Saturday, March 31, 2007

uRGeNt! baNtUaN dipeRLukAn - siRi 2

Salam semua dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Insyaallah esok pagi-pagi saya dan SK akan menghadiri satu majlis Menyambut Maulidur Rasul di PICC di Putrajaya yang akan dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta. Semestinya berbagai acara di adakan di surau-surau dan masjid-masjid berdekatan dengan kediaman kita semua. Bilal pula akan mengadakan satu kenduri doa selamat di rumahnya pada malam ini seperti artikel di bawah yang telah dikirimkan kepada saya tengahari tadi oleh beliau dengan menjemput rakan-rakan BUDIMAN dan jiran-jiran beliau.

Alhamdulillah, sehingga petang tadi kira-kira jam 7-00pm, kutipan sumbangan untuk sahabat kita yang kesempitan untuk menghantar anak beliau ke sekolah asrama penuh telah mencapai jumlah sebanyak RM1,500. Kitang yang bertindak sebagai Bendahari untuk sumbangan ini akan menyerahkan sendiri sumbangan tersebut kepada sahabat kita nanti pada malam ini sekitar jam 10-00 malam nanti.

Saya sendiri telah menghubungi beliau untuk menyampaikan khabar gembira tersebut dan menceritakan keprihatinan kawan-kawan BUDIMAN semua yang telah menghulurkan sumbangan. Beliau merasa sangat terharu dan disini saya siarkan pesanan beliau kepada kita semua :

Terima kasih kepada semua kengkawan, doa saya semoga Allah swt memanjangkan umur dan memurahkan rezeki tuan-tuan. Dalam keadaan susah macam ini nak minta tolong kawan-kawan rasa malu tetapi dengan kuasa Allah, kawan-kawan jugalah yang membantu dan hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Saya juga memberitahu beliau bahawa ramai kawan-kawan yang ingin mengetahui identiti beliau dan setelah berbincang beliau berkata beliau bersedia mengenalkan diri. Walaubagaimanapun saya akan kenalkan diri kawan kita ini kemudian di suatu masa yang sesuai nanti. Harap bersabar yer.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutamanya kepada Kitang yang telah berkhidmat dengan sukarela demi menjayakan kutipan sumbangan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda semua yang telah menjayakan matlamat kita ini dan semoga Allah swt memberkati anda semua bersempena dengan Hari Maulidur Rasul ini.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah syukur kerana kita semua berjaya membantu rodong kita dgn kadar yg termampu. walaupun sumbangan itu kecil atau besar, dgn keihklasan peyumbang BUDIMAN..balasan nya amatlah BESAR
Semuga semua BUDIMAN's diberikan kesejahteraan dan dilimpahkan rezki seadanya.
Salam