kemudian beberapa kengkawan BUDIMAN yang lain turut sampai seperti Kudin Mekanik, Apek, Zambran, Muslim FG dan juga Man Troq. Hampir 2 jam juga kami bersembang bersama-sama Kitang bertanyakan khabar beliau setelah menjalani pembedahan memasukkan skru ke tulang kaki beliau. Kaki beliau sudah semakin pulih tetapi beliau mengalami alahan dengan ubat yang diberikan mengakibatkan perut beliau berasa sakit dan kurang selesa. Beliau memberitahu bahawa kemungkinan beliau akan keluar dari hospital dalam 2-3 hari lagi dan pulang ke Temerloh.

Selesai menziarah Kitang, kami sempat pula berteh tarik di sebuah restoran berhampiran Hospital Ampang Putri. Zambran yang datang dari Temerloh dan bermalam di KL kerana urusan kerja menjadi tumpuan kengkawan yang lama tidak berjumpa seperti Kudin Mekanik, Apek dan Man Troq. Bermacam-macam cerita di sembangkan, bertanyakan khabar kengkawan dan sebagainya. Rupa-rupanya semalam adalah harijadi FG tetapi beliau senyap jer tak beritahupun kengkawan masa teh tarik tersebut. Salah kami jugalah sebab tak sempat baca e-mail beliau yang dikirimkan kepada kengkawan pada siangnya. Tidak, bolehlah minta beliau belanja teh tarik semalam. Akhirnya lebih kurang jam 12-15 malam, kami semua pun bersurai.

4 comments:

LaN KidA said...

Satu yang aku selalu peratikan... kalau berteh tarik atau bersembang dengan kengkawan BUDIMAN ni, aku rasa masa berlalu cepat bebenor... sedar tak sedar dah 4 jam bersembang dan rasa macam banyak benda lagi tak sempat tanya ....aku rasa kalau sembang sehari semalam dengan BUDIMAN ni pun belum tentu cukup lagi..maklumlah cerita setelah 21 tahun tak jumpa...bukannya sikit punye cerita tu... tu sebab sembang teh tarik ni boleh lajak sampai 6-7 jam tak sedar...

Jadi kalau buat gathering kali ni, aku rasa kena 3 hari 2 malam baru selesai bercerita...tupun kalau sempat la...

Anonymous said...

Salam..wah nampak Kitang dah semakin pulih dan ceria gitu..Alhamdulillah semangat kawan2 lah tu...*_*

Aa lah Kida, kalu cite lama klua, memang le x cukup kira jam, masa pantas berlalu, 3 hari 2 malam pun x cukup gak...igt hari2 jumpa lah, baru habis kisah..hehe...

Jun said...

wahaha..betui tu ummi...bila dah ari2 jumpe, abis citer, kita pakat jgn jumpe 20 thn lagik..hehehhe...jgn mare. bese r, kita yg br kenai ni pon mana cukup 3 ari kalu jumpe, x gitu ummi?

Anonymous said...

Aa betui tu jun..tambah2 kalu jumpa jun, kalu boleh nak jumpa ari2 sebab boleh makan macam2 yang jun masak...hehe..(*nasib jun xduduk sebelah rumah, xpun hari2 le hulur bekas suruh jun penuhkan..) kira bayar bulan, senangkan jun..