Tuesday, February 13, 2007

reSToRan miRa, geRAi abG sHaM daN teMPat2 nOStaLgiA

Masa kita semua di ITM Kuantan dulu-dulu, ada beberapa tempat yang saya rasa selalu kita kunjung dan penuh nostalgia bila kita ingatkan kembali. Antara tempat-tempat yang saya masih ingat ialah seperti di :

1. Restoran Mira

Restoran Mira ni terletak di bangunan yang menempatkan Asrama Bahaman iaitu sebuah bangunan di depan kilang Astec. Biasanya restoran Mira ni menjadi tumpuan apabila malam iaitu kira-kira pukol 10-00 malam ke atas. Ini kerana pada waktu ini biasanya kita semua balik dari kelas malam dan Restoran Mira ini adalah salah satu tempat kunjungan bagi teh tarik dan roti canai. Macam-macam cerita jugak pasal Restoran Mira ni. Ada cerita budak-budak ITM yang makan tak bayar lah, ada cerita budak ITM ngurat anak towkey Mira la dan macam-macam lagi. Saya rasa kawan-kawan semua pun mesti ada kenangan tersendiri kat restoran ni. Ada sekali tu Restoran Mira buat kenduri makan percuma kepada budak-budak ITM, habis semua yang pergi makan hari tu sakit perut ( ada sebab rasanya disebalik peristiwa tu). Walaubagaimanapun dengar khabarnya selepas budak-budak ITM tidak lagi menetap di Asrama Bahaman, restoran Mira pun turut tutup sekali kerana tiada pelanggan lagi. Khabarnya juga tawkey Restoran Mira tu pun dah meninggal baru-baru ni.

2. Gerai Abang Sham dan Kak Dib

Gerai Abang Sham dan Kak Dib ni terletak di pintu pagar Hostel Remaja. Ianya sebuah gerai biasa dengan pangkin kayu dan meja dan menjual keropok lekor, goreng pisang dan kuih-kuih untuk budak-budak ITM yang sentiasa lapar. Ada juga jual air sirap dan limau. Selalunya gerai ni jadi tumpuan masa sebelum makan tengahari dan waktu petang bila balik dari kelas terutama bagi mereka yang naik bas sebab Bas Bombay ITM warna hijau kusam tu memang berhenti di depan gerai tu. Gerai Abg Sham ni juga selalu jadi tempat budak-budak lelaki Blok C nak teropong awek yang pergi minum kat situ.

3. Pasar Malam Tanjung Api

Pasar Malam Tanjung Api ni kira famous jugak dengan budak-budak ITM. Almaklumlah kalau yang geng couple tu memang kira nak dating bolehlah bawak awek masing-masing pergi Taman Gelora lepas tu jalan-jalan kat Pasar Malam ni. Saya pun suka pergi pasar malam ni sebab nak pekena Steamboat celup-celup 20 sen. Memang tak lepas peluangnya. Gian beb.

4. Gerai Bundle depan Bas Stand Pokok Buluh

Ini juga salah satu tempat yang kerap dikunjungi untuk cari pakaian bundle. Maklumlah nak beli yang ori masa tu fulusnya tak cukup. Jadi main bundle je la. Selalunya pergi cari T'Shirt, Jeans dan Vest Jacket. Nak dapat yang baik-baik kena datang awal pagi Ahad. Lepas beli kena alter pulak kasi seluar Jeans tu fit-fit dengan pinggang dan kaki. Maklumlah rock kapak. Bab alter ni nasib baiklah ada member yang terrer buat seperti Joe Malady. So dari dulu sampai la ke tua Joe ni asyik ambik ukuran dengan tali tape je lah... (dulu ukur seluar skrg Joe ukur rumah nak buat kitchen cabinet plak)

Tempat-tempat nostalgia yang lain-lain tu ada jugak lagi seperti Gerai Taman Gelora, Taman Teruntum, Restoran Swan, Komplek Teruntum dan sebagainya nanti kita cerita kemudian lah sebab saya pun dah takde idea ni. Maybe kalau ada kengkawan yang nak share xperience tu di alu-alukanlah.

No comments: