Saturday, March 31, 2007

KenduRi DoA seLaMaT di RuMaH BiLaL




Bilal mengadakan majlis doa selamat, bacaan yassin dan tahlil dirumahnya malam ini. Majlis adalah sempena kesyukuran isteri Bilal iaitu Puan Rohani telah selamat menjalani operation di IJN serta Angah anak Bilal dapat pencapaian memberangsangkan dalam PMR tahun lalu. Dalam masa yang sama majlis berkenaan berhasrat mengukuhkan ukhwah dengan rodong rodong BUDIMAN.

Bilal juga telah menjemput jiran-jiran sekeliling dan rodong-rodong disekitar Kuantan seperti Antu, Rambo, Ummi, Rozain, Bob MG. Setakat ini yang respond cuma Ummi dan Rozain. Gambar majlis itu akan Bilal sertakan kemudian. Bilal yang telah menghantar gambar-gambar di atas pada tengah malam tadi menyatakan geng BUDIMAN hanya Ummi dan keluarga yang telah hadir ke rumahnya.

No comments: