Tuesday, March 13, 2007

sUmMaRy 6 bULaN


Sedar tak sedar blog budak ITM Pahang ini akan memasuki tempoh 6 bulan atau setengah tahun pada 28hb Mac 2007 ini. Bermakna sudah lebih 5 bulan kita telah bersama-sama di ketemukan semula menerusi blog ini setelah hampir 19 tahun terpisah semenjak tamat pengajian di UiTM dahulu. Sepanjang lebih 5 bulan bersama walaupun ianya tampak seperti jangkawaktu yang amat singkat namun pelbagai aktiviti telah kita jalani bersama-sama sepanjang tempoh tersebut. Antaranya :

1. Pregathering ITM Pahang

Kita telah berjaya mengadakan suatu acara Pregathering yang telah berjaya menemukan sebilangan kecil antara kita semua bersama keluarga masing-masing pada 18hb November 2006 yang lalu bertempat di Mercu Resort, Cherating, Kuantan. Sebanyak hampir 30 keluarga telah berkumpul dan pelbagai aktiviti telah diadakan selama 2 hari 1 malam di situ.

2. eM2bJ (Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor)

Kita juga telah berjaya melancarkan tabung bagi membantu mangsa banjir Johor pada bulan Januari 2007 yang lalu dan mengadakan konvoi ke Johor bagi menyampaikan bantuan tersebut. Kita telah melawat dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kg Parit Basri Laut, Sri Medan, Batu Pahat serta bergotong royong membersihkan Balai Raya dan Surau kampung tersebut. Sumbangan tunai kepada surau Kg Parit Basri Laut juga telah dapat di lakukan hasil sumbangan kita semua menerusi Tabung eM2bJ. Kita juga telah mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Parit Yanni.

3. PotLuck

Kita juga telah berjaya mengadakan PotLuck iaitu suatu acara makan-makan di 2 tempat iaitu di Kuala Lumpur dan di Temerloh, Pahang. Acara PotLuck di Kuala Lumpur telah diadakan di rumah Walid dengan di hadiri hampir 7 buah keluarga. Manakala PotLuck di Temerloh pula yang telah dihoskan oleh Kida dan SK di hadiri pula oleh 15 buah keluarga. Acara PotLuck sebegini telah berjaya mengeratkan silatulrahim antara kita semua dan keluarga kita.

4. Acara Teh Tarik

Beberapa sessi teh tarik di sekitar Kuala Lumpur juga telah di adakan dengan beberapa orang kawan-kawan kita hampir setiap bulan dan peluang berjumpa kawan-kawan sebegini membawa banyak perbincangan tentang perancangan blog ini.

5. Logo dan BUDIMAN

Kita juga telah berjaya mencipta nama untuk kesatuan tidak rasmi kita ini yang kini bergerak di atas nama BUDIMAN dan kita juga akan menetapkan logo rasmi tidak lama lagi ( Artikel berkaitan pengundian dan pemilihan logo akan di keluarkan sedikit masa lagi).

6. Bantuan kepada Apamz

Menerusi beberapa orang kawan-kawan kita yang prihatin kita juga telah berjaya mendapatkan bantuan kepada keluarga Apamz DIA menerusi Yayasan Pahang. Sesungguhnya itulah antara matlamat utama blog ini selain dari mengeratkan kembali silatulrahim antara kita semua dan keluarga iaitu untuk membuat seberapa banyak kerja-kerja kebajikan setakat mana yang termampu oleh kita semua.

7. AGGP 2007

Acara Golfing Reunion juga telah berjaya di adakan pada minggu lepas dan peluang bertemu kawan-kawan sambil bermain golf membuka peluang kepada beberapa kawan-kawan kita untuk memulakan permainan golf. Acara-acara stress released sebegini akan di teruskan pada masa-masa yang difikirkan sesuai nanti.

Alhamdulillah, begitulah serba sedikit pencapaian kita untuk hampir setengah tahun kesatuan yang telah tercipta menerusi blog ini dan di harap untuk setengah tahun yang akan datang lebih banyak aktiviti dan kerja-kerja amal akan dapat di lakukan bersama-sama oleh kita semua di sini. Sesungguhnya tanpa penglibatan menyeluruh saudara-saudari semua tentulah sukar bagi kita untuk mencapai matlamat tersebut dan di harap untuk setengah tahun yang mendatang ini lebih banyak muka-muka baru akan tampil untuk bersama-sama kita demi menjayakan matlamat itu dan memberikan sentuhan baru dan idea-idea bernas untuk memajukan kesatuan kita ini. Kepada semua kawan-kawan yang banyak memberikan sumbangan kepada pencapaian kita yang lepas, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga atas segala penat lelah dan usaha yang tidak kenal kecewa dan putus asa walau di sulam dengan pelbagai rintangan yang melanda demi menjayakan segala niat murni kita semua ini. Di harap kita semua akan terus bersama selagi hayat di kandung badan.

4 comments:

BLACK STONE8589 said...

BRAVO.....SYABAS.....TAHNIAH....
KHAS UNTUK ANDA SEMUA PARA BUDIMAN YG SEDIA BERBUDI & BERBAKTI PADA SESIAPA SAJA, DIMANA JUA. TERUSKAN KHIDMAT ANDA, KAMI SEMUA SEDIA & TERUS MENYOKONG BUDIMAN. JADIKAN IA SUATU ALAT PERHUBUNGAN ANTARA KITA SEMUA.
BLACK STONE

Anonymous said...

All Budiman

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua. Ape org kate, 'Muafakat itu Berkat'. Hope all Budiman mendapat keberkatan di atas usaha2 yg telah dan akan dilakukan.
-anita-

walid said...

salam.
Sekalung tahniah dan setinggi budi kpd ALL BUDIMAN cam All Black lak...diats pencapaian terkini. Diharap kita dpt membuat byk lagi aktiviti kemasyarakatan dan silaturahim sesama BUDIMAN.
p/s..sedih x dpt serta lam AGGP 2007 w/pun sebelah mlm (sesi karaoke) tp ada satu miss call trima mlm tu ..kuat bunyi karaoke nye...sapa yaaa???

lan kida said...

Antu call awk malam tu..dia kata YM jawab...