Wednesday, February 14, 2007

sECeBiS keNanGaN fG


Ini e-mail dari FG minta saya siarkan untuk tatapan anda semua.

Assalamualaikum semua,

Buat tatapan semua rakan-rakan, semasa meneliti artikel Kida pasal gerai Abang Sham Kak Dib, Restoran Mira, kedai Bundle dan lain-lain tu, FG terpanggil untuk mencari semula gambar-gambar lama yang mana mungkin dah berabuk kat dalam gerobok (almari) lama tu. Selak punya selak, maka gambar sentimental value ini akhirnya FG jumpa jugak. Kah kah kah... mula2 terjumpa macam nak gelak separuh maut. Teruknya muka FG masa tu... Bibir macam Ning Baizura. Gelap gelita. Tetapi gambar tu mengingatkan FG pada suatu tarikh... Nak tahu tarikh apa tak? Gambar itu diambil sempena Hari Terbuka ITM pada tahun 1986. Tarikhnya: 14 Februari 1986. Diambil pada Hari Valentine. Camera-man nya FG tak pasti... Tapi gambar itu diambil di gerai iaitu Gerai Ayam Bakar budak-budak DSS. Kebetulan esok adalah Hari Valentine satu dunia. Kebetulan pulak ya...?

Masa tu, FG tak ingat Gerai Kursus apa yang menjual bunga-bunga ros untuk diberi kepada pasangannya sebab hari tu kan Hari Memperingati Kekasih. FG tak ingat gerai mana sebab FG tak dapat bunga, ahaks ! Anyway, masa tu, kita semester kedua belajar di ITM Kuantan Pahang.

Memori seperti ini memang sukar kita lupakan kerana walaupun sekejap, tetap kawan2 FG seperti Zuhairi, Ahmad Shakri, Wan Rozain, Fadhil Yaakob, Alias, Khairuddin, Syed Sham, Azmi Zam dan juga Zambran sentiasa berada di keliling FG. Kepada Zambran, thanks for the 20 years of friendship. Begitu juga dengan rakan-rakan yang ada di blog itm. Thanks to Kida for make it all happen. Welcome back to our friendship. Semoga ingatan kenangan manis itu semua menjadikan kita sahabat sehingga ke akhir hayat.

Salam Rindu.

FG
5.00 pm
13 Februari 2007

6 comments:

Anonymous said...

To all my xgirlfren,

Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Fasha Sanda, Fazura, Erra Fazira, Aisya Sinclair....

Kenangan bersama anda semua suatu waktu dahulu takkan aku lupakan..

Long Live Rock N Roll

From :
Jack Daniel n Chivas

Anonymous said...

sori kwn semua sebab koi dah lama tak lihat blog ni. bz sukmo. ermm..gelak tgk gmbr lama ko muslim. sebenarnya koi pun masih lagi juga simpan gambar lama masa kat ITM Pahang. kadangkala gelak tgk gambar lama dan kadangkala rasa rindu pada anda semua yg pernah berkawan, berborak, berselisih faham dan pelbagai aktiviti bersama dgn koi.

Anonymous said...

Aku rasa lagu yang sesuai dengan cerita FG ni ialah lagu ni :

Secebis kenangan, pengalaman yang pilu
Telahpun berlalu, luput dari ingatan,
Tiada kesalan, pahit getir cintaku,
Walau pedih luka masih terasa

Mengapa di tanya, jiwa yang menderita,
Usahlah diungkit, cerita yang mengharu,
Dia berbahagia, menimang cahayamata,
Haruskah aku terus merindu

Biarlah ku tanggung sendiri,
Akibat kehadiran seuntai mimpi,
Kan ku pujuk jua, hati lara ini
Agar dapat melupakan rasa cinta,
Buat sementara, hingga suatu masa,
Ku cari seorang teman yang setia...

From:

Jay Haas

Anonymous said...

FG, ada koleksi ke gambo2 lama tu? aku tau, gambo tu akan tetap disimpan dlm dompet kau.. lepas ni akan ada ke sambungan dari artikel ni? tak sabo tunggu gambo Abg Sham n Kak Dib, melayan FG makan keropok kat gerai tu..

LaN KidA said...

Jay Haas, gua rasa gua tahu lagu apa lu sebut tu...nanti Potluck gua nyanyi nanti kalau Apamz bawak gitar ekk...

Anonymous said...

So, macamana rupa FG sekarang? dan Zambran pun macamana?