Friday, February 02, 2007

pROjeK meMbaNTu maNGsa baNJiR jOhOr - aKaUn baNK

Tabung Derma Bantuan Mangsa Banjir Johor dan No Telefon AJK. Tabung sumbangan akan ditutup pada petang ini pukol 5-00pm. Kepada yang belum menyumbang harap dapat berbuat demikian dengan segera.

A/C Maybank : 114254123223
Nama pemegang akaun : Zainordin Awang Samah (Kitang)
Telefon : 03-22972584 (O), 019-7567799 (H/Phone), 03-22832491 (Fax)
E-Mail : zainordin@maybank.com.my

Muslim@ FG - Ketua Penyelaras Ekspedisi ( 016-6267708)
Sidi @ Che Dat - Penyelaras Urusan di Johor ( 013-6843639)
Azmi @ Bilal - Penyelaras di Kuantan ( 013-9864049)
Zainordin @ Kitang - Bendahari ( 019-7567799)
Nizam @ Slambe - Penyelaras Pengankutan ( 012-3931159)

15 comments:

LaN KidA said...

Sehingga pukol 12-00 tgh malam Ahad 28hb Januari 2007, sumbangan yang terkumpul melalui akaun Kitang berjumlah RM950 sahaja. Bersegeralah menyumbang setakat kemampuan kita. Selain sumbangan wang tunai, sumbangan berbentuk pandangan, cadangan dan sukarelawan amatlah diharapkan dari kengkawan dalam menjayakan eM2bJ ini.

LaN KidA said...

Bila kawan2 mengadu seperti Bilal dan Kitang yang memberitahu bahawa ramai kawan-kawan yang tidak menjawab sms yang dihantar mengajak membuat kerja-kerja kebajikan sebegini, saya rasa amat terharu dan sedih. Bilal katanya telah menghantar sms 3 kali kepada setiap kawan di Kuantan dan tidak satu pun yang menjawab sms nya. Kitang pula menghantar sms kepada setiap kawan ITM di Temerloh dan seorang pun tidak menjawabnya... sedih rasanya mendengar usaha keras sesetengah pihak tidak di hargai langsung oleh orang lain. Adakah menjawab sms bernilai 10 sen itu menjadi satu beban dan kesusahan yang amat berat? Agaknya nilai 10 sen itulah meletakkan harga diri seorang kawan rupa-rupanya.

LaN KidA said...

Sepatutnya tidak perlu terjadi sampai AJK terpaksa menghantar sms dan terpaksa menjemput kawan-kawan untuk membuat kerja-kerja kebajikan sebegini. Sepatutnya kita sendiri menghubungi mereka seperti Bilal dan Kitang untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan secara sukarela dari kita kerana faedah dan pahalanya adalah untuk diri kita sendiri. Sepatutnya kita berlumba-lumba dan meluangkan masa walau seketika untuk mengejar ganjaran akhirat ini. Tambahan pula dalam bulan Muharam yang mulia ini dimana banyak fadilat dan rahmah yang diberikan oleh Allah swt. Sepatutnya kita mengenepikan seketika amalan untuk dunia dan mengejar peluang yang berada didepan mata yang dikendalikan oleh kawan-kawan kita sendiri. Saya pun bukan manusia yang sempurna dan penuh dengan dosa tetapi inilah antara peluang saya untuk menutup atau sekurang-kurangnya membantu saya apabila di akhirat kelak kerana peluang untuk membuat pahala dengan ikhlas terbuka di depan mata. Saya amat teruja apabila peluang sebegini datang menjelma. Bukan wang ringgit jadi ukuran kerana saya pun bukan orang yang mempunyai banyak wang tetapi teruja untuk membantu sebanyak mana yang boleh dengan buah fikiran, cadangan, effort dsb walaupun dilanda kesibukan dengan urusan dunia yang tak putus-putus. Tetapi saya merasakan urusan mengejar akhirat ini adalah berbillion kali lebih baik dari beratus juta ringgit urusan dunia yang sedang saya kendalikan sekarang ini.

Anonymous said...

Bilal memberitahu terdapat 10 kotak sumbangan orang ramai di Kuantan. 2 kotak sebesar kotak TV 21inci dan 8 kotak kecil sedikit. Bilal anggarkan dari Kuantan maybe akan ada 15 kotak. Bilal akan cuba membawa ke semua kotak tersebut pada hari Rabu ini so mintak FG untuk collect kotak-kotak tersebut dari Bilal dan rekodkan atau arrange untuk hantar kepada Slambe.

Kutipan sehingga tengahari Ahad berjumlah lebih kurang RM1,050.

Rasanya hari Khamis ini yang merupakan hari cuti bagi Wilayah dan Selangor eloklah jika FG arrangekan untuk collection barang-barang dari KL. FG sila sediakan collection center, arrange untuk penerimaan barang oleh Slambe dan rekodkan penerimaan barangan. Kalau jadi Khamis ni please inform me so that i can inform all our frens tru the blog ASAP.

Anonymous said...

FG, satu lagi nak pesan,
Che dat dan Antu akan berada di KL esok Isnin petang di Bangi Golf Resort dari jam 2-30 ptg hingga 8-00 malam. So kalau nak arrange for a meeting with them, please call Che Dat. I will be there also with them, insyaallah.

Anonymous said...

Kida, Alhamdulillah setakat ni yg hantar ialah Pn. Ummi kita. Antu ada call. W. Rozain, sibuk agaknya mungkin sebab baru balik dari Sibu. Faraliza pun sibuk agaknya dan begitu juga dengan yang lain-lain. Kita sangka baik je lah.. Mungkin masing-masing ada alasan tersendiri yang kita tak dapat selami. Terkilan memang terkilan kerana setelah berhempas pulas menyatukan semua bekas pelajar dan selepas kita mengadakan pre-gat.. saya kira ada sesuatu yang boleh memberikan kita sedikit pengajaran mengenai kematangan rakan-rakan kita dalam setiap aktiviti yang nak dianjurkan. Tak perlu lah saya ulas, bimbang-bimbang ada yang berkecil hati sekali gus membantutkan usaha murni Blog ini. Lagipun perkara ni kecil. Cuma kalau ada ruang saya ingin menyeru semua rakan-rakan tak kira dimana jua agar menganggap Blog ini sebagai satu persatuan tidak rasmi yang bukan sahaja menjurus kepada aktiviti aktiviti hiburan atau keseronokkan semata-mata, malah merangkumi aktiviti ilmiah, kirah, kenduri doa selamat, program motivasi keibubapaan dan juga program anak-anak cemerlang, program kebajikan rakan-rakan dan keluarga rakan-rakan serta masyarakat keseluruhan serta banyak lagi yang boleh kita anjurkan bersama untuk kebaikan kita semua. Bayangkan boleh dikatakan semua rakan-rakan kita hebat dan cemerlang dengan jawatan, kedudukan dan pengaruh masing-masing khususnya di Organisasi individu. Tapi sayang gagal untuk menggunakan kehebatan dan kecemerlangan itu melalui persatuan tidak rasmi ini untuk berbakti pada masyarakat apatah lagi dalam bencana dan musibah berkenaan mahupun untuk bersama menggerakkan persatuan tidak rasmi ini kearah satu platform untuk kita merapatkan ukhwah. Di sinilah perlunya apa yang disebut keiklhasan bagi mengatasi semua bentuk emosi, kepetingan diri dan lain-lain.Jari sepuluh disusun memohon maaf jika ada yang tersinggung. Sekadar mengupas apa yang terirat disebalik apa yang tersurat pada setiap bait-bait perkataan yang diluahkan oleh Lan Kida. Renungkan wahai rakan-rakan yang mahu dirinya di gelar dan dianggap "sahabat" dunia akhirat.

Bilal

Anonymous said...

Walaupun ummi dah hantar barang ke rumah Bilal ptg semalam, tapi lagi seronok jika semua yang di Kuantan ni dapat berkumpul dan membuat kerja-kerja pembungkusan bersama (*anak-anak ummi pun dah seronok nak join buat kerja amal ni, tapi at last hantar barang je pulak). Tapi menurut kata Bilal, alhmadulillah juga kerana kebanyakan barang yang dihantar telah dimasukkan ke dalam kotak dengan elok oleh individu masing-masing, so tak banyak kerja lah kot.

Ummi juga dah sms kepada semua geng DSS kat Kuantan ni tentang plan kita, tapi ntahlah, tak boleh nak cakap lagi...feedback lambat sikit kot.

Bilal,
Boleh ke buat pembungkusan saki baki pakaian tu dengan anak beranak? Kalau tak cukup tangan, boleh ummi tolong. Salam untuk Rohani jua.

Anonymous said...

Dlm melakukan amal kebajikan, biarlah sampai tangan kiri tak tau huluran tangan kanan. Bersangka baik saja la. Ada kemungkinan saudara2 yg lain pun telah pun menghulur pelbagai bantuan yg dilakukan secara senyap2... secara individu atau persatuan masing2. Agak kurang manafaatnya andaikata disebelah kanan kita berbuat kebajikan tetapi disebelah kiri kita kehilangan saudara. Semoga amal ibadat kita semua diterima Allah s.w.t. amin.


Bai

Anonymous said...

Bai, rasanya ramai salah faham maksud Kida ni. Yang dipertikaikan disini bukan kerana tak bagi sumbangan atau sibuk dengan urusan lain sampai tak mahu campur langsung urusan disini.

Yang dipertikaikan ialah kenapa kawan-kawan tak jawab langsung sms atau call yang dibuat oleh orang-orang seperti Bilal dan Kitang yang dengan ikhlas mengajak kengkawan. Bukan sikit duit dia orang berdua tu belanja untuk sms dan call. Tak pernah appreciate atau courtesy utk jawab sms dan call, adakah itu satu tabiat yang baik dan elok dari kawan2 semua. Apa jenis manusia pun aku tak tahu jenis yang tak mahu jawab telefon kengkawan ni.

Kalau tak boleh tolong...just jawab telefon atau sms atau e-mail je beritahu, aku takde duit langsung, nak makan nasi kat rumah pun takde, aku takde masa, aku tak suka tolong orang atau bagi je lah apa-apa alasan pun. Sekurang-kurangnya kawan yang telefon tu tahu dan faham.

Anyway kaca is still a kaca and cannot turn into permata.

Amir-Isa said...

salam semua:
Buat kawan2 yang terbabit dlm projek ni, maaf tak dapat join sama. Jauh sgt jarak kami nak ke sana. Kalau tak, nak juga join konvoi ke Batu Pahat.

Kami cuma dapat memberi sokongan dari jauh.

Amir

Anonymous said...

KITA BERTANYA :APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

ALLAH MENJAWAB :”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…… ” Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :KENAPA AKU DIUJI?

ALLAH MENJAWAB :”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?

ALLAH MENJAWAB :”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139

Mizi said...

Sawadikap,
aku ucapkan kpd semua kekawan yg pergi ke Sri Medan semoga projek ini berjaya dan selamat perjalanan pergi dan balik.
Tapi yg aku risau ialah masa perjalanan 2 jam dari Hentian Serdang ke tol Yong Peng adalah agak singkat, kena speeding 140-150km/j, melebihi had laju negeri Johor 120km/j. So, hati-hati jgn smpai dpt surat saman.
Kida, Sampaikan salam saya kpd Penghulu Mukim Seri Medan. Kali ni saya tak dpt join, tapi next time kalau ada banjir di Jajahan Perlis atau Kedah, insya'alah saya org pertama akan join. Ciao.
kap khunkap.

Anonymous said...

qué puede nosotros hacer para ayudarse, todos no tenemos que convenir toda la hora pero sería agradable .

Anonymous said...

Hola allí, Gracias para dejar caer por. vuelve por favor visita este blog. *wink*

SK

Anonymous said...

olvidado a le preguntó. son usted de Malasia?