Saturday, February 24, 2007

caMPfiRe di taMaN neGaRa

Niazor ada sms kepada saya memberitahu bahawa beliau, Pablo dan FG akan mengadakan satu acara Campfire ala-ala BoyScout pada 10 dan 11 Mac 2007 ini bertempat di Taman Negara, Jerantut, Pahang. Acara itu nanti akan bermula pada hari Sabtu 10 Mac dengan berkemah dan tidur di sana. Perkemahan akan dilakukan di pasir berhampiran Jeram Panjang, Nusa Camp, Taman Negara. Kemah kena bawa sendiri, tempat camping free cuma tambang bot dan makanan sahaja perlukan perbelanjaan. Acara ini menurut Niazor bukanlah acara untuk family kerana ianya memerlukan aktiviti lasak. Oleh itu acara ini khas untuk orang bujang atau family yang nak jadi bujang sekejap. Sesuai untuk kaki pancing macam Slambe dan sesiapa yang sukakan aktiviti hutan. Kepada sesiapa yang hendak menyertai acara campfire ini, keterangan lebih terperinci boleh di dapati dengan menghubungi Niazor, Pablo atau FG sendiri. Maybe FG boleh bagi maklumat terperinci tentang rancangan ini dalam Blog Cinta View Finder beliau.

2 comments:

Mus_Astley said...

Assalamualaikum,

Aikk...? Tak sangka pulak Kida promote campfire tu kat sini? Anyway, sesiapa yang berminat bolehlah melawat blog cinta view finder dan nyatakan cadangan anda. Cerita yang indah2 sahaja lah supaya kehidupan menjadi ceria. Thanks Kida !

lan kida said...

Waalaikumusalam FG,

Mana artikel kat Blog CVF untuk detail program ni...mesti dia org semua ni nak tahu detail plan nak pergi nanti ni...apa nak bawa...meeting point kat mana...berapa tambang bot..dsb...