Thursday, March 15, 2007

cUti sEKoLah

Cuti sekolah selama seminggu ni ramai kawan-kawan bercuti membawa keluarga makan angin. Sebab itu juga hit kaunter blog ni kurang sedikit pada minggu ini. Ramai yang takde kat pejabat untuk surfing internet. Raman Shakri @ Kerbau membawa keluarga bercuti ke Kuantan dan Terengganu mulai Selasa lalu. Man Troq juga membawa keluarga bercuti ke Melaka mulai Selasa lalu selama seminggu. Antu dah bawa keluarga makan angin kat Kuala Lumpur mulai Jumaat lepas sehingga Isnin lalu. Che Dat berada di Temerloh sejak Sabtu lalu membawa keluarga yang mana isterinya akan bersalin anak ke 6 mereka di Hospital Temerloh nanti. Ummi pula berkursus selama seminggu di Kuantan rasanya. SK pula ada konvensyen Napoleon Hill Foundation di Putrajaya Convention Center selama 2 hari. Nampaknya ramai kawan-kawan yang sibuk sepanjang minggu ini. Jadi artikel pengundian logo blog akan hanya saya paparkan pada minggu depan insyaallah untuk kita sama-sama mengundi bagi menentukan logo yang sesuai untuk blog BUDIMAN ini. Rasanya kita juga perlukan satu motto untuk di paparkan bersama logo tersebut nanti. Apa kata kawan-kawan? Perlu tak ada satu motto dan apakah motto yang difikirkan sesuai?

2 comments:

jun said...

alaaa...sume g cuti. LK j x bwk ...uwaaa....

SK said...

bukan jun jer..sk pun tak gi mana2...samalah nasib kita....huhuhuhuhu