Thursday, February 08, 2007

ditERjaH haBiB dbS


Malam sebelum Hari Wilayah dan cuti Thaipusam pada 1hb Februari 2007 yang lalu, saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh Syed Ismail b Syed Mohd atau lebih dikenali sebagai Habib iaitu bekas pelajar DBS batch pioneer ITM Pahang Januari 85. Rupa-rupanya Habib atau saya panggil Achid telah berjumpa dengan Kudin Mekanik dan terus bertanyakan Kudin nombor telefon saya.

Achid ni sebenarnya classmate saya masa saya bersekolah di Ipoh pada tahun 1982 dahulu. Memang saya dan ada beberapa kawan-kawan yang lain di Ipoh dulu kamceng sangat, kiranya tidur sebantal makan lain-lain pinggan lah. Cuma masa di ITM Pahang dulu mungkin kerana berlainan kelas dan jarang berjumpa maka persahabatan dengannya menjadi renggang sedikit. Jadi kira-kiranya hampir 20 tahun sebenarnya saya tak berjumpa dengan Achid iaitu sebaik sahaja beliau berpindah ke ITM Shah Alam.

Jadi pada malam Thaipusam tu saya terus ajak Achid yang kebetulan bermalam di rumah kakaknya di Taman Jasa Selayang untuk pekena teh tarik di Taman Seri Gombak. Malam itu juga setelah berjumpa Achid saya dapat menghubungi beberapa kawan sekolah kami di Ipoh dan teh tarik sekali di sana setelah tidak berjumpa hampir 25 tahun. Achid ni juga kalau tak silap saya adalah senior semasa sekolah di Bentong kepada Mat Dwan, Amir Tombey dan Slambe sebab Achid ni asal dari Kg Sega, Raub.

Achid telah berkahwin semasa last semester di Shah Alam dengan classmate saya juga di Ipoh iaitu Puan Sharifah Intan dan kini dikurniakan dengan 5 orang anak. Anak yang sulong kini sedang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Behrang. Isteri Achid, Intan kini menjadi Pensyarah di Politeknik Behrang.

Achid pula seperti Name Card yang diberikan kepada saya pada malam itu kini menjadi Pengetua Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim dan sebagai pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi di situ. Achid kini juga dalam proses meneruskan pengajian di peringkat PhD dan tak lama lagi boleh lah panggil Dr Achid. Achid juga pada malam itu memberitahu saya beliau dan isteri baru sahaja balik kira-kira 2 minggu lepas dari menunaikan fardu haji, alhamdulillah dah jadi Haji Achid dan Hajjah Intan. Saya pun ada memberitahu beliau berkenaan blog ini dan blog Dona yang mana beliau tidak tahu menahu pun pasal kewujudan blog-blog tersebut.

4 comments:

Pokcik Zam said...

Macam pernah ku jumpa ini orang..tapi di mana ya. Janggut sudah ada iras Kudeng..

dona_itmpahang@yahoo.com said...

lain nyer muka dia..penah ckp masa buat reunion last yr...tp dia x dpt dtg

Pokcik Zam said...

Dona, dia plastic surgery kot..

Amir-Isa said...

Banyak kenangan kat sekolah & hostel dengan Mat Dwan & Karad dulu kala...
well done PhD to be...