Friday, February 09, 2007

suDuT beRceRitA

Oleh kerana saya takde idea nak tulis apa hari ini maka saya bukalah kembali sudut bercerita yang asalnya telah di asaskan oleh Slambe suatu ketika dulu. Kali ini saya nak cerita satu pengalaman menarik semasa saya duduk di Kuantan pada tahun 1989 dahulu iaitu selepas menamatkan pengajian di ITM dan mula bekerja di Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang. Masa itu saya di tempatkan di Bahagian Pelaburan LKPP dan di berikan sebuah kereta oleh pihak jabatan. Jadi senanglah saya nak berulang alik ke pejabat atau membuat pemeriksaan ladang dan sebagainya. (minyak semua LKPP tanggung)

Suatu malam tu lebih kurang pukol 2-00 pagi saya baru sahaja selesai urusan pejabat di LKPP Jalan Gambut dan nak balik rumah saya yang terletak di Permatang Badak. Saya pun tak ingat masa tu saya balik berseorangan atau ada member sepejabat yang ikut sekali. Jadi saya pun memandu kereta perlahan-lahan menyusuri Jalan Wong Ah Jang untuk balik ke Permatang Badak. Sampai sahaja selepas Jambatan Tanah Puteh dan selepas kilang papan lama kat situ, keadaan agak gelap.

Dalam kegelapan malam di suluhi lampu kereta saya tu, saya lihat di hadapan saya iaitu di tepi jalan, 2 orang kanak-kanak lengkap berpakaian baju melayu sedang berjalan kaki sambil membawa bungkusan macam bungkusan pakaian. Saya memperlahankan kereta dan saya perhatikan dari belakang, kanak-kanak tersebut dalam lingkungan umur 5-6 tahun sahaja. Nak kata rasa seram tu memanglah ada tambahan pula masa tu takde pulak kereta yang lalu dan keadaan amat gelap.

Namun begitu saya beranikan diri, saya berhentikan kereta dan membuka pintu, keluar dari kereta. Saya panggil ke dua-dua kanak-kanak tersebut dan saya lihat mereka berhenti berjalan dan berpaling kearah saya. Memang sah mereka kanak-kanak betul tetapi apabila saya bertanyakan kepada mereka, mereka tidak mahu menjawab. Saya tanya hendak kemana dan mana rumah serta ibubapa mereka. Mereka tidak juga menjawab. Saya ajak mereka menaiki kereta saya dan nasib baik tanpa sebarang masalah mereka mahu menaiki kereta saya.

Saya pun tak tahu nak bawak mereka berdua kemana cuma saya kasihan menengok keadaan kedua-duanya yang saya kira berumur dalam lingkungan 5-6 tahun nampak begitu keletihan sekali. Saya tanya mereka dah makan ke belum dan mereka tidak menjawab. Saya lihat ada sebuah gerai masih lagi dibuka di tepi jalan, lalu saya berhentikan kereta dan saya ajak mereka berdua makan di situ. Saya order nasi goreng dan air minuman dan saya lihat mereka makan dengan begitu lapar sekali. Kasihan betul kalau sesiapa yang menengoknya.

Dalam pada mereka berdua sedang makan, saya cuba berfikir kemanakah saya nak bawa kedua-dua kanak-kanak ini. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa mereka berdua ke Balai Polis Kuantan. Saya fikir mereka berdua mesti lari dari rumah dan mungkin ada lapuran kehilangan mereka ini di Balai Polis.

Selesai mereka makan sehingga kenyang, saya bawa mereka menaiki kereta dan menuju ke Balai Polis Kuantan. Di Balai Polis saya berjumpa dengan Pegawai Bertugas dan saya ceritakan apa yang berlaku. Pegawai tersebut terus memberitahu saya memang ada kes kehilangan kanak-kanak yang melarikan diri. Pegawai tersebut meminta saya menyerahkan kanak-kanak tersebut kepadanya dan meminta saya pulang. Saya berikan nombor telefon saya kepada pegawai tersebut dan minta beliau menghubungi saya jika ada apa-apa bantuan yang diperlukan.

Keesokan harinya semasa di pejabat, saya di hubungi oleh pegawai Polis berkenaan dan memberitahu bahawa kedua-dua kanak-kanak tersebut adalah dari sebuah Sekolah Kanak-Kanak Pekak dan Bisu di Kuantan. Kanak-kanak tersebut telah melarikan diri dari sekolah berkenaan kerana amat merindui ibubapa mereka yang tidak pernah menjengok mereka sejak di masukkan disitu. Mereka berdua melarikan diri dari sekolah berkenaan setelah keluar untuk sembahyang Jumaat dan bercadang untuk mencari ibubapa mereka dengan berjalan kaki dari tengahari sehinggalah saya berjumpa mereka pada dinihari. Patutlah mereka sungguh lapar dan dahaga semasa saya temui mereka. Selepas itu saya di fahamkan pihak sekolah telah mengubungi ibubapa mereka.

Kesimpulannya saya ingin memberitahu diri saya sendiri dan anda semua, sesibuk mana kerja kita, sebesar mana wang yang kita kejar dan setinggi mana pangkat dan harta keduniaan yang kita cari, luangkanlah masa dengan anak-anak dan keluarga kita, ibubapa kita, adik beradik kita. Mereka sebenarnya amat rindukan kita.

Satu lagi, kalau anda memandu ditengah-tengah malam dan terjumpa sesuatu yang mencurigakan, berhati-hatilah dan teliti apa yang anda lihat, mungkin sesuatu itu amat memerlukan pertolongan anda.

3 comments:

Slambe Jr aka Pokcik said...

baguslah dpt menolong, Allah saja yang membalas nanti. Jadi tau la kita betapa rindunya anak2 kita bila kita berjauhan. selain itu anak2 kida pula mungkin rindu untuk bermain-main atau mendengar suara tangis adik kecik...

Anonymous said...

Pendapat pokcik itu memang tepat 100%.Sempat lagi nak mengubati kerinduan anak2 kida tu........

Slambe Jr aka Pokcik said...

just imagine lepas budak2 tu masuk kolej, tinggal lah somi isteri berdua. nak gurau2 dah segan2 dah. klu la ada lagi yg kecik2 sekolh rendah ke, menengah ke blh gak ceria ghumah. Nak nunggu cucu tah dibagi tah idak dek anak menantu. Klu kira sempat tu, memang sempat sangat. ndak ngan x ndak je