Saturday, February 10, 2007

pOtLuCk BbQ d tEMeRLoh




Pada cuti Tahun Baru Cina ini, saya dan SK bercadang untuk menghoskan PotLuck BBQ di Temerloh seperti berikut :

Tarikh : 18hb Februari 2007
Masa : 4 petang
Venue : 20, Taman Jaya 3, Jalan Maran, Temerloh, Pahang.

PotLuck ni saya adakan di Temerloh di salah sebuah rumah ayah saya yang masih kosong dan kalau ada sesiapa yang nak bermalam pun boleh disitu. Tapi kena potluck bawak toto dan bantal sekali la kerana rumah tu memang betul-betul kosong setelah ayah saya berpindah ke rumah lain baru-baru ini. Rumah tu ada 6 bilik dan kalau anda dari Temerloh selepas traffic light Hospital Temerloh, ada gerai buah-buahan dan selepas itu nampak surau berwarna putih dan disitulah Taman Jaya 3 dan rumah tersebut adalah salah sebuah rumah yang berhadapan dengan surau tersebut. So ada surau dan ada tempat ngeteh skrin besar lagi kat depan rumah tu.

Saya cadang nak buat PotLuck BBQ dan bolehlah kita pakat-pakat untuk membawa seperti ayam, daging, sausage, kerang dan lain-lain lagi untuk di bakar pada petang itu supaya boleh dimakan bersama-sama. Peralatan BBQ akan saya sediakan dan begitu juga ayam dan sausage. Jadi kawan-kawan bolehlah bawa makanan lain seperti daging, kerang, coleslaw, fries, meehoon, sata atau tak kisah la apa saja janji makanan yang boleh dimakan. Jadi kalau yang comfirm nak datang tu harap beritahu kat komen makanan apa yang nak dibawa supaya nanti takdelah sama dengan kawan yang lain, tapi kalau dah pakat nak bawak makanan sama, tak boleh nak kata apa jugak lah.

Ini kali ke 2 di adakan acara PotLuck ini setelah kali pertama dulu diadakan dirumah Walid dan tujuan saya buat PotLuck di Temerloh ini supaya mudah kalau ada kengkawan dari Kuantan atau KL yang nak datang selain dari kengkawan di Temerloh sendiri. Kalau di rumah Walid dulu seramai 7 family yang hadir jadi di Temerloh ini harap lebih ramai lagi yang akan hadir. PotLuck ni bila buat memang seronok kerana masing-masing bawa makanan dan boleh bersembang dan mengenal lebih dekat lagi antara kita, pasangan kita serta anak-anak kita semua. Macam satu family adik beradik berkumpul sama-sama. Saya pun ingat nak pesan kat kengkawan yang datang nanti supaya bawa album gambar-gambar lama masa kita di ITM dulu dan untuk Ummi dan Lily, bawak album masa kat sekolah ABS sekali.

Cuma satu jer peringatan bila PotLuck ni, bersedialah untuk balik lewat, sebab dah banyak kali buat acara macam ni selalunya akan berlanjutan sampai 7-8 jam. Sebab itu kalau ada sesiapa yang nak tidur kat rumah tu pun boleh kerana kipas angin, api dan air semuanya ada kat tiap-tiap bilik. Cuma kena bawa toto dan bantal sendiri.

8 comments:

LaN KidA said...

Setakat ada lebih kurang 6 family yang almost confirm iaitu Walid, Kerbau, Kitang, Niazor dan Ummi dan termasuk family saya lah. Tanya Jun tadi, dia kata kalau boss dia free maybe boleh pergi juga. Budak2 Temerloh pun belum sms lagi sebab dia org ni jarang buka komputer seperti Wan Azhar, Rozmah, Mazidah, Zambran, Liza dan Adenan. Nanti saya sms kan.

Pablo dan Mail Polis pun dekat je tu. Bilal dan geng2 Kuantan pun kalau free marilah sekali ramai-ramai.... Mana yang geng KL nak balik kampung tu mai lah jugak sekali.

Tapi kalau ramai sangat nampaknya ayam dengan sausage tu kena ada yang PotLuck tolong bawak lagi la sebab maybe tak cukup yang saya sorang sediakan...hehehe. Kalau ramai nampaknya kena pakatlah betul-betul makanan tu supaya cukup dan ada kena PotLuck minuman sekali ni.

Rumah tu takde dapur jadi pastikan makanan yang dibawa semuanya dah di masak cukup2 kecuali makanan utk BBQ.

ummi said...

Salam Kida,
Rumah tu area Hospital Temerloh yg baru tu ke? Sebelah kiri ke sebelah kanan dr. Hospital tu? Sebelum Rumah Kebajikan Cahaya (OKU - sebelah kiri) depan Rest. apa ek, Delima ke? Now dh jd Cowboy kan..

lan kida said...

Kalau dari Kuantan, sebelum hospital lah..selepas sekolah paya pulai..about 1 km...then jumpa gerai then nampak surau putih kat sebelah kanan.

wan rozain wan said...

Lan, nasi mcmane? klu tak de koi bleh pinjam periuk dari resoran akak koi kat tmloh tu.. nanti koi sponsor beras sekali... klu tak pun koi rasa koi nak bawa jajan aje lah, boleh? Koi dan sms pablo n FG utk join dan minta FG pujuk Zambran.. mungkin mereka akan join.

LaN KidA said...

Nasi?...Kalau ada nak makan nasi boleh bawak Nasi Minyak ke macam Kudeng DSS buat dulu..nasi kerabu ke..nasi ayam ker..nasi goreng ikan masin ke..nasi goreng USA ker..terpulanglah.. sapa2 yang nak jamu kawan dengan nasi... atau pun pakat2..sorang bawak nasi..sorang bawak lauk ikan patin tempoyak ker..sorang bawak sayur labu ker...best jugak.

SK said...

niazor, rumah tu kosonglah niazor tak de periuk n dapur..jd tak leh nak msk kat situ (kalau dah msk kat situ dah cam kenduri la plak)

ikut niazor ler nak bwk jajan ker nasi ker tapi yg pasti bukan beras kang tak pasal sume org jadi ayam tak pun burung hehehe... mkn beras!

Anonymous said...

hehe..cam nak wat kenduri la plak..dah ade ikan patin ngan sayur labu, jgn lupa ikan masin, ulam ngan sambal ek...nasi tu lebih sket..

junLK

Kudeng said...

Assalamualaikum...sorry i can't join this one bros & sis. Insyallah ana keluar 3 hari jemaah masturat bawak wife ana. Doa untuk ana.