Friday, February 02, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - siRi 13




Sehingga tengah malam tadi senarai peserta yang akan menyertai konvoi ke Pusat Pemindahan Banjir Sri Medan, Batu Pahat, Johor pada hari Sabtu 3hb Februari 2007 adalah seperti berikut :

1. Bilal dan keluarga : 2 dewasa dan anak2
2. Saya dan keluarga : 2 dewasa dan anak2
3. Kitang dan Lily : 2 dewasa
4. NorAnita dan adiknya : 2 dewasa
5. Ummi dan keluarga : 2 dewasa dan anak2
6. Kudeng dan keluarga : 1 dewasa dan anak2
7. Syed Hamid : 1 dewasa
8. Sidi@ Che Dat : 1 dewasa
9. Fadil Othman : 1 dewasa
10. Kudin Mekanik : 1 dewasa
11. Rod Steward : 1 dewasa

Clark Gable tidak dapat menyertai kerana terpaksa bertugas dalam Operasi JPJ sempena CNY sementara Raman Shakri juga tidak dapat menyertai kerana mempunyai urusan mesyuarat PIBG di sekolahnya. Jadi jumlah orang dewasa hanyalah seramai 16 orang dan kita masih lagi kekurangan seramai 4 orang dewasa seperti yang dijanjikan dengan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat yang bersusah payah menganjurkan acara ini untuk kita semua. Di harap ada kengkawan yang akan tampil di saat-saat akhir pada petang ini untuk menyertai kita semua nanti.

Slambe juga ada mengirimkan gambar barangan yang akan disumbangkan yang telah siap di pack ke dalam beg kertas untuk 30 buah keluarga dan 100 kanak-kanak nanti. "Terkangkang katanya dia dan staffnya nak menyiapkan barangan kita itu ". Terima kasih kepada Slambe dan staff-staffnya yang telah bersusah payah untuk kita semua demi menjayakan eM2bJ ini.

NorAnita DSS yang akan menyertai kita nanti memberitahu bahawa adiknya juga akan menyertai kita dan telah membuat kutipan sumbangan pakaian terpakai di pejabatnya. NorAnita juga telah membuat kutipan sumbangan tunai di Human Resource Department, Standard Chartered PJ dan ramai kakitangan di situ telah membuat sumbangan untuk eM2bJ ini. Terima kasih dan terharu betul mendengarnya kerana telah bersusah payah demi untuk menjayakan eM2bJ ini.

Ada 2-3 orang yang akan menyertai konvoi nanti akan pergi berseorangan dan mungkin akan membuat car pool jadi tempat untuk meletak kereta masing-masing bagi yang tidak membawa kereta eloklah dibincangkan sesama saudara dan saudari yang terlibat. Saya cadangkan anda semua meletak kenderaan di depan Shell Bandar Tasik Selatan iaitu berhadapan kedai-kedai disitu tetapi terpulanglah kepada anda semua.

Breakfast pada pagi 3hb Februari 2007 semasa konvoi nanti yang akan bermula di Hentian Serdang pada jam 7-00 pagi akan di sediakan oleh Lan Kentei dan Jun sekeluarga. LK telah menelefon saya untuk menyampaikan khabar tersebut dan minta Walid untuk menguruskan dengan LK pada pagi Sabtu nanti.

Selain itu juga kalau ada sesiapa yang dapat membantu pergi ke Mydin USJ untuk membeli buku rampaian single line yang akan disumbangkan kepada 100 kanak-kanak nanti amatlah di hargai kerana stok buku rampaian di Mydin Nilai tiada. Harga satu bundle buku tersebut yang mengandungi 10 buah buku rampaian single line 80 muka surat adalah sekitar RM3-40. Jadi kalau ada sesiapa yang dapat tolong membeli buku rampaian tersebut di sana, nanti saya akan uruskan dengan Kitang untuk membayar balik kepada anda. Kita memerlukan 100 bundle buku rampaian tersebut. Apa-apa sila hubungi saya dahulu.

Sehingga ke waktu ini tiada sebarang perubahan berkaitan aturcara kita seperti di artikel yang lepas dan harapan semoga semua perancangan kita akan diberkati Allah swt dan berjalan dengan lancar. Jangan lupa pakaian konvoi : Baju T'Shirt putih kolar dengan seluar jeans/khakis biru gelap atau hitam. Jangan lupa juga untuk membawa pakaian spare kerana kita akan membuat kerja gotong royong nanti. Saya dapat merasakan keterujaan menantikan esok yang mana bagi yang telah pernah melalui kerja-kerja amal sebegini sudah tentu mengetahui kemanisan dan pengalaman membuat kerja-kerja sebegini. Bagi yang pertama kali membuat kerja-kerja amal sebegini pesan saya :

"Buckle your seatbelt, start your engine. This gonna be a ride that you will never forget..."

Bagi yang belum membuat keputusan samada ingin menyertai, ayuh lah bersama-sama, masih belum terlambat lagi untuk anda semua....




3 comments:

walid said...

salam....
firstly.....congrats for having such events and hopefully everything will be going on smoothly as plan.
walid will collect food from LK n meet kitang at his home tmn melati (kitang koi tumpang awok yekk) and also dona will send his goods to walid office today(mayb evening)so hopefully dona x lupa. hehee
so will c u guys sok. Thks

ummi said...

Salam

Dalam banyak2 satu mau pesan, Jun punya sandwich kasi tinggal sikit sama olang Kuantan ooo...? Jangan lupee..hehe. Sibab itu idea sandwich, saya usik Jun kasi buat dulu tau. Tak caye, tanya Jun..(*ahaks)

Ok, insyaAllah kita bertemu di BP melalui aktiviti yang menyeronokkan dan pastinya meninggalkan kenangan sepanjang hidup ni..(bukanlah x penah buat amal, cuma yang ni rasa lain sikit - kena pasang niat seronok, nanti seronok le buat keje kebajikan tu..kan?)

Mizi said...

Ummi,
saya sungguh terharu krn ramai kekawan dari Kuantan n KL nak datang ke daerah halaman saya, BP. Kalau saya ada kat sana sudah tentu saya akan belanja semua makan nasi berani gam Hj. Md Shah.
Okay drive baik-baik semoga selamat pergi dan balik. Kalau lalu Segamat jgn lupa berhenti makan durian. Ada 1 kawan kita budak DPA (Jun 85) bekerja kat Hospital Segamat, husband dia budak DPIM (Jan 86). Ciao.