Saturday, March 10, 2007

cOuNtdOWn tO aGGP 2007 - tOmORroW


Sedar tak sedar esok dah nak AGGP 2007. Bagi golfer yang baru-baru memang kadang-kadang tak boleh lena tidur kalau nak main golf esoknya tambahan pulak dalam suatu event yang special macam ni. Tidur yang cukup amatlah diperlukan untuk permainan golf bagi mendapatkan stamina yang baik. Tambahan pula AGGP nanti memang menuntut stamina yang superb memandangkan acara-acara nanti yang akan berlarutan sehingga ke tengah malam. Jadi bagi kesemua peserta AGGP 2007, dapatkan rehat yang secukupnya pada malam nanti agar stamina yang sempurna dapat diperolehi.

Setakat petang tadi jumlah golfer yang akan menyertai AGGP nanti yang telah mengesahkan penyertaannya ialah seramai 11 orang iaitu saya sendiri, Antu, Kerbau, Man Troq, Padil Sutok, Kudin Mekanik, Apek, Arash, Hanif, Zamzuri(adik Kerbau) dan Safari (Adik Kerbau). Yang telah membatalkan penyertaan di saat-saat akhir ialah Bilal kerana masalah kenderaan, Kitang kerana urusan keluarga, Sidi kerana urusan keluarga, Kentei kerana urusan pembelajaran dan Kudeng kerana keluar untuk Tabligh. Kita masih menunggu penyertaan beberapa kawan-kawan lain seperti Mat Rock dan Jepun yang ada menyatakan kesediaan untuk bermain. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain dan bagi sesiapa yang nak menyertai silalah sms atau call terus saya agar tempahan dapat dibuat.

AGGP 2007, here we come, happy golfing, happy meeting friends and enjoy the night and the game. This is what we call all guys party..let's party all night long...

5 comments:

LaN KidA said...

Keluarga Antu dah pun sampai di KL malam tadi untuk AGGP. Kerbau dan keluarga adik-beradiknya pun akan sampai malam ni untuk AGGP. Mereka-mereka ni semuanya datang ke KL semata-mata untuk AGGP.

Begitulah berkobar-kobarnya semangat kawan-kawan semua untuk bergolfing sambil bertemu mesra kawan-kawan. Yang penting bukan golf sangat tetapi mengeratkan silatulrahim antara kita semua adalah tujuan utama kita disini untuk faedah bersama sekarang dan akan datang.

LaN KidA said...

Latest Apek pulak tarik diri sebab urusan keluarga...so tinggal 10 orang..nak kena pecah jadi 3 flight juga... apa-apa pun kita tunggu ahad nanti jumlah peserta sebenar samada semakin kurang atau ada pertambahan.

LaN KidA said...

Kalau jumlah golfer hanya cukup untuk 3 flight maybe aturcara akan berubah sikit nanti dimana kita akan adakan golfing, dinner di kelab golf dan karaoke di News Jalan Ampang..walaubagaimanapun kita tengok keadaan nanti macam mana, kalau we still can stick to the original plan..then we will continue with that or maybe the 2nd plan.

lan kida said...

Bilal sms saya sebentar tadi beritahu dia baru balik dari driving range..Dia sedih kerana tak dapat hadir AGGP kerana masalah kenderaan. Bilal kirim salam kepada semua yang meyertai AGGP nanti.

Mizi dari Songkhla pun ada hantar sms kirim salam kepada semua peserta AGGP dengan ucapan Happy Golfing.

Saya sebenarnya berdebar2 jugak ni bukan pasal nak main golf tetapi sebab tertanya2 berapa orang sebenarnya yang akan datang untuk main golf di AGGP. Booking dah saya buat dengan Golf Club... tak datang gua kena No Show Charges babe..nak buek camno..Malam punye venue nanti tak sure lagi depend kepada attendance golf. Maybe Redbox or maybe News Ampang or maybe kalau takde org aku kena pindah venue yang happening sikit la.

LaN KidA said...

Latest aku kontek Antu dia kata Jepun akan main sekali.