Wednesday, February 21, 2007

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh - tHe eVEnt




Potluck BBQ seperti yang dirancang untuk diadakan di Temerloh pada Ahad 18hb Februari 2007 yang lalu telah pun berjalan dengan meriahnya. Sehingga tengahari Ahad, hanya lebih kurang 5 keluarga sahaja telah mengesahkan kehadiran di Potluck tersebut. Namun begitu pada waktu tengahari itu ramai kawan-kawan yang telah menelefon di saat-saat akhir untuk turut serta di dalam Potluck tersebut. Maka akhirnya seramai 15 keluarga atau lebih kurang 100 orang telah menghadiri Potluck terbesar yang pernah kita semua adakan setakat ini. Berikut adalah senarai keluarga yang hadir di Potluck tersebut dengan makanan yang telah dibawa oleh mereka.

1. Keluarga Kitang dan Lily - Air minuman, Nasi Goreng Kg, Daging Cucuk, Lompat Tikam dan peralatan
2. Keluarga Sidi - Laksa Utara
3. Keluarga Raman Shakri - Air Minuman
4. Keluarga Ummi - Meehoon Singapore
5. Keluarga Khairuddin Mekanik -
6. Keluarga Walid - datang dari KL semata2 untuk Potluck
7. Keluarga NorMazidah DBS - Kuih Cara Berlauk dan Kacang
8. Keluarga Rozain -
9. Keluarga NorAnita, AR dan adiknya - Nasi Putih, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Roti Jala
10. Muslim @ FG - Spaghetti
11. Keluarga Shakri @ Pablo
12. Keluarga Arash
13. Keluarga Nasrun @ Mat Rock
14. Keluarga Apamz - Air Minuman dan Sos BBQ
15. Keluarga saya sendiri - Ayam, Sausage dan peralatan


Sambutan diluar jangkaan ini menyebabkan kemeriahan yang amat sangat dimana acara Potluck telah bermula pada jam 4-00 petang yang mana yang paling awal sekali tiba adalah keluarga Apamz yang tiba dari Kuantan. Begitu juga dengan keluarga Ummi yang juga tiba dari Kuantan. Namun yang paling jauh sekali ialah Keluarga Sidi @ Che Dat yang tiba dari Melaka dengan Laksa Utara special yang licin dalam masa 1 jam sahaja. Walaupun jauh, dengan keadaan isteri yang sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak yang ke 6, keluarga Sidi masih sanggup lagi menempuh perjalanan jauh semata-mata untuk berjumpa dengan kawan-kawan semua.

Keluarga Walid juga datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri Potluck sedangkan pada keesokannya beliau sekeluarga akan ke Perak pula untuk menghantar anak sulongnya yang akan memasuki Asrama Penuh di MRSM Lenggong. Begitulah terujanya Walid dan keluarga untuk berjumpa kawan-kawan dan bersama-sama dalam Potluck.

Begitulah semangat kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh seperti Apamz, Ummi, Sidi, Walid, FG, Kudin Mekanik, Arash dan lain-lain yang ingin bersama-sama dan berjumpa dengan kawan-kawan semua. Anita yang datang bersama AR membawa nasi putih dan lauk ikan patin masak tempoyak memang menyelerakan sekali dan saya sempat tambah nasi 3 pinggan. AR macam biasa memang ramah melayani kanak-kanak hari itu dan semuanya bersama-sama membantu beliau membakar ayam, daging dan sausage BBQ. Habis licin. Setelah 7 jam bersama-sama akhirnya Potluck telah berakhir pada jam 11 malam setelah Kitang, Lily, Apamz membantu bersama-sama membersihkan peralatan dan membuang sisa makanan yang tinggal maka kami semua pun bersurai.

Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir pada hari itu dan meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan semasa berlangsungnya Potluck tempohari. Tapi saya rasa semua yang datang Potluck tu memang puashati dapat berjumpa dengan kawan-kawan semua sambil menikmati makanan yang disediakan oleh kawan-kawan sendiri. Ramai yang berbakat menyediakan makanan rupa-rupanya. So Potluck di KL dah sudah, di Temerloh juga dah sudah.... Kuantan nampaknya belum lagi...maybe bulan April ni boleh fikirkan pulak oleh orang Kuantan.

4 comments:

Anonymous said...

Ramainya yang datang...sayang, saya tak dapat nak join sekali. Mesti seronok. Walaupun lain batch tapi rasanya mesti seronok jumpa u all semua.. sebab tu Anita dan AR boleh join sekali walaupun dia orang tak pernah kenal sebelum ni.

Next time will try my best to intoduce myself n join u all.

From: Ria Resty batch 87

SK said...

salam Ria...nanti kalau ada peluang datanglah ke potluck yg akan dtg...nak tau bila kena selalu lah visit blog ni *wink*

p/s sk pun nak kenal jugak sape Ria Resty ni...

ummi said...

Salam...sk & kida, betul ke Apamz dtg awal sekali, eh ummi rasa salah sebut tu...mana ummi sempat jumpa Apamz pun..Sampai balik kul 7ptg x jumpa pun dia...

Aa le nak gak tau sape si Ria Resty ni..cepat2 le perkenalkan diri..x best main sorok2 ni..kang kena sorok antu kang..hehe

Sedihnya la baca pasal Apamz..

lan kida said...

Apamz memang datang paling awal jam 3-30 petang dia sekeluarga dah sampai tetapi kerana kawan-kawan takde lagi maka dia pergi rumah parent dia dulu kat Taman Jaya 1. Lepas tu selepas maghrib baru dia sekeluarga datang balik sampai la last sekali dia balik pukol 1130 malam.