Saturday, March 31, 2007

meNjaWaB beBeRaPa peRSoaLaN

Semalam bila tersiarnya kembali blog ini dengan rayuan untuk membuat sumbangan dan kembalinya blog ini semula menemui kita semua terdapat beberapa persoalan yang timbul di ruangan komen pada beberapa artikel. Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan yang telah ditimbulkan semalam.

Komen 1 (Artikel Blog Cuti )
Salam semua, koi nak bagi cadangan.
1. Blog ni di update seminggu sekali atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali maka tak lah tertekan sangat.
2. Seperti koi katakan pada kida, wujudkan committee yang boleh access dan update seperti Slamber, walid, koi dan sesiapa saja agar beban update blog ni taklah di bahu kida suami isteri secara tak langsung kita dapat pastikan continuity. Koi volunteer dan sanggup
Harap tuan punya blog timbang-timbangkan..Bilal

Jawapan

Masalah utama yang perlu difahami di sini bukanlah masalah untuk mengemaskini blog. Kerja mengemaskini blog sebenarnya akan menjadi mudah jika kawan-kawan semua membuat sumbangan artikel yang berterusan samada dalam bentuk cerita berkaitan kenangan semasa di ITM dulu ataupun berita-berita terkini tentang kehidupan dan event yang berlaku ke atas kawan-kawan kita. Sebenarnya effort semua kawan-kawan amatlah diperlukan untuk mencari berita (macam wartawan jugaklah). Selain dari itu kawan-kawan yang mempunyai sebarang event yang boleh disiarkan di sini juga sepatutnya menghubungi saya seperti ada kelahiran baby baru, birthday sendiri, birthday keluarga, anak kemalangan, annivessary wedding, tukar tempat kerja, outstation dan sebagainya. Kalau rasa tak boleh sms atau call, boleh e-mail kepada saya atau SK. Masalahnya, ramai yang nak tahu perkara-perkara begitu pasal kawan-kawan lain sahaja tetapi event berkaitan diri sendiri tak mahu beritahu orang. Kalau mengharapkan seorang sahaja untuk kerja-kerja macam wartawan ni memanglah teruk dan sampai masanya tak mampu lagi menjalankan tugas tersebut berseorangan.

Kalau kita semua sama-sama dapat meluangkan masa sejenak untuk mencari berita atau pun menulis satu artikel setiap hari rasanya akan berlambak-lambak artikel disini menunggu giliran untuk di siarkan. Tapi biarlah artikel itu berkaitan dengan berita tentang budak2 ITM Pahang atau cerita dulu-dulu semasa di ITM Pahang. Takdelah sampai SK pun kena tulis pasal novel-novel dan sebagainya yang sebenarnya tidak bersangkut paut pun disini.

Sebenarnya kalau anda semua ingin melihat blog ini terus bersama kita, tiada gunanya mempunyai admin yang ramai untuk mengendalikan blog tetapi tiada sebarang artikel yang ada untuk disiarkan. Kejayaan sesebuah blog sememangnya bergantung kepada artikel yang disiarkan dan bagi blog kita ini artikel berkaitan kegiatan, berita, event, cerita dan segala apa yang berkaitan kenangan dan aktiviti semasa budak-budak ITM Pahang adalah nadi utama kepada blog ini. Setakat cerita-cerita dari e-mail(forward email) saya rasa tak payahlah disiarkan disini. Sebenarnya ada ramai lagi cerita berkaitan kawan-kawan kita yang anda semua tahu tetapi anda tidak mahu beritahu dan disiarkan disini.

Janganlah menunggu sahaja contohnya Rayuan Sumbangan Untuk Anak ke Asrama Penuh. Sepatutnya anda semua bersama-sama mencari kawan-kawan kita, tanyakan khabar, tanyakan kehidupannya dan kumpulkan cerita tersebut dan tulis sebagai artikel dan hantarkan kepada blog ini untuk disiarkan. Initiate lah sesuatu dan jangan hanya tunggu sahaja. Be a leader, don't just be a follower.

Komen 2 (Artikel : Urgent Bantuan Di Perlukan)
a. Salam semua.. seronok dapat bertemu kembali dalam platform ni. Sekadar pendapat.. rasanya elok disclose siapa rodong tu, apa kerjanya agar pelan jangka panjang dapat dilakukan kerana kalau setakat donate One off macam ni ramai boleh bantu tapi bimbang-bimbang akan datang akan mengalami masalah yang sama. Macam kes apamz.. sekurangnya ramai dapat membantu memberi idea mencarikan kerja atau apa sekalipun agar jangka masa panjang rodong kita tak berterusan bermasalah begini. Kedua nya memang amat kita hormati permintaan rodong kita agar dirahsiakan identiti sebab mungkin malu atau maruah diri Ironinya mgkin pula tercetus buruk sangka atau fitnah benar ke ada kes seumpama ini atau kemana duit sumbangan itu pergi.. maklumlah manusia pelbagai ragam.. kita nak elakkan buruk sangka meskipun nawaitu baik.. Bilal

b. Anonymous said...
maaf, saya tidak dapat membantu kerana identitinya tidak saya ketahui. Ini adalah prinsip saya.Wasalam

Jawapan

Pertamanya saya nak beritahu bahawa tujuan saya menyiarkan artikel memohon sumbangan untuk rodong kita yang mengalami masalah kewangan untuk menghantar anaknya ke sekolah asrama penuh, bukanlah satu idea yang difikirkan oleh saya ketika rodong tersebut menelefon saya. Sebenarnya ini bukan pertama kali rodong tersebut meminta bantuan saya. Semenjak beberapa tahun yang lalu memang saya dah banyak kali di minta membantu beliau dan selama ini pun saya bantu beliau berseorangan. Dan sebenarnya pada kali ini apabila beliau menelefon, saya sendiri sudah bersedia untuk membantunya tanpa pertolongan sesiapa pun seperti yang lazimnya saya lakukan. Cuma apabila saya terbangun pagi semalam, saya terfikir betapa besarnya fadilat membantu orang untuk menuntut ilmu (salah satu saluran bantuan wang zakat) dan saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua di hari Jumaat ini untuk kita sama-sama mendapat ganjarannya. Kalau Allah tak datangkan fikiran sebegitu kepada saya, saya sahajalah yang mungkin mendapat ganjarannya. Sebab itulah saya mengajak anda semua bersama-sama mendapatkan saham akhirat ini.

Sebenarnya rodong yang meminta bantuan dari saya tidak pun tahu saya berkongsi dengan anda semua untuk membuat sumbangan kepada beliau. Saya beritahu beliau saya akan dapatkan kewangan tersebut dan usahlah bertanya dari mana ianya datang dan bagaimana cara ianya diperolehi. Saya fikirkan jika anda semua sudi membuat sumbangan nanti, akan saya serahkan wang tersebut dengan memberitahu bahawa ini adalah sumbangan ikhlas dari kawan-kawan kita semua bekas-bekas pelajar ITM Pahang.

Untuk itu saya menghormati kerahsiaan identiti dirinya dan saya memegang amanah tersebut demi untuk tidak menjatuhkan maruah, martabat dan kedudukan diri dan keluarga sahabat kita itu. Ramai sebenarnya yang ingin sangat nak tahu siapa sahabat kita itu. Call, sms, e-mail bertanyakan kepada saya, SK dan Kitang. Sedangkan dalam artikel 2 kali saya beritahu untuk merahsiakan identiti beliau. Tindakan beberapa orang dari kita yang nampaknya beriya-iya sangat nak tahu identiti beliau pada saya seolah-olah tidak menghormati langsung maruah orang lain.

Apa sebenarnya yang anda semua inginkan jika anda mengetahui identiti sahabat kita itu? Nak hantar bunga pada dia, nak hantar duit setiap bulan kepada anaknya? Ini bukan seperti kes Apamz. Kenapa kes Apamz kita buat secara openly? Kerana kita tak memohon sumbangan wang tunai dari kawan-kawan bekas pelajar ITM Pahang untuk Apamz sekeluarga. Kita memohon sumbangan effort kawan-kawan untuk mendapatkan bantuan biasiswa kepada anaknya dan juga wang bantuan yang dijanjikan oleh beberapa pihak kepada Apamz sekeluarga. Pada saya kes ini tidak serupa dengan kes Apamz.

Faktor samada takut nanti masalah yang sama akan timbul semula. Pada saya kerja-kerja bersedekah amal kebajikan sebegini, saya lebih suka jika masalah ini timbul selalu kerana ianya memberi peluang kepada kita bersedekah dan kalau ada rezeki yang lebih saya suka kerja-kerja bersedekah ini tidak akan putus setiap masa. Pada saya kalau seseorang itu mengalami kesusahan dan kesempitan sedangkan dia sudah berusaha sebaik mungkin tetapi takdir telah menetapkan beliau begitu maka menjadi tanggungjawab kita jika berupaya untuk membantu beliau walaupun setiap masa dan tak putus-putus.

Kalau di katakan ironinya takut peyumbang akan mempertikaikan kemana wang sumbangan akan pergi, maka sebab itulah saya melantik Kitang@ Zack untuk menguruskan kutipan dan menyerahkan sendiri kepada sahabat kita itu nanti supaya tidak terjadi keraguan. Kalau ada sesiapa yang masih mempertikaikan maknanya anda semuanya mempertikaikan kejujuran saya dan Kitang dan pada saya terpulanglah. Ironinya jika anda ragu-ragu, tak payah menyumbang.

Kepada anonymous yang mengatakan bahawa anda tidak mahu menderma kepada orang yang tidak anda kenali identitinya, itu terpulanglah kepada anda. Nampaknya anda memang memilih untuk bersedekah kepada orang yang anda kenal sahaja. Buat saya, saya tidak pernah memilih kepada siapa untuk bersedekah. Saya tidak pernah peduli kemana wang tersebut akan disalurkan kerana apabila saya diminta untuk bersedekah bagi sesuatu hal, saya akan bersedekah dengan niat saya bersedekah untuk hal tersebut. Sebab itu sebenarnya saya tak kisah bersedekah kepada orang buta, kanak-kanak yang datang ke meja makan di restoran, pengemis yang datang ke rumah-rumah, orang yang meminta derma surau dan madrasah walaupun diragui kesahihannya. Kalaupun penerimanya tidak menggunakannya kejalan yang sepatutnya, saya tidak peduli lagi pasal itu, kerana itu bukan tanggungjawab saya. Tanggungjawab saya bersedekah apabila di minta dan pada saya itu sudah memadai ganjarannya. .

Akhirnya saya meminta berbanyak-banyak maaf kepada semua kawan-kawan terutama sekali Bilal, anonymous dan yang lain-lain andaikata coretan saya di atas menyinggung anda semua. Saya lebih suka menerangkan secara jelas dan terbuka dan jika ada di antara anda yang tidak setuju dengan pandangan saya, terpulanglah kepada anda semua. Yang baik itu datangnya dari Allah jua dan yang buruk itu sememangnya dari saya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam semua.. wow tak sangka pendapat saya dihujah panjang lebar. Dan Saya tak berhasrat untuk memanjang lebar kan juga. Bagi saya niat memang baik malah saya sokong 101% dan tetap akan menyokong sampai bila-bila. Cuma yang saya sekadar nak sampaikan ialah.. kita kena hormat dua-dua pihak. Adakala kita hormat orang yang nak kita tolong dan menafikan hak orang yang nak membantu. Dan kena faham.. tujuan kami ingin tahu identitinya bukan nak hantar bunga pada sesiapa apatah lagi nak menjatuh maruah dia.. cuma mungkin diantara kita ada yang terlalu excited nak cuba bantu lebih dari kewangan.. dan kami akur malah amat akur.. tanpa kami dan tanpa maklumat ini diberitahu pada kami.. pertolongan masih tetap dilakukan oleh diri individu seperti kida. Cuma dah terlnjur ada blog ini dan ramai rodong-rodong pun sudah dihimpun maka jika dikongsi bersama impak nya akan lebih besar.. Faham.. amat faham..! Cuma kalau dibaca bait demi bait input saya.. saya katakan hanya sekadar pendapat yang saya lihat dari pelbagai sudut. Saya cuma lihat pro and kontra dan long term mungkin kita ada solid plan yang kita dapat bantu berterusan. Tapi bagaimana nak bantu kalau dah identiti dan background nya secara detail dirahsiakan. Dalam erti kata lain konon-konon nya say gunakan konsep "If you give fish they will eat once, but if you teach them how to fish they will eat forever.." Saya pun bukan sekali dua bantu orang malah organisasi seperti pengasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat, anak-anak yatim dan pelbagai. Jadi "sekadar pendapat" yang saya lontar kan tempoh hari adalah sekadar berkongsi pengalaman yang lepas dan dikupas dari pelbagai sudut.Bagi pandagan peribadi saya yang kerdil ini.. kida seakan tak percaya pada kemampuan dan keikhlasan kami membantu..

Pun saya pegang prinsip we cannot expect everybody will agree with us. Setiap orang ada ulasan dan padangan mereka dan pastinya orang seperti Kida lebih rasional berbanding saya kerana dia kenal hatibudi rodong berkenaan. Saya mohon maaf jika pandangan yang lepas dan pandangan yang ini mengeruhkan keadaan... Saya tak bermaksud membangkang atau membantah, malah saya amat menyokong usaha murni. Cuma ada ketikanya anda jangan hanya hormat dan faham kepada rodong berkenaan malah anda kena balance hormat dan faham orang yang nak membantu rodong tersebut. Itu je...

Maaf sekali lagi. Bilal