Friday, February 23, 2007

maNa kaWaN-kaWaN LAiN


Hari demi hari, acara demi acara yang kita adakan menerusi blog ini seperti Pregathering di Kuantan, PotLuck, Ekspedisi eM2bJ, Teh Tarik Session dan sebagainya tetapi nampaknya penyertaan kawan-kawan semua samada interaksi di dalam blog mahupun penyertaan dalam acara-acara yang diadakan masih tetap di sertai oleh muka-muka yang sama. Mana pergi kawan-kawan yang lain? Adakah mereka tidak mengetahui tentang kewujudan blog ini? Adakah mereka tidak mahu menyertai acara-acara yang diadakan? Kenapa mereka tidak mahu langsung berinteraksi samada di sini atau menyampaikan khabar menerusi kawan-kawan di sini?

Kita cuba susur kawan-kawan kita menerusi setiap kursus di ITM dahulu dan kita mulakan dengan kursus DSS. Yang kita lihat selalu berinteraksi di sini hanyalah Ummi, FG, Dona dan Kudeng. Anita pula walaupun tidak berinteraksi disini tetapi selalu mengikuti perkembangan dan menyertai acara yang kita adakan. Mana pergi yang lain terutamanya batch Julai 85 seperti Muzlina, Syed Mahdi, Syed Sham dan lain-lain lagi.

Bagi geng DIA pula agak ramai sikit namun penyertaan geng wanita amat menyedihkan. DIA kita ada Kitang, Walid, Lan Kentei dan Pablo yang selalu berinteraksi di sini. Namun begitu kita juga ada Man Troq, Mat Rock, Zailan yang ada mengikuti acara yang diadakan seperti Potluck. Tapi mana pergi seperti Sabri Cigak, Suhaimi, Bulu, Bob MG dan yang lain-lain lagi.

DBS pula yang selalu ada di sini ialah SK, Niazor. Kemana pergi Jepun, Mat Dwan, Shema, Adenan dan yang lain-lain. Dah tak mahu berkawan lagi ker agaknya?

Geng DIB pula langsung tiada yang berinteraksi mahupun menyertai sebarang acara yang dijalankan oleh kita disini. Cuma ada Fadil Othman sahaja. Mana pergi geng DIB ni?

Geng DPA pula yang selalu menyertai acara kita adalah Slambe, Che Dat, Apek dan Arash. Tapi mana perginya Clark Gable, Siti Minah, Rambo, Golden, Husin Moh dan yang lain. Skodeng saja atau tak mahu lagi terlibat dengan kawan-kawan lama semula?

Agak-agaknya apakah solution yang kita boleh cari bagi bertemu kembali mereka-mereka ini atau mengajak mereka untuk bersama-sama dalam meramaikan lagi kesatuan kita ini agar lebih banyak aktiviti-aktiviti berfaedah dan bermanfaat dapat dijalankan dengan lebih baik lagi. Apa pandangan anda semua? Dalam kita berusaha untuk mengadakan satu grand gathering pada tahun ini bertujuan untuk menemukan semula SEMUA kawan-kawan ITM kita dahulu secara besar-besaran, apakah dengan tindakan pasif mereka ini akan dapat mencapai matlamat itu nanti? Apa cadangan anda semua?

9 comments:

Slambe Jr aka Pokcik said...

Elok gak ada gathering tu. Gerakkan semua jentera,semua blog rodong2 advertise ttg gathering ni. Komiti pilih betul2, yg blh buat kerja. Pokcik Slambe blh jadi cheer leader je!! *Kida Kida Kida*

Mus_Astley said...

Budak2 DSS punya gambar pulak tu.. ahaks! Kami sentiasa berkumpul, kan Ummi??? Actually, kami DSS can still contact each other; cuma FG hairan, kenapa wakil DIB tak ada langsung. Kalau ada pun, cuma dari Michigan, kan Fezah?

ummi said...

Aa lah FG, glamour jap hehe...tp geng2 DSS ni pun cam xnak masuk blog kita..puas dah ummi iklan (*ahaks). Xpa, kita kerja keras lagi suruh diaorang meriahkan blog ni..

Semua orang mesti main peranan sepatutnya...Apalah yang x kena agaknya ek???

Kudeng said...

Sabda Rasulullah SAW (lebih kurang mafhumnya) : "Janganlah ada diantara kamu memutuskan silaturrahim kerana ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT"...wallahu taala a'lam

Mizi said...

sori sbb lama tak masuk blog ni. Lately ni banyak peristiwa berlaku dan kerap travel dari utara ke selatan, penat.

Pada 5/2/2007, jam 5 ptg my mother in-law passed away di JB. 6 ptg saya sefamili bertolak dari Songhkla dan tiba JB jam 4 pagi hari berikutnya, 6/2/2007. Pada hari yang sama jam 9.00 mlm saya seorang balik semula ke Songkhla, sampai Songkhla jam 7 pagi, 7/2/2007 n then jam 8 pagi terus ke ofis.

Next day, 8/2/2007 bertolak ke Phuket via Bangkok untuk buat persiapan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Balik semula ke Songkhla pada 13/2/2007, sekali lagi kena via Bangkok krn takde direct flight dari Hatyai ke Phuket.

16/02/2007 lepas ofis, 6.00 ptg terus bertolak ke JB untuk amik famili. Kali smpai JB lewat sbb tak larat bebenor, mlm tu tidur kejap kat KL n then next day baru smbung perjalanan ke JB. 19/2/2007 balik semula ke Songkhla, masa tu kat sini sdg kecoh dgn peristiwa bom dan tembak.

Kemungkinan besar next month kena balik lagi ke JB kerana buat majlis tahlil 40 hari.
Insyallah lepas ni bila keadaan dah kembali tenang, saya (wakil DIB) akan cuba aktifkan diri utk menyertai aktiviti BUDIMAN.

lan kida said...

Takziah untuk Mizi sekeluarga kembalinya ke rahmatullah emak mertua beliau tempohari. Semoga Allayarhamah di cucuri rahmah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

kitang said...

Mizi...takziah dari kami sekeluarga...Al-Fatihah

Kudeng said...

Dari Allah kita datang, dan kepada Dia jugalah kita akan kembali.

Death is one half of our journey.

Sincere condolences from me and my family. May she be placed within the Believers. Amin Ya Allah.

pyan said...

Takziah buat mizi. Rodongs..mintak maaf kerana tidak aktif kebelakangan nie...banyak sgt happening here n there. x sempat nak menjenguk blog n mengikuti perkembangan. kena catch up balik peristiwa2 di blog.