Monday, March 05, 2007

PeLaNcaRaN NoVeL CiNtA LuKiSaN JiWa teRbitaN KaKi NoVeL PubLisHinG


Oleh kerana kida tak letak artikel baru hari ini jadi SK letakkan lah artikel pasal aktiviti SK semalam kat sini. Kalau kida dengan aktiviti golf dan teh tariknya SK pula seperti biasalah dengan aktiviti perjumpaan rakan2 blogger dan juga penulis novel. Kira OKlah aktiviti ex-itm pahang gak tu...Jadi pada sesape yang tak suka tengok tolongggg... tutup mata (bak kata ogy dan kak engku) hehehehe...

Semalam, 4 March 2007 SK dan adik telah menghadiri majlis soft launch novel terbaru terbitan Kaki Novel. Novel berjudul Cinta Lukisan Jiwa ini adalah hasil karya Dina Najat. Pelancaran majlis itu di adakan di K Avenue Burger King bermula pada pukul 10 pagi. Antara jemputan yang turut serta dalam majlis tersebut adalah penulis2 kaki novel seperti Kak Puteri Andalas, Anita Abdullah, Izza Aripin dan juga Izzul Izzati. Kak Durrah Fatihah penulis dari Alaf21 juga turut hadir dalam majlis tersebut. Kak Durrah datang bersama dengan anak sulongnya. Pelukis cover untuk novel Kaki Kovel juga turut hadir dan tidak ketinggalan juga rakan-rakan bloggers turut serta memeriahkan majlis. Antaranya tak lain tak bukan Kak Noor yang popular, Kak Lena yang cool, Infa yangg pemalu, Wan yang sentiasa vogue, Notie yang naughty, Ija yang manis dan ramai lagi (maaf SK tak letak nama2 yang lain disini).

Seperti biasa majlis bermula dengan ucapan ringkas pembukaan rasmi oleh Encik Rizal selaku pemilik Kaki Novel Enterprise dan diikuti ucapan dari penulis, Dina Najat. Kemudiannya acara pemberian novel kepada para jemputan oleh penulis sendiri, Dina sebagai buah tangan kepada peminat dan pembaca novel. SK pun dapat satu *sengih sampai tinge* suka dapat novel yang ada tandatangan dari penulis.

Seronoknya SK dan teruja bila dapat berjumpa dengan rakan2 bloggers dan juga penulis2 novel yang SK sayangi. Seperti biasa bergambar merupakan acara penting bila ada perjumpaan hehehehe jadi SK pun tak lepas kan peluang ni bergambar sakan lah SK semalam. Naik lenguh mulut sengih dan ketawa sepanjang majlis… nak tengok photo yang cun-cun tu leh tgk slide kat bawah ni... Sume vogue2!


Majlis kemudiannya bersurai pada pukul 12 tengahari. Jadi di sini SK mengambil peluang untuk ucapkan berbanyak2 terima kasih pada En Rizal selaku pemilik syarikat Kaki Novel, Izzul yang telah berusaha keras menjayakan majlis tersebut dan Dina Najat yang sudi menjemput SK ke majlis Dina ni. Dina thanks for the gift and nice tart. wat sendiri ker? (Dina anim curi cover novel dari rumah Dina sebab nak letak kat sini)

Jadi pada sume pengunjung blog ini jika ingin tahu kisah Cinta Lukisan Jiwa dapatkan novel karya Dina Najat ini di kedai buku yang berhampiran. Kalau tak silap SK novel ini akan berada di pasaran pada hari jumaat ini (9/3/2007).

posted by SK aka Anim

7 comments:

LaN KidA said...

Dengar cerita banyak antara penulis-penulis novel ni menjadi skodengers blog BUDIMAN ni..penulis Singapore pun ada yang masuk sini dan dia orang dengar katanya seronok tengok aktiviti kita di sini... Terima kasih buat semua penulis novel yang skodeng kat blog ni yer

eita said...

abg lan,
kita pn asalnya nk skodeng gak nih... tp bila dgr tuan umah sergah, terus kuar dr tempat persembunyian.. x jd ler nk skodeng... hehe

kak anim, eita dgr berita dr jauh aje ... eh, kuih tart tu ada lagi x? kirim sini sket eh, jgn kasi abg lan makan habis... :P

ummi said...

Salam semua..
Boleh tanya sikit, eita mana ni ek? Itm gak dulu ke, course apa? Ya lah, kut eita DSS jugak ke? Lama dah lost contact. Eh, eh, kang salah orang lak!

lan kida said...

Ummi,
Ni adik Eita penulis novel Kasih Seharum Lavender yang tengah berada di pasaran... Jauh dia duduk kat Penang tu..sebab tulah dia mengidam sangat nak makan kuih tart tu..tapi nanti kita post pakai fedex takkpun tunggu je la raya nanti ye Eita...hehe

dina said...

Ha..ni sorang lagi yg kekadang skodeng 'budakitmpahang'. tak tau lak tuan umahnya anim. TQ anim psl promo CLJ dan eita...bila2 masa turun kl, kak dina akan usaha dptkan cheese cake tuh! Insyaallah..

Anonymous said...

ar® here....

kalo nk bli novel d'org..., kak anim bleh ekjas dpt discount tak...?? kalo free lg best...
hihihih....

SK said...

ala AR oiii...kak nim pun kena beli...uwaaaa kalau nak murah kena jadi members ada diskaun 20%.