Sunday, October 07, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 8

Gambar 1 : 4 sekawan DiA yang setia : Walid, Kitang, Apamz dan Bob MG
Gambar 2 : Berbuka dengan kurma, air dan rokok dulu beb
Gambar 3 : Lauk-lauk dari caterer- kari daging, sayur, ayam kicap dll
Gambar 4 : 3 sekawan - Ummi, Z.Rosmena dan SK
Gambar 5 : Penyerahan sumbangan oleh Kitang kepada Apamz
Gambar 6 : Gambar ramai sebelum bersurai

Hadir : Kida sekeluarga, Ummi sekeluarga, Bilal sekeluarga, Kla2 sekeluarga, Mat Taib sekeluarga, Bob MG sekeluarga, Rozain sekeluarga, Kitang 3 beranak, Walid, Charlie Koy, Joe Malady, Raman Kerbau, Wan Azhar, Norlia sekeluarga dan Z.Rosmena sekeluarga.

Saya bertolak dari Kuala Lumpur selepas solat zohor semalam bersama-sama keluarga menuju ke Kuantan untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa BUDIMAN dengan Apamz. Dalam hujan lebat dan kesesakan lalulintas di MRR2, kira-kira jam 3-00 petang saya tiba di Tol Gombak dan terus meredah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuantan. Sebelum tiba di Temerloh terserempak dengan Charlie Koy yang memandu berseorangan dan beliau menelefon saya memberitahu akan singgah di Chenor dan Maran untuk mengambil Raman Kerbau dan Wan Azhar sebelum ke Kuantan.

Saya teruskan perjalanan saya dan singgah di Hentian Maran untuk solat Asar. Berpandukan gambaran yang diberikan oleh Apamz, saya meredah Lebuhraya Pantai Timur dan tiba di Tol Jabor kira-kira jam 5-45 petang dan keluar menuju ke Taman Balok Makmor, rumah Apamz. Saya tiba kira-kira jam 6-00 petang dan Apamz menyambut kedatangan saya yang merupakan orang pertama tiba.

Selepas itu barulah Ummi dan Abd Nu sekeluarga pula tiba dan diikuti oleh kawan-kawan lain. Kira-kira jam 6-45 petang, semua kawan-kawan dari Pekan, Kuantan, Temerloh dan Kuala Lumpur selamat tiba di rumah Apamz. Dari senarai kehadiran yang datang cuma Zamberan dan Ismail Rodzi sahaja tidak dapat datang. Walaubagaimanapun kehadiran Wan Azhar dan Rashidi@ Mat Taib yang tiada dalam senarai awal menambahkan lagi meriah majlis.

Suasana menjadi riuh rendah dan kemeriahan yang amat sangat jelas terasa apabila kengkawan lama bersua kembali setelah ada diantara mereka tidak berjumpa sekian lama. Semuanya berpelukan, bersalaman dan mengenalkan keluarga masing-masing yang turut serta. Kla2 atau Shamsul Amri, Norlia DSS dan juga Z.Rosmena sememangnya lama tidak ditemui oleh kengkawan semua.

Makanan dari caterer betul-betul tiba di saat 2-3 minit sebelum berbuka dengan lauk dan nasi yang menyelerakan. Di tambah pula dengan asam pedas ikan patin dan puding special dari Ummi. Ayam masak rendang dari keluarga Bob MG. Murtabak Pekan yang di sponsor oleh Charlie Koy dan dibawa oleh Rozain sekeluarga. Jun LK pula tidak ketinggalan membawakan sebakul kuih-kuih raya untuk Apamz sekeluarga. Apamz dengan masakan istimewa Bubur Lambok (memang best giler) dan puding special. Bilal membawakan Nugget, Fries dan Dadih istimewa ( Joe Malady hentam dadih dekat 10 cawan...sedap sungguh dia kata)

Dengan berkumandang azan Maghrib dan bacaan doa berbuka oleh Bilal, kami semua berbuka dalam suasana yang sungguh meriah tak terkata. Sambil makan tak henti-henti bersembang, bersalaman dan bertanyakan khabar. Kemudiannnya kami beramai-ramai solat maghrib berjemaah di masjid berhampiran dengan di imamkan oleh Joe Malady. Selesai solat maghrib, kami kembali semula ke rumah Apamz dan menyambung makan dan perbualan yang tak henti-henti.

Berkumandang azan Isyak, kami semua berhenti menunaikan solat Isyak dan berterawikh dengan diimamkan pula oleh Bilal. Selesai kira-kira jam 9-00 malam, kami meneruskan perbualan dan menjamu selera lagi. Sementara itu Kitang selaku Bendahari BUDIMAN melakukan kutipan sumbangan daripada tetamu yang hadir. Dari sumbangan secara online akaun Maybank terhasil sebanyak RM880 manakala kutipan sumbangan dari tetamu berbuka puasa pula telah menghasilkan jumlah keseluruhan kutipan sumbangan sebanyak RM2,102 dan penyerahan secara ringkas telah dibuat dihadapan semua tetamu yang hadir oleh Kitang kepada Apamz.

Kami kemudian mengadakan sessi bergambar dan Apamz pula telah menyediakan Ice Blended special kepada kawan-kawan BUDIMAN. Akhirnya kira-kira jam 11-30 malam, kami semua beredar dari rumah Apamz dengan perasaan gembira, seronok dan masing-masing beriya-iya untuk mengadakan majlis seperti ini di masa hadapan. Saya, Charlie dan Kitang kemudiannya berkonvoi menuju ke Temerloh dan singgah di Maran untuk drop Wan Azhar. Sempat pula kami mengeteh di Maran pada pukol 12-30 pagi dan lebih kurang jam 1-30, saya dan Charlie meneruskan perjalanan kami ke Kuala Lumpur. Kami selamat tiba di Tol Gombak kira-kira jam 3-00 pagi dan saya dan Charlie berpisah untuk meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing. Akhirnya kira-kira jam 3-45 pagi selamat tiba di rumah.

Sesungguhnya majlis berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz sekeluarga telah berjalan dengan lacar, meriah dan penuh kejayaan, alhamdulillah. Apamz yang merasa amat terharu dengan ingatan kengkawan kepada keluarganya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kengkawan yang sudi hadir ke rumahnya. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis berbuka ini. Terimakasih juga kepada kawan-kawan yang hadir dan juga yang begitu prihatin membuat sumbangan wang ringgit kepada Apamz sekeluarga. Semoga Allah swt memberkati usaha murni kita ini dan semoga dilimpahkan rezeki dan kesejahteraan kepada kengkawan semua agar usaha-usaha murni kita ini diteruskan lagi dimasa hadapan, insyaallah.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wbt.. Allahuakbarrr.. Allahuakbarrr.. Allahuakbarrr... Walillaaahilkhamm.. Alhamdulillahhh syukurrrr.. Betapa suatu tujuan murni yg dirancangkan, telah diberkati oleh Allah SWT, telah menjadi realiti yg begitu sempurna dan mencapai matlamatnya dgn begitu baik.. Sekali lagi saya sekeluarga memohon maaf kpd semua warga BUDIMAN, terutamanya APAMZ & keluarga, krn tidak dapat hadir bersama2 semalam.. Dapat kami membayangkan betapa meriah, akrab & terharunya perasaan warga2 BUDIMAN ketika bersama2 bertemu kembali di rumah APAMZ..Mudah2an di masa2 yg akan datang, kami akan berpeluang utk bersama2 dgn kengkwn di majlis2 yg lain pula.. Saya sendiri pd hari ini akan bersama2 dgn rakan2 sepejabat saya, akan meraikan serombongan anak2 yatim dari Kelang, Selangor di sekitar Shah Alam, akan membawa mereka membeli pakaian2 hariraya,menghulurkan sedekah duit raya, berjemaah Asar bersama2 mereka dan seterusnya berbuka puasa & berterawih bersama mereka juga di sekitar Shah Alam.. Mudah2an perancangan kami ini juga akan diberkati Allah SWT sebagaimana yg telah disempurnakan oleh BUDIMAN, InsyaAllah.. Kepada Apamz sekeluarga & semua warga BUDIMAN, sekali lagi kami memohon maaf krn tidak dapat bersama2.. Terimakasih..

LAN KENTEI, JUN & fmly..

Anonymous said...

Assalamualaikum BUDIMAN,
Alhamdulillah program berbuka puasa dengan apamz ni dapat juga dijalankan dengan jayanya.. Pertemuan ini dengan tidak disangka2 begitu meriah sekali..cemas pun ada bila caterer tiba benar2 di saat azan hampir berkumandang. Ummi ingin memohon maaf dan berasa ralat juga kerana kelewatan caterer tu membuatkan keadaan agak kelam-kabut ketika mengambil makanan. Ya lah kalau awal, boleh lah kita cedok siap2 kan. Kesian kat budak2 le..Maaf banyak2 lah ye..
Apapun, puas hati sangat2 kerana nampak benar kegembiraan di wajah Apamz dan Miza sekeluarga bila kita beramai2 di rumahnya. Emm..Kitang lak, kuss semangat makan gulai tempoyak patin tanpa nasi pun..macam puding dibuatnya...kah kah kah..Gemar benor, alhamdulillah licin gak 4 ekor patin hehe..! Tinggal kuah jer..
Murtabak pekan..memang best giler! Lama dah x rasa. Ummi siap bawa balik panaskan masa sahur, ummi ngap lagi, x makan nasipun..(*rugi lak bw balik sikit smlam..hehe).
Tahniah juga kepada kawan2 yang jauh kerana sudi datang..dan kawan2 yang baru first time join pun harap x serik untuk bersama lagi di masa akan datang..
Kepada yang telah menghulurkan sumbangan didoakan semoga Allah swt. menambah lagi rezeki kalian sekeluarga..Aminn..

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Acara berbuka puasa di rumah Apamz ni rasanya sesuai jugak dibuat sbg acara tahunan BUDIMAN, kerana ianya merangkumi gathering disamping beramal di bulan yang mulia.

Mungkin ramai lagi yg nak hadir tapi tak berkesempatan atau mempunyai komitmen lain pada kali ini. Kalau dibuat acara tahunan, insyaAllah sesiapa yg x dpt hadir tahun ni, boleh datang tahun depan sekiranya dipanjangkan umur. Dalam keadaan kita yang (majoritinya) telah berkeluarga, sudah tentu kita tak akan dapat mengumpul semuanya pada satu masa. Dengan acara sebegini, sekiranya kita tidak bertemu tahun ini, insyaAllah kita akan bertemu di tahun depan.

Anyway, ini hanya cadangan sahaja. Terpulanglah kepada seluruh warga BUDIMAN...

Anonymous said...

Alhamdulillah...dapat jugak kita mengadakan majlis berbuka bersama-sama BUDIMAN...Jutaan terimaksih kepada semua yang terlibat...InsyaAllah berjumpa lagi dimajlis yang lain/akan datang.
Ummi...sedapnye wer ikan patin masak tempoyak!...pandai awok masak...no wonder Abg Nu sanggup tunggu smp abis belajor!...hehehe

Anonymous said...

Wooiit Kitang..ini sorang lagi puji beria2 (*ikhlas ke ni..), nak kena kasi duit raya gak ke? Alah masakan paling senang dalam doniaa..Abg Nu n Najwa mmg suka sgt2..Kalu nak sedap lagi, letak petai sikit, emm lagi mengancam rasa dia..(*kenang bulan pose, maleh le nk letak petai, lagipun takut bau mengganggu saf solat lak..hehe) Itu pasal letak timun taun n bunga kantan jer..hehe.
Sebenarnya ummipun xlah peminat ikan patin sangat, tambah2 sendiri masak, dah x selera nak makan.. Xpa kalu nak, lain kali boleh masak lagi..resepi pun boleh bagi.
*(Mokaz, asben Lia pun suka gak ikan patin rupanya..igt org Kelantan xreti makan..hehe..siap tapau bawak balik jgk.)