Saturday, March 03, 2007

aLL gUYs gOLfiNg paRTy (AGGP 2007)


Last sekali di adakan All Guys Golfing Party (AGGP) ni ialah pada tahun 2004 dahulu di Bukit Beruntong Golf and Country Club yang telah dihadiri lebih kurang 100 orang kawan-kawan kita dari seluroh pelusok Malaysia. Jadi setelah 3 tahun, saya bercadang untuk mengadakan AGGP sekali lagi pada cuti sekolah akan datang ini seperti berikut :

Venue : Bukit Beruntong Golf and Country Club
Tarikh : 11hb Mac 2007 (Ahad)
Masa : 1-00 tengahari
Bayaran : RM100 per person (golfers) RM50 (non-golfers)

AGGP kali ini bukanlah suatu pertandingan golf cuma merupakan satu acara golfing reunion antara kita semua. Saya pun mensasarkan cuma dalam 2 atau 3 flight golf sahaja. Bayaran tu masih serupa seperti 3 tahun yang lepas dan bagi golfers termasuk Green Fee, Buggy Fee, Light Refreshment selepas golf dan Casual Buffet Dinner di RedBox Sogo. Bagi Non-Golfers pula boleh menyertai untuk Casual Buffet Dinner. Bagi Golfers yang mempunyai kad keahlian Asia Golfing Network (AGN), Advantage Golf Solution (AGS) atau Golfing Leisure (GLI) bayaran penyertaan adalah RM85 dengan syarat anda sendiri menguruskan booking dengan pengendali kad anda. Jadi kepada sesiapa yang nak menyertai AGGP 2007 ini harap dapat mengesahkan penyertaan anda secara menulis diruangan komen, sms atau menelefon terus kepada saya.

34 comments:

LaN KidA said...

kalau kira-kira golfers yang ada ramai jugak. Senarai golfers yang aku ada ialah :

1. Sidi - Handicap 22
2. Antu - Handicap 16
3. Kerbau -Handicap 20
4. Kentei - Handicap 20
5. Mat Rock - Handicap 18
6. Kitang - Handicap 24
7. Sabri Cigak - Handicap 12
8. Jepun - Handicap 24
9. Slambe - Handicap 24
10. Fadil Sutoq - Handicap 24
11. Kudin Mekanik - Handicap 24
12. Arash - Handicap 22
13. Mat Taib - Handicap 16
14. Man Troq - Handicap 24
15. Hanif - Handicap 12
16. Mat Dwan - Handicap 24
17. Kudeng DSS - Handicap 20

Itu antara yang aku tau dan agak2 handicap dia orang ni. Ntah-ntah handicap dia orang ni lagi kurang dan makin bagus. So kalau ikut senarai tu pun dah ada dalam 4 flight. Tapi kalau dapat 2 flight pun kira ok dah...meriah jugak dah nak bergelak pun...mesti riuh rendahnya kat Beruntong tu...kita main West Course, buggy boleh masuk, boleh cepat habis dan boleh kita teruskan acara selepas tu cepat sikit...hehehe..acara makan!

SK said...

eleh... balik2 all guys party...mana bleh jadik! elooo girls jom lah wat girls party plak....

jun - party jom memasak
shema - party tupperware
ummi - party pyrex
lily - party avon
sk - party novel


sk tak sabar2 nak wat party nih! *wink*

Slambe Jr aka Pokcik said...

Kida, aku totally HANDICAP bab golf ni. Klu pancing, aku BOLEHCAP.
Aku kasi laluan kat geng2 korporat ni.

lan kida said...

Slambe,
AGGP ni bukan pasal golf sangat... ni cuma nak bergelak sama2 jumpa rodong...ramai yang main golf kat sini pun bukannya regular golfer..event golfer je bnyk pun tapi kalau free datang je la bergelak dengan rodong sbb acara golf dgn dinner tu bnyk benda nak bergelak nanti...

Setakat ini yang almost confirm ialah Kerbau, Kitang n Kentei. Sidi n Antu n Mat Rock tu pun rasanya kalau free mesti dia org datang punye. Dapat 2 flight pun cantik sgt dah... Moh la Slambe oiii.

Kudeng said...

Aku dah tak maing golf lagi kida wehhh...golf set, kasut, gears semua tadok doh. Syahid doh semua..

But insyallah aku boleh join for sembang2 citer-citer...

Che Dat said...

Tarikh tu mungkin koi x dpt wife nak bersalin tapi kalau dia blm lagi koi join.Buat kat Bkt Unggul lah dekat sikit dan koi balik kalau wife nak bersalin he he he.Rodongs semua x kan takut kut.Kida akan sediakan hadiah yg lumayan 3 hari 2malam di Jakarta sambil main golf.

ummi said...

Salam sk,
Aa yek, balik2 diaorang je ni, kan nak main sangat tu..nak gelak sakan le..Bio diaorang main sk. Kida balik main, sk hidang je sup bola golf tu kat dia..(*hehe..). Baru dia tahu sk lg penat kat rumah..Xpun, cakap je sk baru balik parti masak - menu sup butir golf (bukan butir nangka ek..)

Boleh la tu sk, kita wat party kan..

*(Hehe..guys jangan mare ek..)

Anonymous said...

brape handicap kida....hehhe....
anim..jom kita wat party gak..anak2 bg diorg bawak kat golf club tu...kita wat kat hotel la..leh overnite skali..ari sabtu ngan ahad trus..

-mrsLK-

lan kida said...

Chye Dat,
Bkt Beruntong tu package paling murah la untuk ptg Ahad. Kalau Bkt Unggol tu golf saja dah jadi dekat RM90 utk yang takde kad membership ni...yang murah ni belum tentu rodong nak join..yang mahal aku rasa lagi lah pulak...kalau Bkt Unggol mahu aku kena charge RM150 utk golf dan makan saja..makan pun situ mahal.

Slambe Jr aka Pokcik said...

emmm..pokcik ingat klu pokcik join...party mrsLK, ummi, SK n all girls tu bagus gak. Pokcik blh potluck, gulai asam butir golf.

SK said...

sl jr kalau nak join all girls party boleh tapi jangan lupa pakai skirt kembang yak! *wink*

LaN KidA said...

Takpe...nanti kita buat party masak-masak pulak kat Hard Rock Cafe lagi....lepak dekat CrossRoad n makan kat Melting Pot..tidur kat Concorde....perghh...memang cayalah...Fees party tu lebih kurang RM500 per head..ok tak?...hehehe..amacam Jun..orait yer...

Che Dat said...

Buat mesyuarat AJK GATHERING selepas main golf supaya dapat atur tindakan selanjutnya

lan kida said...

Elok juga tu Che Dat. Nanti kawan tgh kumpul sape nak main golof ni...Antu senyap jer..aku sms dan call tak jawab pun...mana plak pergi Antu ni..bisness teruk ker..hilang ni....

LaN KidA said...

so, setakat ni yang almost confirm dan insyaallah akan join AGGP 2007 ialah :

1. aku sendiri
2. Che Dat
3. Kerbau
4. Kentei
5. Kitang
6. Bilal
7. Mat Rock
8. Man Troq
9. Antu

Dah ada 2 flight tu..tu pun nak kena pecah jadi 3 flight...insyaallah maybe boleh dapat cukup 3 flight nanti...bergelak sakan dah tu..ada 2-3 orang tu semuanya baru pegang kayu golf..so Slambe takde alasan la kalau kata takde geng yang baru pukol...ada yang tak pernah masuk padang lagi tu..jadi dont worry..mohlah kita ramai2 hilangkan stress dengan AGGP 2007 ni.

walid said...

salam.
kalau aku x main tp nak ikut skali..sajer nak tgk..bole?
If x leh ikut...aku lepak ngan girl's party jer la..x gitu slmber JR

KITANG pro said...

AGGP 2007...ada Red Carpet ke?
Walid...engka bole ikut flight tu..tapi kena pegang kayu golf aku le...hehehe

lan kida said...

Walid, nak main takpe...ko cari je set mana2...balun jer...aku bagi ko satu flight dengan Kitang, Bilal dan Man Troq...geng handicap 24...takpun ko patner dengan aku...kita lawan Kentei dgn Man Troq...(kentei dgn Man Troq..mcm pernah tengok je patnership ni suatu masa dulu kat tepi jalan pasar Kuantan...Walid..ko mesti ingat punye..sebab ko drebar naik CJ...Walid..inilah masa kita nak balas dendam kat diaorg)...Jom Walid...Hidup Walid

walid said...

salam kida..
insyALLAH...aku join .
mayb aku n ank2 jer sbb YM ada kelas rasa nya Ahad tu..if xder klas ok leh join the flight...if not aku join bawak buggy je laa

pyan said...

susah2 walid..hg carik btg ubi gajah kemudian ukir baik2 utk jadikan set golf.hehehe. hanya akan join bila rodongs dah dpt handicap 11 kebwh.cheers

walid said...

salam pyan.
aku ni handicap mmg xder.....tp kalu nak 'cap' sajer...bwh -5 pun leh dpt.....hehehehhee
Mmg xder tokoh main golof koi niee..

Slambe Jr aka Pokcik said...

pandai betul kida meracun rodong2 ni, sampai yg x penah main pun nak g main. PR skill power giler. Nasib baik koi dah biasa ngan racun round up rumput & tuba ikan.

Anyway bagus gak korang kumpul ramai2 gini, hilangkan stress. Ini bila cuti asyik nengok bini je kat umah, stress stress. Kena lak yg kuat berleter ..triple stress.

Koi nya set dah hilang tah mana2. Jadi korang enjoy la golfing dulu. Lagi 3-4 tahun koi blh join enjoy golfing ngan korang.

lan kida said...

wei Slambe..tadi Apek baru je confirm dia dgn Arash nak main jugak walaupun dia tak pernah kenal kayu golf sebelum ni...takde alasan lagi la Slambe oiii...moh la pergi...koi bubuh awak satu geng DPA..Slambe, Apek, Bilal n Antu...ok yer...jangan nak bagi alasan lagi....

LaN KidA said...

Slambe...ye lah koi tahu awk ada mesyorat dgn Mydin hari tu..

Che Dat said...

Untuk makluman RODONGS BUDIMAN semua Slumber ada 2 set golf kat pej dia. Jadi dia kena mainlah.Kalau dia tak main pakat2 pegi ambil set dia bagi kat rodongs yg nak main he he he

walid said...

salam.
apek lu main gak?..aku mmg leh tgk je....follow n ride the buggy

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Abih tu.. Group ABIM yang dipimpin oleh Niazor, nak ujudkan kelab apa..? Suspen gak ni..??? *menggeletar bibir...

lan kida said...

Che Dat,
Semalam masa ngeteh dgn Bilal ada banyak permintaan supaya ko tolong heret Clark Gable datang untuk AGGP 2007. Kata kat Clark ramai rodong tunggu dia di KL.

Walid,
Ko mana boleh masuk padang kalau tak main. Pas tu ko nak bawak anak2 ko lagi. Ini bukan Malaysia Open atau PGA Tour, penonton boleh masuk padang. Jadi ko kena pergi ambik golf set kat Slambe dan main petang tu. Tak pun ko join lah malam sampai pagi punye program.

Setakat ini yang almost confirm dan insyaallah akan hadir lebih kurang 3 flight :

1. aku sendiri
2. Che Dat
3. Antu
4. Kitang
5. Kentei
6. Kerbau
7. Mat Rock
8. Bilal
9. Apek
10. Man Troq
11. Adik Kerbau
12. Kudin Mekanik

Kudeng DSS akan join sebelah malam. Walid pun akan join jugak kan...

LaN KidA said...

Kepada semua golfers AGGP 2007, regular golfers tu rasanya tak payah nak pesanlah. Pesanan kepada 1st time golfers yang akan bermain nanti :

- Bawa sepasang pakaian untuk bermain golf dan sepasang pakaian selepas bermain golf kerana selepas golfing kita akan mandi dan bersiap untuk casual buffet dinner di Redbox Sogo.

- Sampai di Kelab Golf BBGC sila terus ke Changing Room dan register personal locker dan letak beg pakaian anda di locker peribadi anda. Sila ambil towel semasa register atau towel itu akan diberikan kepada anda selepas permainan nanti.

- Sampai di Kelab sila letakkan beg golf anda di Bag Drop Area atau club assistant akan ambil dari kereta anda di Bag Drop area.

- Bersiap dengan pakaian golf anda T'shirt berkolar atau round turtle neck, Cap, Hand Towel dan Kasut Golf Soft Spike.

- Bila dapat scorecard sebelum memulakan permainan, sila observe the local rules at the back of the card and the layout of the course.

Apa-apa pun, kalau ada yang tak tahu nanti, tanya je la kat regular golfer macam Che Dat, Kentei... memang dia orang tu sebut je club golf mana n apa rules or local rules of the club..semuanya dalam kepala dia orang n at the finger tip je...

Slambe Jr aka Pokcik said...

Kida, ko check balik ngan BBGC. Semlm koi terbaca kelab tu kena sita sebab x byr cukai taksiran ngan majlis perbandaran. x tau la kot koi tersilap baca. Dlm Berita Harian..

LaN KidA said...

Salam semua,

Saya mempunyai masalah dengan akaun internet saya dan tak dapat nak update sejak jumaat lalu. Harap-harap tak berkekalan masalah ni.

Sedikit berita terkini pasal AGGP 2007 dimana kita ada 3 penyertaan baru untuk golfing iaitu :

1. Bob MG
2. Jepun
3. Fadil Sutok

Slambe...aku tak tengok BH. Tapi nanti aku check dengan club sendiri nanti. Kalau terpaksa then kita akan tukar venue la tetapi apa-apa hal insyaallah 11hb Mac 2007 AGGP akan terus berjalan.

LaN KidA said...

Salam semua,

AGGP 2007 setakat ini kalau di ikutkan penyertaan mungkin dapat 3-4 flight. Namun begitu aku tak akan booking apa-apa dengan club sebab confirmation yang pasti belum ada dengan kawan-kawan semua jadi kita ikutlah sape yang datang hari tu kita akan main sama-sama dan bayar sama-sama. Untuk makan dan dinner pun kaedahnya pun macam tu jugak lah....jadi sape yang datang hari tu kita sama-sama bergelak sakan pada hari tu...

walid said...

salam kida..
YM ada klas Ahad tu..one whole day spai kul 6. So aku x dpt join kot golof korang..tp nak gak tau aktiviti selepas tu...

LaN KidA said...

Walid
Macam tu jumpa kat Redbox Sogo je lah. Ajak Kentei sekali...takkan kelas dia sampai malam kot,,kita buffet dinner kat RedBox Sogo dalam pukol 9-00 malam sampai pagi...kekekeke